Jumaat, 16 Disember 2011

Majlis Perjumpaan Khas YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal Bersama Warga RELA W.P.Labuan.

LABUAN :  YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahl;I Parlimen Labuan P166 merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan mengadakan suatu Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga RELA W.P.Labuan bertempat di Menara Perbadanan Labuan. YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal dalam perjumpaan ini menyatakan bahawa kesenangan beliau terhadap kualiti para petugas sukarela ini yang mana telahpun banyak memberikan bantuan dan perkhidmatan yang cemerlang dalam mana-mana program dan aktiviti sama ada yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan, swasta dan individu. YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal juga mengharapkan lebih ramai lagi masyarakat akan menceburi pertubuhan ini dalam usaha sama membentuk masyarakat yang lebih berdidiplin melalui latihan dan aktiviti pertubuhan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan