Jumaat, 26 Disember 2008

Dua Gelanggang Komuniti akan Dibina Di Labuan, manakala dua lagi dalam proses kelulusan - Sebagai usaha merealisasikan perkembangan Modal Insan

LABUAN: Kerajaan Persekutuan melalui Parlimen Labuan akan membina dua gelanggang komuniti sebagai usaha merealisasikan agenda menjadikan Labuan sebagai Pusat Belia Negara.

Ahli Parlimen Labuan memberitahu wakil Bernama di Labuan pada Jumaat kelulusan untuk dua gelanggang ini telah diluluskan manakala dua lagi dalam proses pertimbangan untuk kelulusan.

Kos untuk setiap projek pembinaan gelanggan ini akan menelan belanja lebih kurang RM120,000-RM150,000, dan ini bakal menjadi salah satu kemudahan untuk aktiviti-aktiviti belia di pulau ini.

"Kita telah banyak kali membincangkan isu ini diperingkat parlimen perlunya kewujudan kemudahan-kemudahan untuk belia-belia. Dan saya bersyukur Kementerian Wilayah juga memberi respon yangbaik terhadap isu ini," katanya ketika dihubungi melalui telefon.

Katanya lagi, beliau bertanggungjawab memastikan agenda kerajaan terlaksana dengan jayanya dan berkesan serta memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat.

"Kita mahu melihat modal insan kelas pertama dapat dibentuk dikalangan belia di Labuan ini. Kita yakin ini akan dapat direalisasikan," tambahnya.

Yussof juga berkata pihak pejabat ahli Parlimen Labuan akan menggembling tenaga untuk memantau projek pembangunan di Labuan adalah seimbang yang mana akan memberi faedah kepada masyarakat dan pulau ini.

Sementara itu, Yussof berkata, Kerajaan ini kini menimbang untuk melihat Labuan juga setanding dengan negeri di negara ini yang mempunyai pusat pendidikan utama lain seperti Sekolah Menengah Rendah Sains Mara dan Sekolah Menengah Agama.

"Kini kita berbangga, usaha-usaha untuk menjadikan Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan sebagai universiti Labuan hampir terlaksana. Kita berusaha kearah ini," tambahnya.

1 ulasan:

  1. Folas YB untuk memertabatkan muda mudi Labuan menjadi manusia terbilang adalah satu fokas yang sangat murni. Satu pendekatan yang sepatutnya telah lama ujud sejak UMNO dan BERJAYA memerintah di Labuan. Usaha untuk membawa Sek. Menengah Sains MARA juga satu pendekatan yang baik untuk muda mudi kita di Labuan. Sila serius mengenai perkara ini...Hanya Labuan saja yang tinggal. PP dan SING bukan lagi milik kita.

    BalasPadam