LABUAN 23Ogos: Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menghadiri Majlis Bersahur Bersama Penduduk Kampung yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan di kediaman penduduk warga emas di Kampung Pohon Batu. Program yang dirancang dan dilaksana ini merupakan salah satu program tahunan bagi merapatkan lagi hubungan baik diantara pemimpin dan warganya terutamanya di sepanjang bulan Ramadhan ini. Sepanjang program ini dijalankan, Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal juga menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan hamper kuih raya kepada tuan rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan