Selasa, 7 Julai 2009

Yussof bawa Wakil Ahli Parlimen, pemimpin dan ahli Pemuda, Puteri, dan Wanita Umno ke Limbang, S'wak - Kursus Kecemerlangan Diri

LABUAN: Seramai 100 orang terdiri Wakil Ahli Parlimen, pemuda, puteri dan wanita Umno Labuan menyertai kursus Kecemerlangan Diri selama tiga hari pada 3 hingga 5 July di Limbang Sarawak.
Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) adalah inisiatif Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal sendiri yang mahu melihat peserta-peserta mendalam ilmu kepimpinan dan jati diri bagi membantu kerajaan dalam menangkis dakyah-dakyah pembangkang.
"Apa yang penting peserta-peserta ini dapat membantu menjelaskan isu-isu semasa kepada penduduk kampung bahawa kerajaan berusaha sedaya upaya memastikan pembangunan untuk rakyat akan berterusan. Selain itu juga, kita mahu melihat peserta-peserta mempunyai daya kepimpinan yang diharapkan," katanya ketika merasmikan kursus yang diadakan diPurnama Hotel Limbang.
Dalam kursus itu, peserta-peserta didedahkan pelbagai perkara termasuklah dalam mengenal "dalang" dalam parti atau kumpulan mereka.
Yussof berkata Barisan Nasional Labuan telah memulakan pelan strategi pilihanraya sebagai usaha memastikan BN terus bertapak di pulau itu.
Beliau berkata meskipun pilihanaraya umum masih jauh namun bukan alasan untuk jentera BN untuk tidak bekerja tetapi haruslah daripada sekarang merangka strategi bagi mendekati rakyat dalam memastikan BN terus diyakini.
“Barisan Nasional Labuan akan terus bekerja dan mendekati rakyat memlalui pelbagai program yang telah dirancang. Kita tidak mengamalkan amalan bekerja dan mendekati rakyat hanya pada musim pilihanraya tetapi kita buat pada setiap minggu,” katanya.
Program “Apa Khabar Orang Kampung” yang dilancarkan oleh beliau sendiri pada April tahun ini yang diadakan setiap minggu dan kini telah berjalan di lapan buah kampung telah membolehkan beliau mendekati rakyat dan memahami pelbagai permasalahan rakyat melalui dialog terbuka bersama beliau dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang turut hadir dalam program itu.
Mengenai Limbang sebagai pilihan beliau untuk kursus ini, Yussof berkata, ianya sesuai dengan jaraknya luar daripada Labuan yang boleh membantu peserta-peserta member fokus dan konsentrasi.
“Kita mahu selepas mereka menghabiskan kursus ini dapatlah kita lihat pembentukan jati diri dan daya kepimpinan dikalangan mereka. Kita mahu melihat peserta ini dapat berkhidmat kepada rakyat dengan kepimpinan yang dicontohi,” ulangnya.
“Meskpun musim pilihanraya belum bermula, tetapi kita harus sedar bahawa parti pembangkang DAP sudah bertapak di Labuan dan kemungkinan PKR juga akan akan melebarkan cawangan mereka di Labuan. Oleh yang demikian, kita harus sentiasa bersedia berhadapan dengan isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh pemimpin pembangkang bagi mengelirukan rakyat yang dilakukakan oleh mereka pada bila-bila tanpa mengira masa,” katanya.
Katanya BN Labuan tidak akan leka dan akan memastikan Labuan akan terus menjadi kubu kuat BN pada pilihanaraya akan datang.
“Pengajaran yang kita terima dalam pilihanaraya lalu yang mengakibatkan beberapa negeri yang mana menjadi kubu kuat BN telah jatuh ke tangan pembangkang. Dan kita tidak rela ini berlaku pada Labuan,” katanya.
Yussof berkata pelan strategi ini juga adalah sebagai menyahut seruan Perdana Menteri agar terus memperkukukan jentera pilihanraya BN.
Pelbagai program diadakan yang tidak dijangka oleh pelawat-pelawat ini sebaik tiba di rumah panjang ini yang mana dikenali sebagai Rumah Panjang Ungi Kg Palas, Simpang Batu Danau, Limbang.
Tarian Ngajat dan mencantas pokok renyai – sudah menjadi sinonim kepada masyarakat Iban dan yang menjadi tarikan, delegasi-delagasi dari Labuan ini turut diberi peluang untuk menyarung kostum dan pakaian masyarakat etnik yang masih unik diMalaysia ini.
Acara mencantas pokok renyai yang dihiasi dengan pelbagai kuih-muih, buah-buahan, bakul untuk memasukkan derma dan lain-lain adalah simbolik hari akhir Sambutan Hari Gawai.
“Satu kunjungan yang amat berfaedah kepada saya dan delegasi-delegasi lain. Disamping berpeluang menyaksikan rumah panjang yang masih tersergam indah, kami sesungguhnya berpeluang menyaksikan secara langsung kebudayaan dan adat resam yang masih utuh diamalkan. Adat cara menyambut tetamu dari suku Iban ini masih diamalkan dan seharusnya dipelihara utnuk generasi akan datang. Malaysia dikenali dan dikagumi sebagai sebuah negara yang membangun yang masih mengekalkan pelbagai adat resam dan kebudayaan dan apa yang kita saksikan di Sarawak ini, adat tertua ini masih kuat dan harus diperkukuhkan,” kata Yussof Mahal.
Kunjungan delegasi Labuan disambut oleh Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Labuan dan Limbang serta Jabatan Penerangan Limbang.
Berbanding dengan daerah-daerah dan negeri-negeri lain dinegara ini, Sarawak dan Sabah masih mengekalkan adat menyambut tetamu dengan pelbagai jenis tarian suku kaum. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak ada berkata bahawa Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri yang boleh menjadi contoh kepada usaha merealisasikan Konsep 1Malaysia dengan adanya pelbagai etnik yang mewakili pelbagai suku kaum masyarakat.
“Meskipun di Sarawak terdapat banyak suku kaum begitu juga di Labuan dan Sabah, tetapi dengan konsep amalan perkongsian kuasa yang mana dapat dilihat jawatan-jawatan penting dalam barisan kabinet, jabatan dan agensi kerajaan, kita dapat lihat ianya mewakili pelbagai suku kaum di negara kita. Dan inilah kunci kepada kemakmuran, keamanan dan kestabilan yang mampu kita kekalkan, meskipun ada beberapa insiden melibatkan agama dan bangsa tetapi semuanya dapat distabilkan dan dikawal,” kata Yussof.
Sementara itu, Hasbi berkata rumah panjang diLimbang khususnya sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dalam dan luar Negara dan ianya telah menjadi daya tarikan daerah itu.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya bertanggungjawab untuk memastikan kaum-kaum yang berada didaerah Limbang ini terus mendapat pembelaan. Termasuklah juga memastikan rumah panjang yang telah menjadi kediaman suku kaum Iban dapat dipelihara sebagai usaha warisan budaya dan adat resam kaum Iban Sarawak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan