Sabtu, 9 Mei 2009

BERI KEUTAMAAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK - AHLI PARLIMEN DALAM SIRI KE-3 PROGRAM APA KHABAR ORANG KAMPUNG DI KG MUSLIM

LABUAN: Ibu bapa harus menitik beratkan pendidikan anak-anak agar mereka tidak terpinggir dengan arus pembangunan negara.
Dengan adanya pendidikan akan membolehkan masyarakat tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah negatif.
“Kepada ibu-bapa pastikan anak-anak anda bersekolah, jangan sampai mereka ini membersar dengan tidak berpendidikan,” kata Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal dalam siri lawatan ke-3 Program Apa Khabar Orang Kampung di Kg Muslim pada 24 April lalu.
Katanya anak yang mempunyai pendidikan tidak akan mudah terjerumus dengan pelbagai masalah sosial.
Beliau juga menasihatkan penduduk Kg Muslim agar menjauhi daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang boleh memburukkan nama dan imej Kg Muslim dan masyarakat kampung itu sendiri.
Pengarah Penerangan Labuan Haji Taib Haji Ubah turut menyampaikan ucapan yang mana dalam ucapan beliau menyeru penduduk Kg Muslim bersatu padu dan menjadi warga Malaysia yang menghormati kedaulatan undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan