Sabtu, 25 Disember 2010

Yussof Lawat Mangsa kebakaran Patau-Patau 2, Bersama KPE Perbadanan Labuan - Gesa Bantuan Segera Dihulurkan


LABUAN – DatukYussof Mahal turun padang menziarahi keluarga yang ditimpa musibah rumah musnah dijilat api di Kg.Patau-patau 2, 7 Disember lalu.

Meskipun didalam keadaan hujan, beliau yang ditemani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Haji Zainol Abidin Abdullah telah menghabiskan hampir sejam di lokasi rumah terbakar tersebut dan sempat mendengar sendiri dan melihat rakaman video peristiwa kebakaran tersebut yang dirakamkan oleh ahli keluarga mangsa menggunakan telefon bimbit.


Yussof yang turut sedih melihat keadaan rumah mangsa telah menyeru agensi berkaitan seperti Perbadanan Labuan, Baitulmal Labuan untuk menilai bentuk bantuan yang dapat disalurkan demi menjaga kebajikan keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Dalam pada itu difahamkan bahawa Jabatan Kebajikan Labuan telah menghulurkan bantuan berupa keperluan asas kepada keluarga mangsa.

Yussof turut menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Bomba Labuan yang berjaya menangani masalah kebakaran tersebut dengan pantas dan menghalang kebakaran tersebut daripada merebak ke beberapa rumah sekitar.

Turut hadir di tempat kejadian ketika lawatan adalah Ketua Kampung Patau-Patau 2, Sulaiman Wanchi dan beberapa penduduk kampung lainnya.

Menurut Husin, salah seorang mangsa rumah terbakar, laporan polis berkenaan kejadian telah dibuat dan mereka sehingga kini masih menunggu hasil laporan bomba sebelum mengemukakan permohonan bantuan kepada pihak berkaitan.

Yussof menyatakan komitmen kerajaan untuk membantu keluarga mangsa kebakaran didalam meringankan beban yang mereka tanggung.

Umno Labuan Ikrar Dokong Saranan PM - Program Bantu Pelajar Sekolah Diteruskan Selaras Dengan Konsept 1Malaysia


LABUAN -- UMNO Bahagian Labuan akan terus mendukung segala usaha dan saranan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri.

Datuk Yussof Mahal yang juga Ketua Penerangan Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional Labuan berkata, Program Juara Rakyat yang diadakan adalah salah satu cara para pemimpin BN untuk meluangkan masa ‘Turun Padang’ mendekati rakyat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, berilmu dan bermaklumat.

Menurut beliau Program Juara Rakyat ini merupakan salah satu inisiatif bersama antara pemimpin BN dan rakyat yang mana akan memperutuhkan lagi perpaduan dikalangan pemimpin dan rakyat.

Yussof turut menyarankan warga Labuan untuk menjadi ahli dalam Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan yang telah diilhamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya juga, skim itu bertujuan mengurangkan kesedihan dan meringankan beban mereka yang kematian ahli keluarga.

“Skim Prihatin atau khairat kematian ini amat unik kerana ia terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku pengurus skim akan menyumbang RM2,500 kepada penama setelah membayar yuran RM5 yang hanya perlu dilunaskan sekali sahaja seumur hidup.

“Setakat sebanyak 1300 borang telah diedarkan dan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat. Skim ini hanya akan dibuka sehingga 31 Disember tahun ini,” kata Yussof.

Syarat untuk mendapat khairat itu ialah:

1. Berusia antara 21 tahun hingga 75 tahun
2. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
3. Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan
4. Mengemukakan dua orang penama.

Dalam pada itu, Yussof telah mengagihkan 300 buah beg sekolah kepada para pelajar sekolah rendah di sini. Beg-beg itu disumbangkan oleh Pemuda Umno dan Cawangan Umno Labuan.

Pada majlis itu beliau turut memberi sumbangan RM3,000 kepada 4 orang mangsa kebakaran rumah di kampung Patau-Patau pada 2 minggu yang lepas.

Turut menghadiri program tersebut adalah Naib Ketua Umno Bahagian Labuan Tuan Haji Bashir Haji Alias, dan Penasihat Ibu Tunggal Labuan Hajah Rokiah Ibrahim.

Pelbagai Isu Didebatkan Di Parlimen - Telah Memperlihatkan Hasil

KUALA LUMPUR-- Datuk Yussof Mahal meneruskan usahanya memperdebatkan pelbagai isu kepentingan warga Labuan pada sidang Parlimen tanpa khuatir dilabel sebagai "Outspoken MP".

Apa yang penting, isu dan kepentingan Labuan dapat diketengahkan di peringkat persekutuan dan seterusnya diberi perhatian.

"Bukan bersuara untuk mendabik dada, tetapi cuba sedaya-upaya memperlihatkan agenda kerajaan 1Malaysia untuk semua peringkat dapat direalisasikan."

Setiap sidang parlimen bermula, pelbagai isu dalam bentuk soalan lisan dan bertulis yang belum sempat diberi perhatian akan terus diajukan. Dan syukur alhamdulillah kita dapat lihat hasilnya.

Sebagai contoh, isu sekolah menengah agama yang telah diberi perhatian dan direalisasikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Meneteri yang melihat keperluannya di Labuan.

Sesi pengambilan akan bermula pada Jan 2011, dan ini adalah salah satu usaha kita di Parlimen yang kita tidak pernah rasa jemu mengetengahkan isu ini.

Sekolah Menengah Agama Lubok Temiang ini akan menjadi katalis kepada pelajar islam untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat menegah tanpa perlu ke Kota Kinabalu atau di negeri lain yang jauh dari tempat lahir mereka.

"Saya bersyukur dengan semangat yang diberi kepada saya oleh pemimpin masyarakat dan warga Labuan selain Jabatan Agama Islam WP Labuan (JAWI) yang turut memainkan peranan dalam hal ini."

Selain itu, isu pembangunan pelancongan dan industri minyak dan gas.

Kini, Petronas Methanol dan Kementerian Pelancongan pada dasarnya telah bersetuju untuk mempertingkatkan pembangunan pelancongan di Labuan sebagai salah satu pemacu ekonomi dan sumber pendapatan penduduk tempatan, manakala Petronas Methanol akan membuka peluang kepada usahawan tempatan samada yang berpengalaman atau baru berjinak dalam industri ini bermula awal tahun 2011.

Ini adalah untuk warga Labuan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan warga di negeri-negeri lain.

Sokongan dari semua pihak adalah perlu bagi membantu merealisasikan agenda kita dalam memajukan Labuan dan seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi.

Isu Kanun Tanah Negara Di Labuan Selesai - Kelonggaran Untuk Lebih Dari Satu Nama

LABUAN--Isu Kanun Tanah Negara yang telah berkuatkuasa pada 1 Jan tahun ini telah selesai dengan satu keputusan sebulat memberi kelonggaran kepada persyaratan pemilikan tanah.

Datuk Yussof Mahal berkata keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan antara beliau dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan dihadiri oleh Ketua Setiausahanya yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Ahmad Phesal Talib pertengahan tahun ini.

"Oleh yang demikian isu yang dipolitikkan oleh pihak tertentu adalah tidak boleh diterima dan tidak berasas," katanya.

Keputusan ini juga telah disiarkan diakhbar tempatan, selain melalui perjumpaan dengan pemimpin masyarakat.

Sebelum ini selepas dikuatkuasakan, hanya satu nama dibenarkan untuk tanah keluasan satu ekar dan selepas keputusan itu dibuat, kebenaran telah diberikan lebih dari satu nama, dan ini hanyalah untuk pemilik tanah di Labuan.

"Janganlah hanya kerana ketidakpastiandengan isu berkenaan, ada pihak tertentu sengaja menarik perhatian masyarakat mempolitikkan isu ini untuk mendapatkan populariti."

Sabtu, 24 Julai 2010

Rombakan Kecil Jawatankuasa BN Labuan - Mantapkan Perpaduan Parti Komponen Barisan Nasional Labuan


LABUAN - Satu rombakan kecil jawatankuasa Barisan Nasional (BN) akan dilaksanakan tidak lama lagi, sebagai usaha memantapkan lagi jentera BN dan UMNO Labuan.

Pengerusi BN Labuan yang juga Ahl Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata rombakan ini yang dianggap sebagai rombakan perpaduan adalah demi perpaduan parti komponen BN.

“Rombakan ini bukanlah bermaksud untuk mengetepikan pemimpin-peimpin tertentu. Kesemua pemimpin membarisi jawatnakuasa mempunyai kualiti kepimpinana masing-masing,” katanya ketika ditanya keadaan senario politik BN Labuan selepas menghadiri program penyerahan elaun sara hidup di Kg Bebuloh Laut pada Selasa.

Katanya rombakan ini adalah persetujuan dalam perbincangan antara beliau dan timbalan ketua perhubungan BN Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin baru-baru ini.

Menurutnya lagi jentera BN dan Umno harus diperkuatkan bagi menghadapi pelihanraya akan datang, selain berhadapan dengan pelbagai propaganda parti pembangkan yang dikatakan semakin menghimpit warga Labuan.

“Kita tidak melihat sebarang ancaman dari parti pembangkang, ini kerana, rakyat Labuan telah merasai corak pentadbiran kerajaan BN, walaubagaimanapun, kita tidak harus mudah berpuas hati dan segala isu yang dibangkitkan oleh parti pembangkang harus ditangani segera bagi mengelak kekeliruan rakyat,” katanya.

Oleh yang demikian, rombakan ini tidak harus dilihat sebagai satu usaha penyingkiran atau mengenetepikan seseorang pemimpin, sebaliknya demi perpaduan dalam BN itu sendiri.

“Banyak perkara yang masih belum dapat diselesaikan, isu rakyat yang harus menjadi keutamaan. Kita ingin melihat Labuan setanding dengan negeri-negeri lain, dengan itu, kita harus mengekalkan perpaduan,” katanya.

Antara yang membarisi jawatankuasa BN Labuan adalah pemimpin MCA, MIC, UPKO, PBS, dan UMNO.

Pemimpin-pemimpin dalam jawatakuasa ini melihat muka-muka lama dan muka-muka baru dalam arena politik, yang masing-masing mempunyai corak kepimpinan tersendiri.


Rabu, 30 Jun 2010

Isu Tempatan Ke Peringkat Nasional

LABUAN--Beberapa isu tempatan menjadi perdebatan hangat dalam hampir semua siri mesyuarat cawangan Umno yang baru berakhir dan bakal dibawah keperingkat bahagian untuk diusulkkan keperingkat Umno pusat.

Antara isu yang dibangkitkan termasuklah isu Kanun Tanah Negara yang masih belum difahami dan memerlukan penjelasan, isu bekalan air yang belum pasti bila berakhir, bekalan letrik yang belum stabil, jalan raya yang membahayakan pengguna jalan raya dan juga cadangan menurunkan status Jabatan Pelajaran WP Labuan menjadi pejabat pelajaran.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Haji Alias Husin memberitahu isu-isu ini adalah isu yang memerlukan penyelesaian dan bukan hanya untuk diperdebatkan semata-mata.

“Isu ini adalah amat penting untuk diselesaikan yang telah banyak menimbulkan permasalahan dan kekeliruan kepada penduduk kampung. Ahli Parlimen kita Datuk Yussof Mahal telah berulang kali menyuarakan dan memperdebatkan disidang Parlimen tetapi sehingga kini masih juga berlarutan,” katanya, sambil menambah isu juga pernah ditimbulkan dalam satu mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Alias berkata bukanlah berniat untuk memperendahkan atau menuding jari kepada mana-mana jabatan terhadap isu seperti ini, tetapi, harus disuarakan bagi mendapat penyelesaian.
“Memandangkan isu-isu ini telah berlarutan, mungkin jalan terbaik adalah dijadikan usul untuk persidangan Umno akan datang,” katanya.

Persidangan Umno dijangka diadakakan pada Oktober ini.

Alias juga berkata Labuan meskipun hanya sebuah pulau dengan kepadatan penduduk yang kurang daripada 100, 000 juga mempunyai hak untuk bersuara dalam isu-isu yang boleh menjejaskan kehidupan harian mereka.

“Apa yang boleh dilakukan hanyalah terus menyuarakan kepentingan rakyat, bukan untuk kita mempolitikkan, tetapi kalau kita tidak dapat selesaikan cara lain, mungkin cara politik kita boleh gunakan, iaitu dengan membawa usul ini dipersidangan Umno pusat, ini kerana, masa itulah pemimpin-pemimpin kerajaan pusat boleh mendengar keluhan kita,” katanya.

Katanya, sambil memberi contoh kepada isu Kanun Tanah Negara yang penduduk kampung minta untuk dijelaskan, tetapi sehingga kini belum dilaksanakan, begitu juga dengan isu jalanraya yang banyak memberi risiko kepada pengguna jalanraya dan isu air sehingga pelajar UMS membuat piket.

“Adakah kita harus melakukan seperti mana pelajar-pelajar UMS memperjuangkan hak mereka untuk mendapat bekalan air iaitu dengan cara berpiket? Adakah sukar untuk membuat penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Isu Pengerusi Perbadanan Labuan


LABUAN: Selepas berapa lama mendiamkan diri dari terlibat dalam perdebatan isu jawatan pengerusi Perbadanan Labuan, Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal membuat pendirian dan menegaskan “berhentilah jadikan jawatan pengerusi Perbadanan Labuan sebagai isu politik.”, sebaliknya, rakyat Labuan dan pemimpin masyarakat harus memberi tumpuan kepada usaha perpaduan dan persefahaman.
“Tidak perlu kita panjangkan isu ini kerana tidak akan memberi faedah kepada kita, malahan menimbulkan permusuhan diantara pihak tertentu. Soal penyambungan kontrak atau siapa yang mengganti tempat bukan persoalan, tetapi apa yang penting penumpuan kepada hala tuju pembangunan ekonomi Labuan untuk rakyat Labuan.
Beliau mengulas komen dalam blog tempatan berhubung isu jawatan pengerusi Perbadanan Labuan dan Ketua Pegawai Eksekutif yang mengaitkan nama beliau sebagai pengganti Datuk Ahmad Phesal Talip sebagai pengerusi dan Datuk Basiran Saban (Ketua Pegawai Eksekutif )bakal digantikan oleh Jusoh Salleh (yang kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan).
“Tidak perlu membuat andaian dalam mengeluarkan apa-apa komen, sebaliknya harus lebih beretika dan bertanggungjawab dalam penulisan. Adalah tidak beretika membuat andaian tanpa membuat klarifikasi, ini kerana hanya akan mengundang permasalahan undang-undang, sekiranya ianya berbau hasutan, fitnah atau menjatuhkan imej seseorang,” katanya.
Yussof berkata beliau kini lebih selasa dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang berusaha sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.
Penyelesaian kepada permasalahan rakyat adalah penting bagi saya sebagai Ahli Parlimen, ini kerana merekalah yang menyokong dan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional di Labuan. Tidak perlu membincangkan isu ini dikedai-kedai kopi dan kedai makan. Ubahlah topik perbincangan harian kita iaitu dengan topik-topik yang lebih mendatangkan faedah kepada rakyat,” tambahnya.
Beliau berkata, “tidak semestinya hanya memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan, hanya akan mampu menyelesaikan isu-isu dan permasalahan rakyat...saya dipilih oleh rakyat dan seharusnya saya berkhidmat kepada rakyat dan bukan memburu kuasa sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan,” katanya.
Katanya adalah lebih baik menyerahkan isu seperti ini kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahtaeraan Bandar, sebagai pihak yang pembuat keputusan.
“Apa yang penting bagi saya sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat adalah bekerja dan berusaha sedaya upaya memastikan keselesaan untuk rakyat. Saya akan cuab menyuarakan hak dan kepentingan rakyat diperingkat persekutuan...dan ini yang amat penting bagi saya dan penting bagi rakyat. Saya ingin melihat keadilan dalam penyaluran pembangunan seperti mana yang dinikmati oleh rakyat di negeri lain.
Inilah kayu pengukur kepada prestasi saya sebagai pemimpin,” tegasnya.
“Oleh yang demikian, marilah kita bersama merapatkan jurang yang sebelum ini ada sedikit kelihatan, demi perpaduan dan pembangunan Labuan. Saya berterima kasih kepada ketua kampung yang telah bekerjasama dengan pihak saya memperjuangkan hak penduduk kampung. Perubahan ini amatlah saya hargai,” katanya.

Agih Sama Rata

LABUAN -- Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal berkata usaha-usaha tetap diteruskan agar “kesamarataan” agihan peruntukan dibawah Rancangan Malaysia Ke-10 diberikan kepada Labuan.
Menurut beliau, rakyat Labuan dapat merasai nikmat pembangunan yang seimbang dan kemudahan infrastruktur lebih baik sekiranya Labuan yang juga merupakan sebahagian daripada Wilayah Persekutuan turut menerima agihan peruntukan sama rata seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kedudukan Labuan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan setaraf Kuala Lumpur dan Putrajaya dan seharusnya keistimewaan taraf pembangunan itu turut dinikmati oleh rakyat Labuan,” katanya pada program Apakhabar Orang Kampung di Kampung Sungai Lada, malam tadi.
Yussof menambah, tidak dapat dinafikan Labuan kini tidak ketinggalan dari aspek pembangunan tetapi pada masa yang sama banyak lagi keperluan dan keselesaan rakyat yang memerlukan peningkatan dan penambahbaikan.
Menurutnya lagi “sekiranya cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan ke tanah besar Sabah hanya dapat dipertimbangkan pada tahun 2015, sekarang ini keperluan rakyat yang harus diberikan perhatian segera oleh kerajaan adalah keutamaan ke arah meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan laut sedia ada.”
Katanya lagi, selain pengangkutan laut yang menjadi penghubung utama antara rakyat Labuan, Sabah dan Sarawak, sistem jalan raya dan beberapa kemudahan asas lain untuk keselesaan rakyat Labuan tetap diambil perhatian setiapkali perbahasan sidang Parlimen.
Yussof berkata kini rakyat boleh mengakses intipati perbahasan dan pelbagai perkara yang diusulkan dari kawasan parlimen Labuan menerusi laman web Daily Mail.
Pada majlis yang dihadiri lebih 500 penduduk kampung itu, Yussof mengumumkan peruntukan dari parlimen Labuan berjumlah RM20,000 untuk meningkatkan dan menambah baik kemudahan rekreasi di Kampung Sungai Labu.

Terokai Keunikan Labuan, Yussof Mahal

LABUAN, 26 Jun -- Program kemasyarakatan siswazah universiti Semenanjung Malaysia perlu dilaksanakan lebih kerap bagi mendedahkan mereka mengenai keunikan budaya dan kehidupan masyarakat Labuan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal berkata dengan mengikuti program kemasyarakatan seperti itu, para siswazah ini berpeluang melihat sendiri keunikan budaya dan merasai corak kehidupan masyarakat Labuan yang tidak terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

“Para siswazah program Baktisiswa ini belajar hidup di atas air dengan mengalami sendiri keunikan budaya, makanan dan amalan kehidupan masyarakat Melayu Brunei di Kampung Patau-Patau, yang asalnya penempatan penduduk di sini menyara kehidupan sebagai nelayan,”katanya pada majlis penyerahan seramai 35 peserta Baktisiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kepada lapan keluarga angkat masing-masing di Kampung Patau-Patau 2, di sini.

Yussof menambah selama berada dengan keluarga angkat tersebut, para siswazah yang datang dari pelbagai latarbelakang kehidupan ini dapat menimba pengalaman yang boleh pula dijadikan landasan kehidupan mereka di masa depan.

“Para peserta haruslah memanfaatkan pengalaman hidup kampung di atas air yang tidak ada di Semenanjung Malaysia ini. Segala yang indah dan menarik selama berada di Kampung Patau-Patau ini kongsikan dengan rakan-rakan yang tidak berpeluang ke sini,.” tambahnya.

Yussof yakin peserta program Baktisiswa dengan latarbelakang pendidikan sains ini tidak akan melupai norma-norma kehidupan adat melayu yang diwarisi sejak berzaman lamanya.

“Walaupun mengikuti pengajian sains, janganlah sampai melupakan budaya sendiri sebaliknya seimbangkan kecanggihan sains dengan amalan kehidupan berteraskan budaya melayu,” kata Yussof.

Program Baktisiswa Friends of Sains Labuan (FOS@L) 2010 ini antara lain bertujuan mengenal dan mendedahkan para siswazah dengan budaya penduduk Labuan sebagai sebuah pulau yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik bumiputera.

Dalam majlis itu Yussof turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada urusetia program.

Ahad, 20 Jun 2010

Ahli Parlimen Labuan suntik semangat atlit Wilayah Persekutuan SUKMA di Melaka


MELAKA, 16 JUN -- Wilayah Persekutuan yang merangkumi Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah menghantar 586 orang atlit serta 114 pengurus dan jurulatih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka, menjadikan ia sebagai kontinjen terbesar menyertai temasya sukan dwi tahunan tersebut kali ini.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal ketika memberi suntikan semangat kepada atlit-atlit Labuan khususnya berkata sukan terbesar negara ini adalah satu platfom kepada peserta-peserta untuk menguji kebolehan masing-masing dalam acara sukan berprestij Malaysia ini.

Beliau sempat mengingatkan para kontinjen agar menguatkan semangat dan berfikiran positif dalam menongkah arus perlawanan.

"Apa yang penting adalah semangat sukan dan sikap positif bahawa mereka boleh, meskipun berhadapan dengan lawan yang lebih hebat," katanya

Katanya Labuan meskipun hanya sebuah pulau yang kecil tapi dalam pembangunan sukan, Labuan masih mampu bersaing, ini dapat dibuktikan dengan beberapa atlit sukan pernah mengharumkan nama negara.

Dalam pada itu beliau sempat diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada atlit yang menjuarai sukan renang pada temasya sukan itu.

Perbahasan RMK-10 Oleh Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia diatas Pembentangan Usul Rancangan Malaysia Ke-10 yang jelas amat bertepatan dalam usaha negara memperkukuhkan pacuan mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang Tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua,

Dikesempatan ini saya turut menggesa agar semua pihak baik yang disini mahupun disana agar turut sama berpadu tenaga dan menggembleng fikiran didalam memberi penekanan khusus kepada 10 idea atau 10 Premis Utama yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi menjayakan RMK-10 ini, insyaAllah melalui perpaduan dan satu hati kita, apa yang diharapkan melalui RMK-10 ini akan tercapai seiring nawaitu ikhlas kerajaan - rancangan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

Teras Strategik Pertama: Menggubah Falsafah dan Pendekatan Kerajaan ke Arah Mentransformasikan Malaysia dengan Metodologi NKRA.

Saya amat menyambut baik usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran, serta keupayaan inovasi yang lebih mantap. Setelah meneliti peruntukan RMK-10 bagi infrastruktur bukan fizikal yang meningkat sebanyak 18.2% kepada 40% berbanding RMK-9 lalu, saya menyarankan agar kerajaan memfokuskan apa jua program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka disalurkan mengikut kecenderungan setempat sebagai contoh UMS Kampus Antarabangsa Labuan adalah lebih tepat melakukan pembangunan kemahiran dan kajian berasaskan industri minyak dan gas (Oil & Gas) disebabkan oleh status Labuan itu sendiri selaku hub minyak dan gas di wilayah Malaysia Timur. Ini bukan hanya akan memupuk tahap inovasi negara ke arah lebih memberangsangkan malahan memberi pulangan positif kepada guna tenaga setempat dan sekaligus memberi galakan kepada sektor swasta untuk melabur dalam infrastruktur fizikal di Labuan malahan menjadi penarik kepada pihak swasta untuk sama-sama menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkaitan, dengan syarat segala urusan birokrasi seperti mendapatkan lesen, permit dan sebagainya dipermudahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan seperti Perbadanan Labuan. Perkara sedemikian juga harus dilakukan di tempat atau wilayah lain diseluruh Malaysia untuk mendapatkan impak positif yang menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh mengenai Teras Strategik Kedua: Mewujudkan Persekitaran Kondusif bagi Menggerakkan Pertumbuhan Ekonomi.

Merujuk kepada 12 bidang ekonomi utama negara atau NKEA yang telah dikenalpasti, iainya adalah tepat dan bersesuai dengan trend semasa ekonomi dunia. Fakta bahawa Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara adalah benar dan usaha kerajaan Membangunkan SME Sebagai Jentera Pertumbuhan dan Inovasi adalah kena pada masanya.
Pada hemat saya Enterpris Kecil dan Sederhana bukan hanya memerlukan akses yang mudah kepada kemudahan pembiayaan semata-mata namun apa yang lebih penting adalah usaha kerajaan mengharmonikan agensi berkaitan SME untuk memainkan peranan secara bersepadu agar skim-skim yang kerajaan sediakan seperti Skim Jaminan Modal dan Skim Jaminan Pengstrukturan Semula Industri yang menelan belanja 13 Bilion Ringgit ini tidak sia-sia.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengambil contoh semasa menghadiri dialog bersama ahli PERDASAMA Labuan baru-baru ini, saya mendapat makluman bahawa ada diantara Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) di Labuan dan Sabah yang hanya mendapat kelulusan sijil seperti Sijil Halal daripada JAKIM setelah lebih dari setahun memohon (secara online) malahan diberitahu bahawa majoriti syarikat yang mendapat kelulusan sijil Halal Jakim ini adalah terdiri daripada syarikat non-muslim dan bukan bumiputera. Tidak kurang pula bilangan SME yang tidak tahu hujung pangkal bagaimana cara agar produk keluaran mereka mendapat status “eksport ready” iaitu lengkap dengan Persijilan Halal,GMP,HACCP, VHM sebagai contoh daripada beberapa agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Jabatan Haiwan dan lain-lain.
Penerangan lanjut saya, Persijilan Verterianry Health Mark (VHM) hanya diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya. Meskipun Pegawai VHM disediakan melalui JPV negeri (yang berperanan sebagai wakil atau perunding semata-mata) tetapi segala proses kelulusan hanya boleh di lakukan di PUTRAJAYA. Adalah lebih cepat dan efisyen seandainya JPV Negeri dapat di beri mandat untuk memberi kelulusan Persijilan VHM ini. Persijilan VHM ini amat penting kerana ia adalah bagi semua produk hasil haiwan termasuk Daging Ayam, Lembu, Kambing, Babi dan Binatang Laut. Persijilan VHM diperlukan bagi aktiviti eksport didalam negara sebagai contoh produk makanan laut (seafood) yang di proses di Labuan perlu mendapat Persijilan VHM untuk membolehkannya di eksport atau dipasarkan ke negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.
Bagi Persijilan Halal pula seperti terdapat 2 standard. Bagi negeri yang memiliki Majlis Agama Islam sendiri seperti JAHEINS untuk SABAH, JAIJ untuk JOHOR dan JAIS untuk SELANGOR masing-masing mengeluarkan Persijilan Halal Negeri dan hanya diiktiraf penggunaan sijil tersebut oleh negeri yang mengeluarkan. Manakala untuk pasaran domestik diantara negeri di Malaysia, hanya sijil Halal oleh JAKIM yang diiktiraf. Sijil Halal JAKIM hanya diproses oleh JAKIM Bahagian Hub Halal bertempat di Cyberjaya, Selangor. Ianya perlu beberapa proses audit seperti Audit Teknikal dan Audit Syariah.

Tuan Yang di-Pertua,

Didalam tempoh 5 Tahun ini, proses persijilan Halal ini telah beberapa kali bertukar tangan daipada JAKIM ke Halal Development Corporation (HDC) dan Tahun 2009 di bawah Menteri Agama baru, peranan Persijilan Halal oleh HDC telah ditarik dan dikembalikan kepada JAKIM Bahagian Hub Halal.
Manakala bagi Persijilan Good Manufacturing Practice (GMP) atau Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) adalah diaudit oleh syarikat perunding diiktiraf seperti SIRIM QAS International dan MOODY International. (dengan menelan belanja tidak kurang puluhan ribu) Hasil audit dari syarikat perunding ini kelak akan diaudit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) Putrajaya untuk kelulusan persijilan akhir. Hanya produk yang dilengkapi GMP atau HACCP diterima sebagai produk “Ekport Ready” untuk dieksport keluar negara. Harus diingat bahawa akan berlaku terlalu banyak proses pengubahsuaian dan penambahbaikan bukan hanya terhadap bangunan atau premis kilang pemohon tetapi memelukan tenaga kerja mahir dan penyediaan dokumen yang terlalu banyak bagi persijilan tersebut. Dana tersedia oleh kerajaan melalui SME Corp mahupun SME Bank dan AGRO Bank bagi tujuan persijilan ini tetapi tidak semua wilayah ada agensi ini ditem at masing-masing sebagai contoh Labuan yang berstatuskan International Offshore Financial Centre (IOFC) tidak memilik baik SME Bank mahupun SME Corp bagi mendukung pembangunan PKS di Labuan. Pelik tapi benar?

Agensi seperti TEKUN Nasional tidak mampu berperanan pemberi dana disebabkan budget pembiayaan yang kecil dan terhad. Adakalanya, renovasi terhadap bangunan atau premis kilang bagi persijilan ini boleh menelan belanja ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan.
Disinilah penekanan untuk mengharmonikan agensi berkaitan SME ini amat penting agar para SME kita kelak dapat bertapak bukan hanya di pasaran domestik malahan ke pasaran antarabangsa. Sebenarnya apa yang Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) negara perlukan bukanlah hanya dokongan dari segi dana atau kewangan sahaja , tetapi turut memerlukan bantuan kepakaran teknikal bagi tujuan persijilan sehingga ke pemasaran produk secara berterusan tanpa karenah birokrasi yang selama ini membantutkan perkembangan Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negara.
Hanya dengan langkah tepat sebegini akan menyuburkan pertumbuhan Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) di dalam negara dan sekaligus memainkan peranan penting sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi Negara terutama bagi SME yang terlibat didalam industri makanan didalam menjamin bekalan makanan negara.

Tuan Yang di-Pertua,

Beralih kepada Teras Strategik Keempat: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia.

Adalah menjadi satu tindakan bijak oleh kerajaan menetapkan employability atau boleh upaya kerja graduan dijadikan satu daripada KPI universiti. Menjadi satu perkara yang amat mendukacitakan ibu bapa dan orang tua bilamana anak mereka yang bergelar graduan universiti gagal diterima bekerja dimana-mana sektor akibat kualiti graduan yang rendah. Budaya exam oriented yang membawa penguasaan terhadap teori semata-mata dan mengabaikan hands on knowledge atau praktikal dipercayai antara punca kualiti graduan universiti tempatan sering menjadi persoalan. Ini diperakui sendiri oleh seorang Prof. Dr. yang merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang saya temui bila mana menjelaskan perbandingan tempoh pengajian yang terlalu lama dihabiskan untuk mempelajari teori mana-mana cabang ilmu dan kurangnya tempoh pengajian dari segi praktikal. Disamping itu, cadangan kerajaan untuk mengkaji semula pakej pengajian adalah disambut baik. Adalah benar bahawa Institut Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting didalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) dimana-mana negara diseluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua,

Berkenaan Teras Strategik Kelima: Mewujudkan Persekitaran Kondusif ke Arah Mempertingkatkan Kualiti Hidup

Amat jelas bahawa Kerajaan berusaha keras bagi Meningkatkan Kecekapan Pengangkutan Awam Negara bilamana pada 3hb Jun yang lalu, seluruh rakyat Labuan dan rakyat Sabah di Labuan menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri Sabah yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah bahawa MONOPOLI perkhidmatan Feri Kenderaan-Penumpang yang menghubungkan Sabah dan Labuan telah ditamatkan dan hak monopoli tidak akan diteruskan. Ini memberi harapan baru kepada rakyat di wilayah ini akan penambahbaikan terhadap kecekapan pengangkutan awam diantara Sabah-Labuan yang selama ini amat mendukacitakan. Tahniah dan terima kasih turut saya ucapkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mana Menteri dan Timb. Menterinya telah turut TURUN PADANG menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama iaitu kira-kira lebih 10 tahun. Penyelesaian terhadap masalah ini adalah satu bukti bahawa Kerajaan BN pimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah ikhlas dan amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhir kata, dengan ditunjangi semangat 1 Malaysia- Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (NEM), dengan izin Allah SWT. saya optimis bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 akan dapat dilaksanakan denga jayanya dan cita-cita merealisasikan Wawasan 2020 akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Wassalam.

Sabtu, 15 Mei 2010

Sumbangan MP Labuan untuk Pengusaha Bumiputera di Taman Damai


UNTUK KESELESAAN… Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menyampaikan sumbangan 18 payung untuk pengusaha-pengusaha Bumiputera untuk menjalankan perniagaan di Taman Damai, WP Labuan pada 9 Mei lalu.

Perniagaaan satay, sayap ayam dan kelapa di Taman Damai adalah antara kawasan tarikan pelancong luar dan tempatan, terutamanya pada hujung minggu.

Sumbangan dari Pejabat Parlimen Labuan itu adalah bagi memberi keselesaan kepada pelanggan yang berkunjung ke gerai-gerai di Taman Damai.

Kaum KDM mohon perkampungan demi utuhkan perpaduan


LABUAN -- Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal akan berusaha untuk membawa usul dan permintaan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) di Labuan untuk mewujudkan perkampungan masyarakat etnik Sabah itu ke peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Kita akan bawa permintan dan usul ini ke pengetahuan Menteri dan kita akan lihat apa kata Menteri berhubung perkara ini," katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Labuan pada 9 Mei lalu.

Beliau memberi respon itu ketika barisan kepimpinan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Labuan membuat usul ketiaka sambutan itu diadakan.

Lebih daripada 5,000 warga KDM tinggal di Labuan dengan tidak bertumpu pada satu tempat.

Presiden persatuan itu Markus Jikunan berkata usaha mewujudkan perkampungan untuk masyarakat KDM adalah untuk menyatupadukan masyakarakat KDM dan untuk mengukuhkan perpaduan.

Persatuan itu juga bercadang tunuk mewujudkan pusat kebudayaan KDM sebagai usaha memastikan warisan budaya KDM terus terpelihara.

Khamis, 29 April 2010

Penduduk Setempat Boleh Jadi Agen Kerajaan Demi Pembangunan Berterusan

LABUAN--Penduduk setempat memainkan peranan penting menyalurkan maklumat membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan dan kelemahan yang masih terdapat di Labuan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal berkata hanya melalui maklumat dan maklum balas penduduk setempat yang disampaikan secara terus saja tindakan susulan dapat diambil.

“Kita tidak menafikan masih ada beberapa kekurangan dan kelemahan yang masih belum diatasi di Labuan, tetapi peranan tuan-tuan lah yang sebenarnya diharapkan untuk membantu mengurangkan masalah berkenaan dan secara tidak langsung menangani masalah tersebut.” katanya ketika merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Labuan, Sambutan Hari Ulangtahun RTM ke-64 dan Program Eh Dih Dih Badudun Kitani di Padang Pajal Pohon Batu pada 25 April dekat sini.

Katanya, kerjasama semua pihak dan kesanggupan mereka bekerja bersama-samanya adalah amat penting untuk mempercepatkan lagi usaha mengatasi masalah yang dihadapi rakyat di Labuan.

Yussof menekankan penduduk Labuan sebenarnya amat beruntung dan bertuah berbanding dengan penduduk di kawasan lain di dalam negara ini. Ini kerana segala kemudahan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dinikmati oleh semua rakyat baik di kampung mahupun di bandar.

“Hampir ke semua kampung menikmati kemudahan jalan sehinggakan ada yang sampai di halaman rumah. bekalan elektrik dan sebagainya. Di Labuan juga penduduknya ditawarkan dengan pelbagai peluang perniagaan dan kemahiran hidup menerusi agensinya.”

Menurut beliau lagi, keadaan ini jauh berbeza di tempat lain di mana penduduknya terpaksa mencari peluang dan berebut untuk mengisi ruang yang ditawarkan. Bahkah ada banyak lagi kawasan yang belum mendapat kemudahan sebaik seperti yang terdapat di Labuan.
“Ini secara tidak langsung membuktikan kerajaan sentiasa perihatin dan mengambil berat terhadap rakyatnya dengan penglibatan semua golongan tanpa mengira kaum dan agama.” katanya.

Tambahnya, ia amat bertepatan dengan konsep 1 Malaysia, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang mana setiap program yang dilaksanakan melebihi kehendak rakyat tanpa mengenepikan matlamat serta mengambil kira kesan serta impak penganjurannya.
Yussof turut memuji usaha Jabatan Kesihatan dan RTM yang telah menjalinkan kerjasama menganjurkan program kemasyarakatan serentak walaupun pada dasarnya peranan kedua-dua agensi ini jauh berbeza.

Pelbagai aktiviti menarik membabitkan kesihatan dan hiburan serta sukan melibatkan
penyertaan kakitangan kedua-dua agensi dan penduduk kampung disediakan bagi memeriahkan lagi program sehari tersebut.

Parlimen Labuan Sedia RM50,000 Biaya Aktiviti PIBG



LABUAN, 25 April -- Sejumlah RM50,000 diperuntukkan bagi menggerakkan program dan aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) semua sekolah di Labuan tahun ini, kata Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal.

"Kami memperuntukkan RM2,000 setiap sekolah bagi sembilan sekolah menengah, dan RM1,000 untuk setiap 15 sekolah rendah, dua sekolah rendah Cina dan 10 buah sekolah rendah agama. Bakinya RM5,000 adalah bagi Pusat Ko-Kurikulum Labuan," katanya selepas merasmikan pusat itu di sini.

Yussof berkata anggota PIBG hendaklah memainkan peranan aktif untuk membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dan bukan "hanya memegang jawatan untuk kepentingan sendiri atau menjadi popular".

Dalam perkembangan lain, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan Mohammad Zaki Mohd Yusof berkata masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah di Labuan masih terkawal, meskipun terdapat kes-kes polis melibatkan pelajar.

Sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 400 kes kesalahan disiplin pelajar direkodkan daripada sejumlah 14,459 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Labuan, katanya."

Kebanyakan kes disiplin ini membabitkan kesalahan asas dan kita yakin kempen kosong peratus pelanggaran disiplin dapat mencapai matlamatnya," katanya.

Selasa, 20 April 2010

BN Labuan turut sama dalam memberi sokongan pilihanraya Kecil Hulu Selangor



HULU SELANGOR -- Pengerusi BN Labuan Datuk Haji Yussof Haji Mahal bersama sebahagian barisan kepemimpinan BN Labuan turut serta pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Hulu Selangor bagi menyuntik semangat kepada calon BN P. Kamalanathan yang berhadapan dengan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Calon BN pada awalnya berhadapan lawan empat penjuru yang mana dua adalah calon bebas yang telah menarik diri pada saat awal lagi.

Hari penamaan calon pada 17 April lalu turut menyaksikan lebih 10,000 penyokong daripada kedua-dua parti BN dan PKR memberikan semangat kepada calon mereka, meskipun pada jelasnya terdapat kekecohan berikutan ketiadaan kawalan emosi dari dua belah pihak penyokong. Keadaan dapat dikawal oleh pihak polis yan hgtelah bersiap sedia pada awal lagi.

Menteri-menteri Kabinet yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN; Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi calon BN P. Kamalanathan di Dewan Serbaguna Belia dan Sukan Hulu Selangor.

Kehadiran Yussof Mahal bersama rombongannya disamping rombongan dari Sabah turut merancakkan lagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Yussof dalam kenyataannya, kemenangan BN dalam pilihanraya kecil ini adalah penting bagi mengembalikan angin perubahan kepada pucuk pimpinan BN.

"Sebagai Ahli Parlimen BN dan pengerusi BN Labuan, faktor geografi bukanlah faktor penghalang untuk kita membantu dan bekerjasama dalam memastikan kemenangan BN. Kita akan bantu sebaik mungkin. kedua-dua calon mempunyai kelebihan masing-masing, dan apa yang penting calon BN adalah calon pemerintah kerajaan persekutuan yang mampu membawa perubahan pembangunan dan rakyat harus fayham semua ini," katanya.

Yussof berkata sokongan moral kepada mana-mana calon BN dalam pilihanraya kecil bukanlah pertama kali tetapi sebelum ini, beliau juga turut sama dalam memberi sokongan dan memberi penjelasan kepada pengundi-pengundi dibeberapa kawasan pilihanraya kecil termasuk di Negeri Sembilan dan Terengganu.


Selasa, 13 April 2010

Anak Lelaki PM Mohd Nizar Lawat Labuan Atas Jemputan MP Labuan - Sempat Hadir Dibeberapa Tempat Majlis Kahwin Dalam Sehari


LABUAN-- Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal bersama anak lelaki Perdana Menteri Malaysia Mohd Nizar Datuk Seri Najib menghabiskan masa sehari menghadirkan diri dan bersama memeriahkan sekurang-kurangnya empat majlis perkahwinan di empat buah kampung di WP Labuan.

Rata-rata penduduk kampung yang hadir di majlis perkahwinan tercegat tidak menyangka akan kehadiran anak lelaki PM yang diiring oleh beberapa exko pemuda Umno Pahang dan Umno Labuan.

Sebelum itu beliau sempat bermain golf dan menghadirkan diri dalam satu majlis kemasyarakatan anjuran Pemuda Umno Labuan iaitu Sumbangan Anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah di kediaman Ketua Pemuda Umno Labuan Mohd Rafi Ali Hassan.

Nizar dalam ucapannya berkata beliau terharu dengan sambutan yang sepatutnya sambutan yang meriah hanya diberikan kepada PM dan bukan anak kepada PM.

Walaubagaimanapun beliau melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal yang sempat membawanya ke Anjung Ketam untuik menikmati hidangan makanan laut yang sememangnya menjadi kegemaran pelawat bila mana ke WP Labuan.

Belia Beliawanis Harus Sedar Peranan Dan Sumbangan


LABUAN-- Belia dan beliawanis harus menyedari apakah peranan dan sumbangan mereka dalam merancakkan lagi aurs pembangunan ilmu.

Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal berkata belia-beliawanis harus tahu adakah mereka mampu untuk mengembangkan lahgi imu dan pengetahuan yang dimiliki untuk kesejahteraan orang lain atau sekadar menjadi poengguna pasif dan pemerhati sahaja.

"Didalam era globalisasi, tidakkah para belia dan generasi muda mempunyai keinginan untuk turut sama menyumbang kearah pembinaan satu masyarakat Malaysia yang canggih dan bertamadun tinggi serta unggul. Sedarlah, setiap agama ada menekankan akan kepentingan ilmu kepada para penganutnya," katanya ketika merasmikan Majlis Forum Belia Transformasi 1Belia 1Malaysia Dengan Isu Melentur BUluh Biuar Darti Rebungnya pada 10 April lalu.

Yussof berharap belia-beliawanis berperanan sebagai agen yang mampu bersaing dan membimbing masyarakat kearah kebaikan dan kesejahteraan.

"Mereka perlu mempunyai inspirasi dalaman diri bahawa mereka adalah pemimpin yang bertanggungjawab keatas diri, rakan, keluarga dan bangsa serta agama dan negara umumnya," katanya.

Katanya lagi, peranan para belia masa kini dan akan datang sudah pasti akan menjadi lebih mencabar kemampuan dan ketahanan mereka.

"Sebagai pewaris negara di masa akan datang, mereka mesti melengkapkan diri sendiri dengan pelbagai kelengakapan dan persediaan secukupnya umpama pejuang yang sentiasa berlatih bavgi menghadapi mush di medan perjuangan. Seterusnya, bagi menghadapi semua ini, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik opemikiran dan sikap supaya menjadi lebih positif dan proaktif. Untuk menjadi proaktif, idealisme dan keazaman tinggi amatlah perlu," katanya.

Beliau menambah cabaran utama kepada golongan belia dan generasi muda adalah cabaran teknologi maklumat.

"Tidak dinafikan banyak yang boleh diperolehi daripada teknologi maklumat tetaoi akan membawa implikasi negatif sekiranya disalah gunakan. Olehj yangdemikian mereka harus tahu memainkan peranan mereka dengan sebaiknya," katanya

Selasa, 6 April 2010

Yussof Mahal dengan barisan baru kepimpinan BN Labuan - Mengharungi Cabaran PRU 13


LABUAN--Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Labuan, Datuk Haji Yussof Mahal telah melantik ahli-ahli jawatankuasa baru BN Labuan beberapa hari selepas yang menerima watikah perlantikan daripada Dewan Tertinggi Barisan Nasional Malaysia awal Februrari lalu.

Perlantikan daripada Pengerusi BN Malaysia yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak itu berkuatkuasa sehingga 31 Mei 2011.

Ramai yang menganggap lantikan ahli-ahli jawatankuasan yang dibuat beliau mendapat pelbagai reaksi positif.

Pemimpin veteran Datuk Isli Siput menyifatkan barisan ahli jawatankuasa baru ini dilihat bertenaga dan bersemangat tinggi.

Perlantikan Yussof Mahal dikatakan mendapat sokongan penuh dari semua parti komponen Barisan Nasional di Labuan.

Antara yang wakil UMNO yang dilantik dalam AJK BN kali ini termasuklah Pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Yunus Kurus sebagai Timbalan Pengerusi, Dr Harun Pudin sebagai Setiausaha, Ali Datuk Omar Bledram sebagai Bendahari dan Rozman Datuk Isli sebagai Naib Pengerusi.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan yang juga mantan Pegawai Jabatan Pengeran Malaysia Datuk Yussof Mohammad turut dilantik sebagai Ketua Biro Penerangan bagi menjelaskan pelbagai isu rakyat dalam konteks Barisan Nasional.

Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno masing-masing dilantik sebagai ketua Pemuda dan Ketua Wanita BN dengan dibantu oleh barisan kepemimpinan pemuda dan wanita komponen-komponen BN.

Ketua-ketua parti komponen BN yang lain juga masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi BN.

Diharap barisan AJK BN kali ini dapat memantapkan persiapan parti menjelang PRU-13 kelak.

Isnin, 5 April 2010

Yussof umum RM20 juta untuk kerja naik taraf pantai Batu Manikar


LABUAN-- Ahli Parlimen Datuk Yussof Mahal mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja naik taraf pantai Batu Manikar.

Peruntukan dari kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu melalui Perbadanan Labuan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperindahkan pantai dan persekitarannya.

"Program pengindahan akan dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan sendiri demi kepentingan warga Labuan dan pelawat," katanya dalam program Apa Khabar Orang kampung pada 3 April lalu di Batu Manikar.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa penduduk kampung agar melibatkan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan sama dalam perikanan atau perytanian bagi meningkat taraf ekonomi keluarga.

Disamping itu beliau juga menekankan kepada kepentingan pendidikan anak-anak sebagai pelapis kepada pemimpin sekarang.

Sementara itu, beliau sempat menyerahkan bantuan kepada warga emas penduduk Batu Manikar.

Seramai 27 Wakil Ahli Parlimen (WAP) turut menerima watikah perlantikan daripada beliau.

Yussof menggesa agar semua Wakil Ahli Parlimen menggembling tenaga bersama dalam memastikan pembangunan kampung terpelihara dan memastikan kerjasama antara penduduk kampung dan pemimpin terus terjalin.

Yussof sambut baik cadangan penggunaan air proses pembentungan untuk kegunaan industri


LABUAN-- Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal menyambut baik langkah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menggunakan air pembentungan yang telah diproses untuk kegunaan industri.

langkah tersebut adalah bagi membantu menyelesaikan isu air yang kini kritikal di Labuan sejak tahun lalu.

"Kita berharap dengan cara ini kita dapat menyelesaikan isu air di Labuan. Perkara ini telah saya suarakan di Parlimen, dan kita berterima kasih diatas lawatan Menteri sendiri ke Labuan pada 3 April lalu untuk melihat keadaan sebenar," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap projek penyambungan paip dari Sungai Pada di beaufort ke Labuan siap mengikut jadual dan tidak di lewatkan dengan pelbagai permasalahan.

"Projek bernilai RM365 juta itu harus disiapkan, ini kerana penduduk Labuan telah menghadapi situasi ini agak begitu lama. Kini warga Labuan hanya mendapat bekalan air melalui catuan, dan apa yang Menteri harapkan untuk melihat dalam masa dua bulan tidak ada lagi catuan adalah satu harapan besar kepada penduduk Labuan," katanya.

Yussof juga menggesa Jabatan Air Labuan akan dapat menyegerakan pembinaan telaga tiub dan memastikan mampu membekalkan air yang cukup kepada Kolej Matrikulasi Labuan, ini kerana kemasukan baru seramai 3,000 pelajar ke kolej itu dijadualkan pada Jun ini.

Jumaat, 5 Mac 2010

TEKS UCAPAN YB DATUK HAJI YUSSOF MAHAL SEMPENA MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN HARI WILAYAH 2010



BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM...


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH dan SALAM SEJAHTERA,

Pertama sekali saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita telah diberi kesempatan untuk bersama-sama sekali lagi dalam meraikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 di Dataran Labuan ini.

Saya mewakili warga Labuan, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar kerana memilih Wilayah Persekutuan Labuan sebagai tuan rumah untuk majlis Penutupan Hari Wilayah Persekutuan 2010 pada tahun ini.

YB Dato’, YBhg Tan Sri, Datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Semenjak Labuan menjadi Wilayah Persekutuan, rakyat Labuan tidak ketinggalan dari menikmati arus pembangunan dan kemajuan yang dicapai. Antaranya, seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan, peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya.

Saya yakin dan percaya, kemajuan yang dicapai ini telah meningkatkan ekonomi seterusnya menaikkan taraf hidup masyarakat Labuan. Ini terbukti apabila mengikut statistik yang diperolehi, Labuan telah berjaya mengurangkan kemiskinan tegar sebanyak 65.7% pada tahun ini berbanding tahun-tahun yang sudah. Pencapaian ini adalah sejajar dengan saranan kerajaan ke arah landasan ‘Kemiskinan Sifar’.

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

‘Maju dan sejahtera’ hendaklah seiring dan tidak boleh dipisahkan.

Tanpa kemajuan, sesebuah negara akan menghadapi masalah ekonomi, masalah pengangguran dan sebagainya. Ini sudah tentu akan menggugat kesejahteraan dan keharmonian masyarakat dalam sesebuah negara.

Begitu juga halnya dengan kesejahteraan. Untuk menjadi sebuah negara yang sejahtera, sudah tentu perpaduan dan kesepakatan amat diperlukan. Lebih-lebih lagi dalam melaksanakan pembentukan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.

Tanpa kesejahteraan, masyarakat akan mengalami masalah sosial seperti jenayah, rasuah dan keruntuhan moral remaja masa kini. Ini sudah tentu akan menggugat keselamatan negara seterusnya menjejaskan kemajuan dan mengakibatkan kemundurun sesebuah negara.
Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini mendoakan agar Labuan sebagai salah satu Wilayah Persekutuan seiring dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dapat mencapai kemajuan dan kesejahteraan seterusnya dapat bersama-sama menzahirkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan sesuai dengan tema sambutan “ Satu Wilayah Persekutuan, Maju & Sejahtera”.

YB Dato’, YBhg Tan Sri, Datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Adalah menjadi harapan saya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk melihat warga Labuan seiring atau pendek kata berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan yang lain yang telah maju terlebih dahulu kehadapan selaras dengan agenda Kerajaan untuk melihat warga Malaysia maju dan berdaya saing.

Sebagai pemimpin, saya akui sememangnya perlu ada keberanian dalam menghadapi tekanan, samada tekanan itu datangnya dengan sendirinya atau tekanan yang tidak dijangka, tetapi apa yang penting sebagai pemimpin, itu adalah asam garam yang harus dilalui sebagai pemimpin. Adakalanya sebagai pemimpin, kita tidak semestinya dapat memenuhi permintaan semua orang, tetapi apa yang penting kita sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak semua pihak, meskipun adakalanya kita rasa tersepit diantara dua penjuru.

Begitulah senario sebenar yang dihadapi mana-mana pemimpin yang kadangkalanya sukar untuk difahami oleh rakyat sendiri. Dalam kita menuju kearah melahirkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan bagi menyahut seruan kerajaan, pelbagai program ingin kita laksanakan denga jayanya, tetapi adakalanya agak perlahan dan ini disebabkan pelbagai faktor yang kadangkala kita tidak dapat elakkan dan sukar difahami oleh sebilangan pihak.

Dan sebagai Wakil rakyat, saya berikrar sempena Hari Wilayah Persekutuan Labuan yang ke-26 bagi kita di Labuan ini, Ke-36 bagi Kuala Lumpur dan Ke-9 untuk Putrajaya, saya akan terus berkhidmat sedaya upaya demi warga Labuan yang saya sayangi.

Dengan kumpulan pemikir atau Think Tank yang saya telah bentuk bagi membantu merancang hala tuju pembangunan Labuan kearah membawa kemakmuran dan kesejahteraan, dengan sokongan padu daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dibawah pimpinan Yang Berhormat Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Perbadanan Labuan, saya yakin Labuan akan seiring, jika tidak seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya seiring dengan negeri-negeri maju lain di Malaysia.
YB Dato’, YBhg Tan Sri, Datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Memang benar ada rungutan dari pelbagai pihak berhubung dengan kos sara hidup di Labuan yang sedikit agak tinggi berbanding negeri lain, tetapi kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak berdiam diri, ini kerana usaha sedang digembling bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini.

Berhubung dengan isu pembangunan sepertimana yang yang katakan tadi, Labuan adalah sebuah wilayah, tidak seperti negeri-negeri lain yang mana kemudahan-kemudahan asas sudah boleh dibanggakan. Apa yang kita perlu beri perhatian sekarang adalah pembangunan seimbang dalam erti kata lain, kita mahu melihat penglibatan warga Labuan dalam pembangunan yang dibawa ke Labuan dan dengan ini, saya percaya, kita akan mencapai sasaran dalam menuju melahirkan modal insan yang berilmu dan berdaya saing.

Dengan ini, sukalah saya menyeru warga Labuan agar merebut peluang yang diberikan oleh Kerajaan melalui pelbagai perlaksanaan projek pembangunan samada pembangunan fizikal ataupun pembangunan minda. Apa yang penting, janganlah kita sering memandang ke atas tetapi kita hanya melihat sepintas lalu apa yang ada dibawah kita.

Saya yakin seluruh warga Labuan akan terus bersatu memupuk perpaduan dan bertekad untuk menjadi warga yang bertanggung-jawab, mensyukuri dan memanfaatkan kemudahan serta nimat yang dianugerhkan, seterusnya menyokong program yang dilaksanakan kearah kemajuan dan kesejahteraan kita bersama.

YB Dato’, YBhg Tan Sri, Datuk-datuk, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Dikesempatan ini, saya sekali lagi mengucapkan tahniah diatas usaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Perbadanan Labuan dalam memastikan pembangunan Labuan bergerak seiring dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Bagi pihak Warga Labuan sekali lagi saya ucapakan SYABAS, TAHNIAH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Menteri Datuk Raja Nong Chik yang tidak jemu untuk datang ke Labuan mekipun apa yang saya tahu, hampir setiap hari berhadapan dengan jadual tugas yang ketat.

Dengan in dengan lafaz WABILAHIT TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH dan SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA.

Wassalam.

UCAPAN PENUH YB SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ADIBIN - SEMPENA MAJLIS REMUAH TERBUKA TAHU0N BARU CINA 1MALAYSIA 2010 - 28 FEB 2010


Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Tionghua di Wilayah Persekutuan Labuan.

Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang hadir bersama di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.

Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada Pejabat Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan YB Datuk Yussof Hj Mahal dan MCA Bahagian Labuan di atas penganjuran majlis ini. Saya difahamkan majlis ini diadakan hasil kerjasama yang erat dengan persatuan–persatuan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Labuan.

Meskipun jadual saya dalam lawatan ke Labuan kali ini sangat ketat, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama tuan-tuan dalam program ini. Saya anggap majlis rumah terbuka ini sebagai platform terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum selaras dengan gagasan 1Malaysia yang dipelopori oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

Dato-dato, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

LABUAN CONTOH 1MALAYSIA

Kehadiran anda semua pada hari ini, yang kita lihat bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Cina tetapi juga kaum lain seperti Melayu, India, Kadayan, Brunei, Kadazandusun, Iban dan lain-lain adalah bukti Gagasan 1Malaysia telah wujud sejak sekian lama di bumi Labuan.

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia 2010 ini juga menunjukkan kepada kita semua bahawa warga Labuan dan BN di sini sentiasa terus bersatu di bawah kepimpinan YB Datuk Yussof Haji Mahal, Ahli Parlimen Labuan. Tahniah kepada YB Datuk Yussof di atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi Penyelaras BN Labuan.
Hadirin yang saya hormati sekalian

Saya yakin dengan adanya pelbagai program komuniti Ahli Parlimen Labuan seperti “Apa Khabar Orang Kampung”, pelbagai isu dapat dijawab dan diselesaikan menerusi dialog bersama ketua-ketua jabatan kerajaan. Ini akan dapat memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada kita dan memastikan BN terus bertapak di Labuan, sekaligus menjadi salah satu penyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

KUKUHKAN PERPADUAN

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap kemajuan dan kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan, adalah menjadi harapan saya agar perpaduan kaum terus terjalin di sini. Saya menyeru seluruh warga Labuan, tidak kira sama ada ahli politik, kakitangan kerajaan, ahli NGO, orang perseorangan atau pun ahli perniagaan, supaya sentiasa memperkukuhkan keharmonian dalam hubungan sesama kita.

Telah menjadi kelaziman di Malaysia, setiap kali tiba sesuatu perayaan, ia pasti akan menjadi acara yang disambut secara bersama oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira kaum atau agama.

Kita adalah satu-satunya negara di dunia, di mana tradisi kunjung-mengunjung rumah sahabat handai, rakan taulan dilakukan di musim-musim perayaan, seperti Tahun Baru Cina ini. Jadi kita mestilah mempertahankan amalan unik ini pada setiap masa.

PENUTUP


Akhir kata, saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia peringkat Parlimen Labuan. Tidak lupa juga, saya ingin menjemput semua yang ada di sini ke Dataran Labuan malam ini untuk menghadiri Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010. Marilah beramai-ramai kita memeriahkan lagi suasana di dataran bersejarah itu.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamu Alaikum Warahmatullahi
Wabaraktuh

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BOLEH JADI PENGUKUR KEPADA PERPADUAN KAUM - YUSSOF MAHAL

LABUAN(26 Feb 2010)--Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap tahun boleh menjadi pengukur kepada perpaduan masyarakat islam, dan persoalan samada perarakan sambutan maulid tidak ada fadhilatnya seharusnya tidak timbul.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal berkata sambutan Maal Hijrah ini adalah untuk menerapkan budaya positif dikalalangan umat islam terhadap sejarah islam yang agung dan untuk mengingatkan masyarakat islam keagungan Nabi Muhammad S.A.W.

Yussof berkata dalam mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abd Aziz pada minggu lalu bahawa, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan, kenyataan tok guru itu tidak harus dilayan tetapi masyarakat islam harus membuta penialain secara matang dan bijak dari perspektif islam.

“Kita telah mengadakan sambutan mauled ini setiap tahun dan kita dapat saksikan kehadiran masyarakat islam dan mampu memberi gambaran positif kepada saudara baru islam kita. Ini yang penting, kita tidak jadikan sambutan maulid ini sebagai platform berkempen politik tetapi untuk menerapkan keutuhan dan memperkasakan ummah sebagai teras dalam kehidupan kita sebagai masyarakat islam. Dan apabila kita menyentuh samada maulid ini tidak ada fadhilatnya, kita tidak harus pula terpengaruh dan bersetuju untuk tidak lagi menganjurkannya mada hadapan, ini kerana kita sema ini jadikannya sebagai landasan untuk mempereratkan perpaduan dan hubunag silaturahim,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Yussof menyeru warga Labuan khususnya agar menghidupkan sunnah Nabi Muhammad dalam segenap aspek kehidupan samada dari segi pembinaan sahsiah diri, masyarakat, urusan ekonomi dan pembangunan sesuatu kawasan.

Tema sambutan tahun ini adalah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah yang membawa maksud permuafakatan dan kesatuan umat islam merupakan kunci kekuatan yang perlu dipertahankan dalam mencapai matlamat melahirkan umat yang terbaik yang menjadi contoh kepada semua lapisan bangsa.

“Katanya umat islam harus mementingkan hubungan baik sesama yang lain dan perhubungan yang baik dapat dijalin dan diamalkan sekiranya setiap individu memiliki akhlak yang mulia.

Akhlak mempunyai tempat yang tinggi dalam islam dan ia adalah seperti cermin dalam memancarkan cahaya islam itu sendiri,” katanya.

Di Wilayah Persekutuan Labuan, kita bersama amat bertuah hidup dengan penuh harmoni dan berpeluang mengamalkan cara hidup islam dengan kemudahan serta prasarana yang disediakan oleh kerajaan.Ini perlu diterjemahkan dalam diri dan keluarga serta masyarakat secara komited dengan meningkatkan penglibatan dalam pelbagai aktiviti agama yang diadakan.