Isnin, 16 Februari 2009

SERAMAI 27 ORANG MENERIMA PERLANTIKAN WAKIL PEJABAT PARLIMEN DI SEMUA KAMPUNG WP LABUAN

LABUAN: Seramai 27 orang telah dilantik menjadi wakil Pejabat Parlimen Labuan sebagai usaha memastikan program pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Perlantikan yang dibuat sendiri oleh Ahli Parlimen Labuan Kolonel (K) Datuk Haji Yussof Haji Mahal bukanlah untuk menggantikan ketua-ketua kampung tetapi adalah untuk membantu dengan lebih berkesan lagi dalam memastikan perancangan kerajaan di kawasan Parlimen Labuan dilaksanakan dan mendapat dimanfaatkan oleh rakyat sepenuhnya.
“Perlantikan ini bukanlah untuk menggantikan ketua-ketua kampung atau akan ada pertindihan kuasa tetapi saya memerlukan wakil-wakil yang dapat memastikan program untuk penduduk kampung dapat dijayakan dengan berkesan,” katanya.
Katanya perlantikan itu juga membolehkannya mendapat laporan secara berterusan berhubung pembanguan dan perancangan akan datang untuk kampung-kampung.
“Saya perukan laporan konsisten apa yang dirancang dan akan dirancang di semua 27 kampung. Tidak dinafikan memang ada ketua-ketua kampung yang tidak produktif dan tidak memainkan peranan seperti yang diharapkan. Jadi saya memerlukan wakil-wakil saya yang saya boleh harapkan dalam memastikan apa yang dirangcang untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan,” tambahnya.
Menurutnya wakil-wakil ini tidak mendapat sebaranya pembayaran tetapi dari pejabat Parlimen, dan hanya menjalankan tugas secara sukarela.
Yussof berkata perlantikan itu adalah juga berikutan beberapa program kemasyarakatan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya dan mengakibatkan peruntukan kerajaan itu menjadi sia-sia.
“Kita tidak berupaya melihat peruntukan kerajaan dibelanjakan sewenangnya dan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Kita mengharapkan rakyat dapat terlibat dengan setiap program kerajaan. Jadi berharap dengan perlantikan 27 wakil parlimen ini dapatlah membantu kita memastikan program rakyat untuk rakyat," tekannya.

1 ulasan:

  1. tahniah YB Datuk atas inisiatif melantik wakil2 YB Datuk di W.P Labuan bagi setiap 27 kampung yang ada di Labuan...sungguhpun pelantikkan pada dasarnya adalah "tidak perlu" kerana di Labuan YB Datuk sudah ada 27 orang ketua kampung yang diipilih dari peringkat masyarakat kampung sendiri yang telah diterima di peringkat Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan. Ini menunjukkan peruntukkan kerajaan telah ada untuk membayar segala elaun ketua-ketua kampung secara sah...selaku warga malaysia yang turut membayar cukai pendapatan rasanya berhak atas setiap sen mana2 duit/bajet yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat...makanya sudah jelas bahawa ketua-ketua kampung itu secara sah telah menjadi wakil kepada mana-mana pihak kerajaan terutama sekali wakil rakyat....

    Saya ada juga mendengar tentang konflik kepimpinan di W.P Labuan namun semua pihak kena lebih memainkan peranan penting demi kepentingan orang labuan dengan berganding bahu, bekerjasama....guru saya ada bagitau hidup kita di dunia ni hanya sementara, berusaha seolah2 kita hidup lagi 1000 tahun, bertaubat lah kita seolah2 hidup kita hanya tinggal 1 hari......nenek saya kata buang yang keruh ambil yang jernih perkara yang lepas harus dilupakan untuk memulakan langkah baru....selaku anak muda, saya secara jujur tidak mahu mewarisi kepincangan dalam kepimpinan sekarang yang seharusnya tidak wujud sekiranya semua pihak sedar akan tanggungjawab, peranan dan amanah yang harus dilaksanakan dengan sebaiknya...wallahwa'alam..

    BalasPadam