Rabu, 10 Ogos 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Pemenang Pingat Emas Paralimpik

LABUAN 6Julai: Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menyampaikan sumbangan kepada cik Betharia Layun diatas kecemerlangan beliau didalam meraih 2 pingat emas pada temasya sukan tenpin bowling dalam ketegori perseorangan dan regu di temasya sukan Paralimpik Athens yang lalu. Kejayaan yang membuka membangakan warga Labuan ini turut dirasai oleh Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal kerana kejayaan yang mampu melakar nama hingga ke pentas dunia oleh warga W.P.Labuan. Dalam ucapan Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menekankan agar kejayaan ini menjadi iktibar dan contoh terbaik pada masyarakat di W.P.Labuan khasnya untuk berusaha menonjolkan diri dan membuktikan bahawa Pulau Labuan juga mempu melakarkan sejarah, melahirkan jaguh-jaguh bertaraf antarabangsa.penyerahan sumbangan ini diadakan di bilik mesyuarat , menara Perbadanan Labuan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan