Isnin, 7 September 2009

PROGRAM BERSAHUR BERSAMA RAKYAT KURANG KEMAMPUAN MUSIM KEDUA DITERUSKAN SEMPENA RAMADAN AL MUBARAK

LABUAN-- Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal meneruskan program rakyatnya - Program Bersahur Bersama Rakyat Terpilih bagi musim kedua Ramadan 2009.
Musim kedua ini diadakan di rumah milik seorang balu berumur 62 tahun, Hajah Hatimah Musa yang tinggal di rumah usangnya di Kampung Sungai Labu, lebih kurang 14 KM dari pusat bandar.
Bersama lebih 20 orang rombongannya yang terdiri dari beberapa Wakil Ahli Parlimen dan penduduk kampong, Ahli Parlimen itu yang ditemani oleh isteri dan anak lelakinya memulakan kunjungan mereka seawal 3.00 pagi 31 Ogos 2009.
“Kita telah memulakan Program Bersahur Bersama Rakyat terpilih sejak tahun lalu ketika mana saya baru mendapat mandat rakyat sebagai Ahli Parlimen. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik dan ramai yang mengatakan ianya satu program berkesan melihat lebih dekat lagi keperitan rakyat yang kurang berkemampuan bersahur seorang diri dan hanya bersama anak tanpa suami atau isteri yang telah meniggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Hatimah memberitahu beliau terharu dikunjungi oleh seorang pemimpin yang ditemani oleh keluarganya serta rombongan parlimen Labuan ke rumah usangnya yang telah ditinggalkan oleh suaminya sejak lebih dua puluh tahun yang lalu.
“Sudah tentu, setiap kali bulan ramadan tiba, saya akan sentiasa berasa sunyi dan sedih teringatkan suami saya yang telah meninggal dunia meninggalkan saya dan anak-anak. Tidak ada isteri yang berasa amat gembira dan meriah sekiranya telah ditingalkan oleh suami,” katanya hiba.
“Makan kadang tak lalu, setiap kali teringat makanan kegemaran suami. Tapi apa boleh buat inilah realiti yang saya harus terima. Saya harus bersyukur, kerana saya masih ada anak yang masih menjaga dan masih mampu membuat saya senyum,” tambah Halimah, yang kini bersama kesemua empat anak perempuannya.
Sementara itu, Yussof berkata program ini sebagai satu cara untuk mengimarahkan lagi ramadan di antara rakyat dengan pemimpin.
“Majlis seperti ini dapat memperkukuhkan lagi interaksi dan memberi pendekatan lebih mesra antara pemimpin dan rakyat, selain mencetuskan semangat muhibah antara satu sama lain,” katanya.
Halimah turut menerima sumbangan tunai dari Yussof selain bantuan makanan dan minuman bagi meringankan bebanan menungu tiba syawal menjelma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan