Jumaat, 6 Januari 2012

Majlis Ambang Tahun Baru 2012.

LABUAN 31Dis   :  YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan P166 merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan menghadiri seterusnya menyempurnakan Majlis Ambang Tahun Baru 2012 yang diadakan di Dataran Labuan. Program yang dijayakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian artis jemputan ini dibanjiri oleh penduduk W.P.Labuan yang turut sama menyambut kedatangan tahun baru 2012 pada malam tersebut.