Khamis, 24 Februari 2011

Shafie di Labuan


Labuan 13Feb: Dalam sesi lawatan sambil kerja Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke Labuan baru-baru ini ,Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dengan sukacitanya telah merasmikan projek PPRT di Kg. Pohon Batu dan juga Kg. Tanjung Aru.



Beramah mesra dengan penduduk setempat.


Di hari yang sama Shafie turut membuat lawatan dan menyampaikan bantuan zink di Kg. Patau-patau 1 kepada penduduk yang memerlukan.


Penerimaan bantuan zink kepada penduduk di Kg. Patau-patau 1

Dengan menyediakan kemudahan asas, pembangunan dan kemajuan kepada penduduk di luar bandar termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan ini membuktikan kerajaan amat berprihatin
kepada kebajikan rakyat selaras dengan slogan 1Malaysia.


Dengan rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, usaha kerajaan ini akan terus kekal berterusan.

Selasa, 22 Februari 2011

Labuan Menjadi Tuan Rumah Majlis Penutupan Hari Wilayah Persekutuan

Baru-baru ini saya telah mempegerusikan Mesyuarat Barisan Nasional (BN) W.P Labuan yang pertama pada tahun 2011. Antara usul yang berbangkit adalah persiapan Karnival Sukan Juara Rakyat yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari ini. Aktiviti tersebut diadakan di kawasan gelanggang futsal Perbadanan Labuan.


Dalam mesyuarat tersebut kami telah membincangkan mengenai persiapan program sepanjang lawatan rasmi yang pertama YAB. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak pada 26-27 Februari bersempena dengan Perasmian Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011. Program tersebut merangkumi perasmian dan lawatan kekawasan Logi Air Labuan yang baru, Logi Petronas Methanol Labuan yang akan beroperasi sepenuhnya dan juga sesi lawatan ke Pulau Daat yang dijangka menerima pelabuaran swasta sebanyak RM1billion sebagai Pusat Crude Oil Farm Tank. Ini adalah sebahagian daripada program ETP kerajaan di pulau ini.


Saya berpendapat pemilihan Wilayah Pesekutuan Labuan sebagai Venue Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan adalah atas kepercayaan dan keyakinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB. Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin atas kejayaan kita dalam penganjuran program seperti ini di masa lalu. Insyallah , akan ada khabar gembira yang akan diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri pada masa tersebut.


Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pemangku Ketua Umno Labuan, Datuk Yunus Kurus, Ketua MCA, Chin Hong Vui, Ketua Bahagian PBS, Peter Mark, Ketua Bahagian Upko, Ronald James Majaing, dan Pemangku Ketua MIC Labuan, R.Ramasamy


Rabu, 16 Februari 2011

Yussof Lawat Mangsa Kebakaran Di Kg, Pohon Batu



Labuan 10 Feb : Ahli Parlimen Labuan YB. Datuk Hj Yussof Mahal telah melawat ke lokasi rumah mangsa kebakaran , En. Ahmad @Amit Budin, di Lot PBO 185. Kg Pohon Batu, W.P Labuan. Beliau turut di temani oleh wakil Ahli Parlimen kawasan berkenaan iaitu En. Ismail Samat telah meluangkan masa selama 45 minit meninjau keadaan rumah mangsa.

Kebakaran yang berlaku pada 29hb lalu telah memusnahkan rumah dua tingkat mangsa tanpa sempat dipadamkan memandangkan keadaan angin yang bertiup kencang pada malam kejadian. namun,tiada kehilangan nyawa berlaku. Bagi meringankan beban mangsa Yussof berjanji akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM3,000 dan ianya disampaikan pada Program Umno JUARA RAKYAT yang bakal dilangsungkan pada 12hb Februari ini.


Yusof turut menggesa agensi lain untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran ini. Atas keprihatinan beliau ini Ahmad dengan rasa gembira mengucapkan ucapan jutaan terima kasih .