Selasa, 12 Mei 2009

KOMUNITI BESTARI MAMPU LAHIRKAN M'KAT BERILMU


LABUAN--Pelbagai program yang diwujudkan melalui Komuniti Bestari mampu merapatkan hubungan silaturahim diantara kaum.

Ahl Parlimen Labuan Dauk Haji Yussof Mahal berkata program yang berkonsepkan permuafakatan ini harus terus diaktifkan bagi membolehkan masyarakat mengetahui akan perkembangan semasa.

“Program ini berupaya mendekatkan jurang perbezaan dalam apa juga aspek. Program yang kini perluaskan disemua kampung telah berjaya mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum demi memperkukuhkan perpaduan,” katanya ketika menerima lawatan Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Bestari Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad di Kg Layang-Layangan.

Beliau mencadangkan agar Program Komuniti Bestari menyelitkan program-program informasi khususnya berhubung perancangan dan program pembangunan kerajaan.

“Ini adalah bagi membolehkan program ini menjadi platform kepada masyarakat yang dahagakan maklumat berhubung program pembangunan kerajaan. Kita ingin melahirkan masyarakat berilmu,” kata Yussof.

Beliau juga menggesa pengerusi-pengerusi Komuniti Bestari di semua kampung agar dapat memainkan peranan proaktif dan menganjurkan program yang boleh memperkukuhkan perpaduan.

Bestari yang bermaksud - Bermaklumat, Erat, Silaturahim, Televisyen, Akhbar, Radio, ICT/Internet adalah jelas pengertiannya dan ini harus diberi perhatian kepada semua yang terlibat dalam program ini.

Dengan adanya Komuniti BESTARI, sistem penyampaian maklumat secara dua hala antara kerajaan dan masyarakat hingga ke peringkat akar umbi akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

Ejen perubahan yang dibangunkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini sentiasa menitikberatkan kualiti kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini tidak kira sama ada dari aspek politik, sosial serta ekonomi.

3 ulasan:

  1. Asalamualaikum YB'Dato,
    Semoga berada dalam keadaan sihat dan mendapat perlindungan Allah SWT.Amin. ada beberapa perkara yang ingin saya ajukan kepada YB Dato,

    1. Tentang perkhidmatan Bot Laju yang nyatanya menjejaskan imej Labuan sebagai Pulau Bebas cukai. Ini kerana, cara dan penampilan pengusaha Bot2 laju tersebut , seolah2 macam samseng yang mahu memeras ugut penumpang.
    2. Adakalanya pihak pengusaha bot ini sengaja melambat2kan jadual perjalanan , walaupun jumlah penumpang sudah mencukupi.
    3. Menaikkan tambang sesuka hati apabila hari menjelang petang.
    Banyak lagi perkara2 yang harus diberikan perhatian akan perkara ini. Sebab, kalau tidak ada langkah yang diambil, saya percaya dan yakin ianya akan menjadi impak buruk kepada pelancong yang hendak turun ke Labuan.

    BalasPadam
  2. Wa'alaikumusalam...

    Berhubung dengan maklumat saudara ini, amatlah dihargai. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, juga melalui blog saya, perkara ini tellah dimaklumkan kepada piak yang berkenaan iaitu Jabatan Laut yang mempunyai kuasa dalam memastikan perkhidmatan teksi laut ini (Bot Laju) ini dijalkankan dengan mengikut peraturan.
    Walaubagaimanapun insyaallah saya akan cuba untuk buat susulan berbincang dengan pihak Jabatan Laut berhubung perkara ini.
    Saya bersetuju dengan komen anda ini.

    Sekian.

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHIWABARAKATUH,YB DATO'.

    SEMOGA DILIMPAHI RAHMAH DAN HIDAYAH DARI ALLAH YANG MAHA ESA.

    PEMIMPIN YANG PRIHATIN JADI KESAYANGAN RAKYAT

    PEMIMPIN YANG ADIL JADI KESAYANGAN SEJAGAT

    PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT DENGAN JUJUR DAN IKHLAS JADI KESAYANGAN UMAH.

    PEMIMPIN YANG SENTIASA MENJADIKAN ALLAH ITU PANDUAN HIDUPNYA JADI KESAYANGAN ALLAH....AMIN

    MOGA KEPIMPINAN YB DATO AKAN TERUS BERSINAR DAN DIINGATI RAKYAT SEPANJANG ZAMAN

    SALAM DARI PENYELIA PDK MUTIARA,
    PUAN SAFIAH BINTI NIKMAN
    087467806, 0146540886

    PUSAT HARIAN OKU YANG KEDUA YANG DILULUSKAN PENUBUHAN NYA OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WP LABUAN SELEPAS PDK JALAN TENAGA.

    INFO PEMBERITAHUAN, PUSAT INI BARU SAJA DITUBUHKAN PADA BULAN OKTOBER 2008 YANG LALU. MASIH DALAM PROSES MEMANTAPKAN ILMU PENGETAHUAN TENTANG PENDIDIKAN DAN PENJAGAAN OKU

    MENGHADIRI KURSUS DEMI KURSUS...

    JIKA YB DATO SUDI MEMBUAT LAWATAN KEPUSAT KAMI, KAMI AMAT BERBESAR HATI..MUNGKIN YB DATO ADA IDEA2 YANG BARU DAN KATA2 NASIHAT UNTUK KAMI JADIKAN SEBAGAI MENAIKKAN MOTIVASI DIRI KAMI DALAM MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB KAMI DI SINI.

    SEKIAN DARI SAYA..

    AMPUN MAAF JIKA ADA TERSILAP LANGKAH DAN KATA...

    WASALAM YB DATO

    BalasPadam