Rabu, 24 Jun 2009

Program Apa Khabar Orang Kampung dan Sepakat Bestari seiring dengan Konsep 1Malaysia - Menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum

Siri Ke-6 Program Apa Khabar Orang Kampung di Kg Bukit Kuda Pada 20 Jun 2009

LABUAN: Program komuniti “Apa Khabar Orang Kampung” yang telah dilancarkan di Labuan pada akan awal tahun ini akan berjalan seiring dengan program pemahaman Konsep 1Malaysia berikutan keberkesanannya dalam mengumpul pelbagai lapisan masyarakat setempat selain memperukuhkan perpaduan kaum.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal berkata Konsep 1Malaysia yang mana antara lain bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat pembelaan seadilnya boleh digerakkan seiring dengan Program Apa Khabar Orang Kampung yang mana dilaksanakan disetiap kampung setiap minggu.

Katanya program ini telah mampu menyelesaikan pelbagai permasahan penduduk kampung berhubung pembangunan dikawasan mereka masing-masing, yang mana dengan adanya kehadiran Ketua-Ketua Jabatan dan agensi kerajaan dalam majlis dialog terbuka.

Menurutnya objektif utama program Apa Khabar Orang Kampung dan Konsep 1Malaysia adalah sering untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara Komuniti Bestari didalam sesebuah daerah sejajar dengan fokus utama perkongsian maklumat dan hubungan.

“Disamping itu juga program ini bertujuan untuk menggalakkan keterlibatan ahli-ahli Komuniti Bestari khususnya masyarakat kampung dalam menguruskan program pembangunan kerajaan secara gotong royong. Dan amatlah diaharapkan akan wujud semangat perpaduan antara kaum dan agama sesama kita.

Yussof berkata yang paling utama melalui program seperti ini yang boleh dijadikan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Pihak kerajaan dapat memberi dan menyampaikan penjelasan tentang isu-isu semasa dan perkhidmatan yang disediakan, manakala rakyat pula dapat berjumpa terus dengan ketua-ketua jabatan yang ada di Labuan,” katanya.

Program 1Malaysia adalah kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu yang membolehkan kemajmukan rakyat yang ada adalah sumber kekuatan walaupun kita telah menyaksikan banyak negara didunia telah hancur berikutan kemajmukan yang tidak seimbang.

Malah kita juga telah merasai sedikit sebanyak bagaimana kemajmukan yang tidak diurus dengan betul yang telah hampir meranapkan negara seperti mana yang dialami semasa tragedi 13 Mei.

Maka yang demikian, suka atau tidak kita mesti mengakui kemajmukan yang wujud adalah realiti yang harus diterima. Inilah merupakan teras kepada konsep 1Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya sebagai platform untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Konsep ini tidak sekali-kali lari daripada apa yang telah dimaktub dan dimuafakatan melalui undang-undang tertinggi Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

Dibawah konsep ini setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan dibantu seadilnya, tidak akan ada mana pihak yang dicicirkan. Janganlah ada mana-mana pihak menganggap mereka adala warganegara kelas dua di negara ini, kerana setiap anak Malaysia adalah potensi modal insane yang penting kepada Negara, setiap mereka perlu dimangfaatkan sebaiknya.
Setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetaoi juga menuntute tanggungjawab. Janganlah mana-mana pihak terlalu taksub terhadap tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

Bagi kerajaan, meritokrasi bukan bermakna kesaksamaan yang membuta, malah kesaksamaan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Dari itu seorang anak yang dating dari keluarga miskin tidak kira daru bandar atau luar bandar wlau dari etnik manapun, tetapi ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Mohd Taib Ubah berkata sebaik sahaja program Apa Khabar Orang Kampung dilancarkan, maklum balas daripada penduduk kampung begitu menggalakkan dan positif.

“Sesi dialog terbuka yang diselitkan dalam program ini yang mana menghimpunkan hampir semua ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan telah berjaya menyelesaikan pelbagai isu yang selama ini memberi kesulitan kepada penduduk kampung,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan