Nelayan merupakan kumpulan penyumbang kepada sumber makanan di W.P. Labuan, oleh yang demikian pada 30 Jun 2012 saya telah menghadiri sesi dialog bersama-sama nelayan kita unutk mendalami masalah yang dihadapi oleh mereka terutamanya yang berkaitan dengan perwartaan Pualau Kuraman, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil.
Sabtu, 30 Jun 2012
Khamis, 21 Jun 2012
W.P. Labuan Mampu Berdikari Menjelang 2015
Masyarakat sering melihat kepada
gaya hidup seseorang bagi menilai kejayaan seseorang. Namun yang demikian untuk
kebanyakkan masyarakat di W.P. Labuan masalah utama yang sering diutarakan
adalah harga barang keperluan harian yang sangat berbeza jika dibandingkan
dengan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Namun ini adalah usaha kerajaan
Malaysia untuk menangani masalah harga barangan yang semakin meningkat.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana jabatan-jabatan kerajaan di W.P. Labuan
dapat menghasilkan input penyelesaian secara lokal? Maksudnya, apakah
cadangan-cadangan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan barangan asas yang
boleh dihasilkan di W.P. Labuan?
Cadangan untuk menyediakan satu
industri untuk satu kampung merupakan satu program yang pernah dicadangkan oleh
pihak kerjaan pusat bagi menampung keperluan makanan sesebuah kawasan dan
cadangan ini boleh digunapakai di W.P. Labuan kerana kita mempunyai tenaga
pakar dari setiap jabatan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas. Buah
fikiran bernas boleh diangkat secara bersepadu
dengan kerjasama dari semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Pejabat Parlimen
W.P. Labuan percaya bahawa dengan adanya kerjasama daripada semua pihak sifat
kebergantungan kepada produk makanan dari luar W.P. Labuan dapat dikikis dan
W.P. Labuan akan dapat berdiri diatas kaki sendiri berdasarkan nasihat serta
bimbingan pihak berkuasa tempatan. Namun….. adakah belia-belia W.P. Labuan
sanggup untuk menceburi bidang pertanian sekiranya kepakaran dan sokongan
disediakan?
Oleh yang demikian sudah tiba
masanya kita merancang bersama tentang strategi-strategi yang boleh diambil
secara bersepadu untuk menangani masalah harga barangan keperluan harian
yang semakin lama semakin meruncing. Biarlah kita mencari inisiatif sendiri
berdasarkan kepada idea-idea yang praktikal untuk dijayakan.
Sabtu, 16 Jun 2012
Program Karisma 1Labuan
Kementerian PembangunanWanita Keluarga dan Masyarakat turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat W.P. Labuan. Saya yakin masyarakat akan lebih berkarisma dengan adanya bantuan seumpama ini di W.P. Labuan. Syabas kepada semua.
Jambatan di Kg. Saguking
Jambatan ini merupakan laluan harian penduduk disini, oleh yang demikian ianya wajar berada dalam keadaan yang selamat bagi anak-anak kita yang saban hari menggunakan kemudahan ini...
Sambutan Hari Guru Peringkat W.P. Labuan
Benar kata orang, guru merupakan profesion yang paling murni. Saya amat berharap agar setiap pelajar mengambil iktibar daripada guru-guru anda yang tidak pernah jemu mendidik anda semua...
Mangsa Kebakaran di Kg Sg Bedaun
Sayu hati ketika saya melihat keadaan rumah yang terbakar di Kg. Sg. Bedaun, namun berat mata memandang lebih berat bahu yang memikul.
Khamis, 14 Jun 2012
Isu harga barang telah menjadi isu utama di W.P. Labuan dan soalan saya mengenai Isu: Masalah Kenaikkan Harga Barang di Labuan Labuan telah dijawab oleh YB.Menteri KPDNKK dan menarik perhatian penerbit TV1.
Perkara ini juga dipandang berat oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang dipengerusikan oleh YAB Timb. Perdana menteri telah maklum akan isu yang dialami rakyat Labuan dan sedang mengambil serius didalam mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi permasalahan ini.
Perkara ini juga dipandang berat oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang dipengerusikan oleh YAB Timb. Perdana menteri telah maklum akan isu yang dialami rakyat Labuan dan sedang mengambil serius didalam mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi permasalahan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)