Selasa, 12 Mei 2009

KOMUNITI BESTARI MAMPU LAHIRKAN M'KAT BERILMU


LABUAN--Pelbagai program yang diwujudkan melalui Komuniti Bestari mampu merapatkan hubungan silaturahim diantara kaum.

Ahl Parlimen Labuan Dauk Haji Yussof Mahal berkata program yang berkonsepkan permuafakatan ini harus terus diaktifkan bagi membolehkan masyarakat mengetahui akan perkembangan semasa.

“Program ini berupaya mendekatkan jurang perbezaan dalam apa juga aspek. Program yang kini perluaskan disemua kampung telah berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum demi memperkukuhkan perpaduan,” katanya ketika menerima lawatan Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Bestari Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad di Kg Layang-Layangan.

Beliau mencadangkan agar Program Komuniti Bestari menyelitkan program-program informasi khususnya berhubung perancangan dan program pembangunan kerajaan.

“Ini adalah bagi membolehkan program ini menjadi platform kepada masyarakat yang dahagakan maklumat berhubung program pembangunan kerajaan. Kita ingin melahirkan masyarakat berilmu,” kata Yussof.

Beliau juga menggesa pengerusi-pengerusi Komuniti Bestari di semua kampung agar dapat memainkan peranan proaktif dan menganjurkan program yang boleh memperkukuhkan perpaduan.

Bestari yang bermaksud - Bermaklumat, Erat, Silaturahim, Televisyen, Akhbar, Radio, ICT/Internet adalah jelas pengertiannya dan ini harus diberi perhatian kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Dengan adanya Komuniti BESTARI, sistem penyampaian maklumat secara dua hala antara kerajaan dan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Ejen perubahan yang dibangunkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini sentiasa menitikberatkan kualiti kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini tidak kira sama ada dari aspek politik, sosial serta ekonomi.

Sabtu, 9 Mei 2009

PEMBANGUNAN KAMPUNG TIDAK AKAN DIABAIKAN - TEGAS YUSSOF MAHAL DALAM SIRI KE-4 PROGRAM APA KHABAR ORANG KAMPUNG DI KG LUBOK TEMIANG


LABUAN: Pembangunan kampung tidak akan diabaikan meskipun ada sesetengah pemimpin di peringkat kampung tidak seiring dan sejalan dengan kepimpinan Parlimen Labuan.
Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal menegaskan kepada penduduk kampung di Lubok Temiang yang menghadiri siri ke-4 programnya Apa Khabar Orang Kampung pada 4 May lalu bahawa beliau tidak akan bersikap pilih kasih dalam perancangan projek pembangunan kampung.
“Pembangunan kampung akan berterusan meskipun ada sebilangan pemimpin masyarakat yang masih mempunyai ideologi perjuangan politik yang berbeza. Pembangunan rakyat tidak harus diabaikan,” katanya.
Dengan pelbagai kementerian dan jabatan serta gensi yang menyalurkan pelbagai peruntukan ke Parlimen Labuan, beliau tidak melihat sebarang permasalahan untuk memastikan program pembanguan kampung tidak dapat diteruskan yang boleh dibantu oleh Wakil-Wakil Ahli Parlimen di semua kampung.
Pakej ransangan ekonomi yang begitu tinggi yang mencecah RM7 billion, Labuan tidak terkecuali, ini kerana berjuta ringgit peruntukan melalui projek-projek pembangunan telah dilaksanakan bagi memastikan pembangunan di seluruh negara berjalan.






BERI KEUTAMAAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK - AHLI PARLIMEN DALAM SIRI KE-3 PROGRAM APA KHABAR ORANG KAMPUNG DI KG MUSLIM

LABUAN: Ibu bapa harus menitik beratkan pendidikan anak-anak agar mereka tidak terpinggir dengan arus pembangunan negara.
Dengan adanya pendidikan akan membolehkan masyarakat tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah negatif.
“Kepada ibu-bapa pastikan anak-anak anda bersekolah, jangan sampai mereka ini membersar dengan tidak berpendidikan,” kata Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal dalam siri lawatan ke-3 Program Apa Khabar Orang Kampung di Kg Muslim pada 24 April lalu.
Katanya anak yang mempunyai pendidikan tidak akan mudah terjerumus dengan pelbagai masalah sosial.
Beliau juga menasihatkan penduduk Kg Muslim agar menjauhi daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang boleh memburukkan nama dan imej Kg Muslim dan masyarakat kampung itu sendiri.
Pengarah Penerangan Labuan Haji Taib Haji Ubah turut menyampaikan ucapan yang mana dalam ucapan beliau menyeru penduduk Kg Muslim bersatu padu dan menjadi warga Malaysia yang menghormati kedaulatan undang-undang.