Jumaat, 20 November 2009

PROGRAM "SUBUR" JUGA AKAN DINIKMATI DI WP LABUAN

LABUAN -- Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan juga dinikmati oleh rakyat yang kurang berkemampuan di WP Labuan.

Ahli Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Majli Pembangunan Pertanian kawasan parlimen berkata ketua-ketua kampung dan wakil ahli parlimen di kesemua kampung di Labuan haruslah turun padang dan mengenal pasti warga yang betul-betul memerlukan bantuan ini.

"Kurangkanlah politik dalam tugas masing-masing, apa yang penting adalah perkhidmatan kita kepada rakyat, jangan hanya kerana terlalu banyak berpolitik, nasib rakyat tidak terbela," katanya ketika berucap dalam Program Apa Khabar Orang Kampung di Kerupang/Nagalang pada pertengahan bulan lalu.
Beliau juga menggesa agar rakyat agar saling bantu membantu antara satu sama lain khususnya dalam menangani permasalahan kampung.
"Amalan gotong royong adalah satu amalan yang boleh merapatkan hubungan silaturahim dikalangan kita. Janganlah ada sikap benci-membenci yang hanya akan membawa kepada perpecahan," tambahnya.
Beliau juga mengulas sebagai penjawat awam haruslah ada sikap membantu pemimpin menyelesaikan sesuatu isu dan bukan hanya untuk mencari populariti semata-mata.
"Penduduk kampung bukanlah lagi seperti dahulu yang boleh diperdaya dengan dakyah-dakyah, tapi mereka sudah sampai ke satu tahap yang boleh membuat penilaian sendiri. Jangan kita sudah bergelar pegawai atau timbalan pengarah atau pengarah, kita sudah lupa asal usul kita. Bilarlah kita lihat ke bawah sekali sekala untuk kita sedar bahawa kita juga manusia biasa yang ada buat kesilapan," katanya.

LEBIH 3,000 BANJIRI RUMAH TERBUKA HARI AIDIL FITRI AHLI PARLIMEN LABUAN

LABUAN--Lebih 3,000 masyarakat membanjiri rumah terbuka hari raya aidil fitri YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal pada 3 Okt lalu.

Kanak-kanak, OKU, beliawan-beliawanis, masyarakat peniaga, usahawan yang juga datang dari Kuala Lumpur dan Sabah turut kelihatan bersalaman dengan Yussof dan ahli keluarganya yang mana telah masuk tahun kedua beliau sebagai wakil rakyat WP Labuan.

"Saya berterima kasih diatas sokongan dan kehadiran dari pelbagai lapisan masyarakat samada dari kaum melayu, cina, india, kadazandusun, iban dan bangsa-bangsa lain, tanpa kira agama bersama meraikan hari raya ini. Inilah perpaduan yang telah lama bersemadi dikalangan warga WP Labuan," katanya.

Beliau ditemani isteri Datin Hajah Isfahani Ishak dan anak-anak mereka menyambut tetamu yang hadir yang diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.
Yussof juga sempat menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak, OKU dan mangsa bencana alam.
Rumah terbuka yang bermula jam 8 malam itu berakhir pada jam lebih kurang 12.30 tengah malam dengan dirancakkan dengan persembahan pentas nyanyian dan kugiran.
n


Selasa, 8 September 2009

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SERTAI PROGRAM SAHUR YUSSOF MAHAL - KESINAMBUNGAN KEPADA PROGRAM SAHUR DI KUALA LUMPUR

LABUAN--Program sahur bersama rakyat kurang berkemampuan sempena bulan ramadan diteruskan lagi untuk musim kedua selepas program yang diadakan tahun lalu mendapat galakan positif.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan yang diturut serta oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kali ini tertumpu pada kaum balu, orang tak berkeluarga dan juga warga emas di beberapa buah kampung di Labuan.
“Ianya satu program amal dan sukar untuk dilaksanakan oleh sesetengah pihak. Ini kerana dengan keadaan sejuk pada awal subuh meninggal rumah untuk bersahur dikediaman orang lain pula, walaubagaimanapun ianya berbaloi dan rasa puas untuk memberi khidmat sebagai wakil rakyat dapat dirasakan,” kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal.Antara kampung lain yang telah dikenal pasti untuk program ini adalah Kg Sg Bedaun, Kg Bukit Kuda, Bukit Kalam dan Ganggarak.
Pada awal subuh Sabtu, Yussof Mahal bersama Nong Chik mengunjungi warga emas berumur 71 tahun yang tidak pernah berkeluarga di Tg Aru pada 5 Ogos lalu.

Bidin Haji Ahad adalah seorang pesara sebuah agensi kerajaan di Labuan dan tidak pernah merasa berkeluarga kecuali dengan adik beradik lain. Hanya bergantung pendapatan dengan hasil tangkapan laut, Bidin mendiami rumah yang didirikan dibawah projek Projek Prumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Saya dah tinggal dirumah ini lebih dari 10 tahun. Terima kasih kepada kerajaan diatas keperihatinan kepada warga seperti saya. Program sahur ini tidak dimaklumkan kepada saya dan saya mat terharu dengan kehadiran dua pemimpin dari Kuala Lumpur dan Labuan sendiri,” katanya.
Nong Chik selepas menyampaikan sumbangan kepada berkata Bidin berkata program sahur yang turut diadakan di Kuala Lumpur mendapat sambutan diluar jangkaan.
“Warga Kuala Lumpur yang telah menikmati lama pembangunan pesat masih memberi sambutan yang saya tidak duga terhadap program seperti ini . Denga lebih 800 orang hadir pada awal subuh bulan lalu menunjukkan program ini harus diteruskan setiap Ramadan dan diperluaskan di kawasan lain Labuan, Kuala Lumpur,” katanya.

Isnin, 7 September 2009

PROGRAM BERSAHUR BERSAMA RAKYAT KURANG KEMAMPUAN MUSIM KEDUA DITERUSKAN SEMPENA RAMADAN AL MUBARAK

LABUAN-- Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal meneruskan program rakyatnya - Program Bersahur Bersama Rakyat Terpilih bagi musim kedua Ramadan 2009.
Musim kedua ini diadakan di rumah milik seorang balu berumur 62 tahun, Hajah Hatimah Musa yang tinggal di rumah usangnya di Kampung Sungai Labu, lebih kurang 14 KM dari pusat bandar.
Bersama lebih 20 orang rombongannya yang terdiri dari beberapa Wakil Ahli Parlimen dan penduduk kampong, Ahli Parlimen itu yang ditemani oleh isteri dan anak lelakinya memulakan kunjungan mereka seawal 3.00 pagi 31 Ogos 2009.
“Kita telah memulakan Program Bersahur Bersama Rakyat terpilih sejak tahun lalu ketika mana saya baru mendapat mandat rakyat sebagai Ahli Parlimen. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik dan ramai yang mengatakan ianya satu program berkesan melihat lebih dekat lagi keperitan rakyat yang kurang berkemampuan bersahur seorang diri dan hanya bersama anak tanpa suami atau isteri yang telah meniggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Hatimah memberitahu beliau terharu dikunjungi oleh seorang pemimpin yang ditemani oleh keluarganya serta rombongan parlimen Labuan ke rumah usangnya yang telah ditinggalkan oleh suaminya sejak lebih dua puluh tahun yang lalu.
“Sudah tentu, setiap kali bulan ramadan tiba, saya akan sentiasa berasa sunyi dan sedih teringatkan suami saya yang telah meninggal dunia meninggalkan saya dan anak-anak. Tidak ada isteri yang berasa amat gembira dan meriah sekiranya telah ditingalkan oleh suami,” katanya hiba.
“Makan kadang tak lalu, setiap kali teringat makanan kegemaran suami. Tapi apa boleh buat inilah realiti yang saya harus terima. Saya harus bersyukur, kerana saya masih ada anak yang masih menjaga dan masih mampu membuat saya senyum,” tambah Halimah, yang kini bersama kesemua empat anak perempuannya.
Sementara itu, Yussof berkata program ini sebagai satu cara untuk mengimarahkan lagi ramadan di antara rakyat dengan pemimpin.
“Majlis seperti ini dapat memperkukuhkan lagi interaksi dan memberi pendekatan lebih mesra antara pemimpin dan rakyat, selain mencetuskan semangat muhibah antara satu sama lain,” katanya.
Halimah turut menerima sumbangan tunai dari Yussof selain bantuan makanan dan minuman bagi meringankan bebanan menungu tiba syawal menjelma.