Sabtu, 20 Jun 2009

Konsep 1Malaysia mampu memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum - Ahli Parliman Labuan dalam satu program Apa Khabar Orang Kampung di Sg Keling - 12 Jun


LABUAN: Pemahaman konsep 1Malaysia harus juga diberi fokus kepada masyarakat Cina dan India dengan lebih banyak program komuniti dianjurkan.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal berkata hasil konsep Perdana Menteri itu harus diterapkan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum.

“Konsep ini terbukti berkesan dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Dan kini harus diberi fokus kepada masyarakat bukan melayu seperti kaum Cina dan India,” katanya pada satu majlis “Apa Khabar Orang Kampung” di Sg Keling.

Yussof berkata lebih banyak program harus diadakan bagi mengumpul semua bangsa dan kaum bagi membolehkan mereka memahami sepenuhnya konsep ini.

“Tidak seharusnya ada perbezaan dan diskriminasi dalam pemberian bantuan. Samada anda Melayu, India dan Cina, bantuan harus bukan hanya pada sesuatu kaum. Ini kerana ada juga segelintir masyarakat Cina yang masih memerlukan bantuan,” katanya.

Ahli Parlimen itu juga memuji penglibatan aktif masyarakat cina di Labuan dalam setiap program pembangunan kemasyarakatan kerajaan.

“Saya secara peribadi gembira melihat penglibatan masyarakat Cina dalam setiasp program masyarakat kita, dan ini harus dicontohi oleh kaum lain di pulau ini. Ini jelas menunjukkan perpaduan perbagai kaum semakin kukuh, ini memudahkan lagi kita untuk merealisasikan konsep 1Malaysia,” tambahnya.

Beliau menggesa masyarakat Cina seperti Persatuan Tiong Hua agar aktif dalam penglibatan kemasyarakatan bersama persatuan lain seperti Majlis Beliau Kebangsaan.

“Belia daripada pertubuhan Cina tidak harus memulaukan diri dengan persatuan lain tetapi haruslah bersama dengan persatuan belia lain dalam pelbagai acara sukan lain. Tidak ada sekatan untuk melibatkan persatuan anda dengan persatuan lain,” katanya.

Beliau mengumumkan projek pembangunan di Sg Keling berharga RM20,000 yang akan dikendalikan oleh Persauan Belia Tiong Hua Sg Keling bagi menambahkan tabung persatuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan