Ahad, 19 April 2009

KIKIS SIKAP TAKSUB KEPADA PEMIMPIN LALU - PROGRAM PUSINGAN KE-2 "APA KHABAR ORANG KAMPUNG"

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Kol. (K) Datuk Haji Yussof Mahal menggesa masyarakat pelbagai kaum agar mengikis sikap “taksub” dalam menyokong setiap pemimpin.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin negara meskipun di peringkat tertinggi silih berganti dan ini harus dierima oleh seluruh masyarakat.

“Kita tidak harus taksub dalam menyokong pemimpin khususnya yang telah digantikan dengan pemimpin baru. Apa yang penting adalah memastikan perpaduan seluruh kaum terus terus terpelihara dan diperkukuhkan,” katanya ketika berucap pada pusingan Ke-2 program Parlimen “Apa Khabar Orang Kampung” di Kg Ganggarak. Program pusingan pertama beliau adalah di Kg Rancha-Rancha pada awal bulan April.

Program ini adalah untuk membolehkan penduduk kampung berhadapan dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan dan untuk mendapat penjelasan pelbagai isu secara bersemuka dan serta merta.

“Janganlah kerana ketaksuban kepada seseorang pemimpin menjadikan kita lupa ianya boleh memporak-perandakan perpaduan kaum. Lihatlah apa yang terjadi di negara jiran kita Thailand kerana ketaksuban sebilangan penyokong bekas pemimpin mereka, keadaan menjadi huru-hara dan menjejaskan imej negara itu sendiri…dan ini kita tidak mahu lihat berlaku di pulau ini,” katanya.

Yussof menggantikan Datuk Suhaili Abd Rahman selepas pucuk kepimpinan Barisan Nasional tidak menyenaraikannya dalam senarai calon BN dipilihanraya lalu. Jawatan Suhaili sebagai Ketua Bahagian UmnoLabuan juga gugur ekoran daripada dakwaan terhadapnya dimahkamah baru-baru ini.

Yussof menekankan ketaksuban khususnya dikalangan pemimpin diperingkat kampung terhadap seseorang pemimpin (pemimpin lalu), boleh menyebabkan mereka itu leka terhadap peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan perpaduan di kawasan mereka itu terus terpelihara.

“Kita tidak mahu hanya kerana saya menggantikan pemimpin terdahulu, ketaksuban dikalangan pemimpin kampung terhadap pemimpin mereka dahulu itu masih dirasai dan dilihat, sekaligus cakap-menyakap dikedai kopi dan warung-warung dikampung masih berterusan, sedangkan banyak lagi kerja yang harus mereka harus lakukan dalam memastikan penduduk kampung terus menikmati program pembangunan kerajaan,” tambahnya.

Dalam perkembagangan lain Yussof juga mengingatkan masyarakat Labuan agar mengamalkan sikap berhemah dalam perbelanjaan mereka berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu yang diramalkan lebih serius pada hujung tahun ini.

“Janganlah kita leka dengan hal perbelanjaan. Kerajaan telah meluluskan mini bajet (RM60 billion) yang begitu tinggi. Jelas menunjukkan ekonomi negara kita kini merundung,” katanya.

Sementara itu, Yussof juga berkesempatan merasmikan Malam Kebudayaan India anjuran Dewan Perniagaan India dan Perusahaan yang menyaksikan pelbagai tarian kaum India dan Sikh dipersembahkan. Penyanyi utama kumpulan Alleycats Datuk David Arumugam juga turut menghiburkan para jemputan.

2 ulasan:

  1. Apakah antara faktur yang menjadi
    penyebab sesorang pemimpin itu disokong dengan cara yang taksub sekali. Di Labuan sebagai contoh yang leas, Dato Haji Suhaili mendapat sokongan AJK Bahagian dan Ketua Kampong secra yang sangat taksub dan mungkin juga membabi buta. Inilah agaknya yang dimaksudkan dalam penulisan YB ini.
    Sedangkan yang sepatutnya kita hendaklah memberikan sokongan tersebut kepada parti dan bukan pemimpin yang telah pergi dan ditolak oleh kepimpinan dari Kuala Lumpur. Kita harus juga mengalihkan sokongan kita kepada pemimpin yang baru terpilih dan memberikan sakongan kita dengan alasan untuk mengekalkan perpaduan yang sedia ada dan pembangunan yang akan diperolehi pada setiap kampong pimpinan kita.
    Dalam penganalisaan tentang reaksi penduduk Labuan, saya mendapati Wakil Rakyat baru kita mendapat sokongan dan dokongan serta kesayangan dari rakyat terbanyak tidak kira cina, india maupun melayu dan bumiputera. Wakil Rakyat kita tridak mendapat sokongan dari AJK UMNO Bahagian kerana AJK UMNO Bahagian taksub kepada Dato Haji Suhaili Abdul Rahman, mantan Ketua Bahagian yang telah gugur dari jawatan tersebut baru-baru ini.

    BalasPadam
  2. Assalamualaiukum WBT.

    Saudara bungaraya, komen yang anda berikan ini amatlah tajam dan apa yang saya harapkan tidak akan disalah tafsirkan apa yang saya maksudkan dengan ketaksuban terhadap seseorang pemimpin.
    Bukan untuk menuding jari semata-mata tetapi itulah hakikatnya.
    Memang benar apa yang saudara katakan ini, saya tidak begitu mendapat sokongan dari kebanyakan AJK umno bahagian.
    Tetapi saya sebagai pemimpin yang masih baru harus menerima keadaan ini dengan hati yang terbuka.
    Saya serahkan segalanya kepada masyarakat yang saya cintai di pulau yang kita sama sayangi.
    Apa yang penting saya harus elakkan perpecahan dikalangan masyarakat khususnya dikalangan umat islam. Saya amat sedih sekiranya berterusan sikap ketabsuban ini akan menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat kita umumnya.
    Saya hanya boleh berserah kepada Allah SWT untuk melembutkan hati mereka yang sentiasa memiliki sikap ketaksuban ini yng boleh memberi kesan kepada perpaduan kaum.
    Terima kasih saudara diatas komen yang bernas dan ada nilai-nilai kesedaran.

    Wassalam.

    BalasPadam