Isnin, 29 Disember 2008

Ahli Parlimen Labuan menyeru masyarakat islam memerangi gejala sosial - Berucap sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H/2008 Peringkat WP Labuan






LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Haji Mahal menggesa masyarakat islam di pulau ini khususnya agar memberi pendedahan agama yang cukup kepada anak-anak mereka bagi mengelak daripada gejala sosial yang kini semakin merisaukan.

Katanya keruntuhan moral dan kebebasan pergaulan yang membawa kepada kemaksiatan adalah disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan agama.

“Keruntuhan moral dan penglibatan dalam kemaksiatan adalah berpunca dari kelalaian kita sendiri. Berikanlah pengetahuan agama kepada anak-anak agar mereka tahu menghindarkan diri daripada gejala yang tidak diingini,” katanya ketika merasmikan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada Isnin.

Katanya adalah penting untuk masyarakat umum bersatu dan memerangi gejala sosial dan bukan hanya bergantung kepada segelintir pihak sahaja.

“Saya juga ingin menyeru agar kita menjadi satu masyarakat yang hidup bermuafakat. Ingatlah muafakat itu membawa berkat,” katanya.

Yussof juga menggesa masyarakat islam agar mengimbas kembali sejarah dan kemilangan islam sebelum ini yang mampu disegani oleh pengikut-pengikut agama lain di serata dunia.

Beliau juga mengingatkan masyarakat agar terus memelihara perpaduan dan elakkan daripada terus berselisih dalam perkara-perkara remeh yang boleh membawah kepada perpecahan.

“Kita juga harus beringat janganlah terlalu taksub dengan keduniaan yang boleh membawa kepada kerakusan, tamak, haloba sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kepentingan peribadi tanpa mempedulikan kesannya kepada islam itu. Sessungguhnya, kesedaran untuk menyumbang tenaga dan idea bagi memajukan ekonomi, sosial, politik dan budaya tidak mahu disematkan didalam jiwa dan raga,” katanya.

Yussof berkata sesuai dengan tema Maal Hijrah tahun ini “Menjana Ummah Gemilang” akan menjadi perangsang kepada umat islam khususnya dalam pembangunan jati diri dan menjadi masyarakat minda kelas pertama.

Sementara itu, tokoh Maal Hijrah tahun ini diberikan kepada Haji Bakri Tamin, 76 daripada Kg Tg Aru.

2 ulasan:

  1. Salam Datuk,
    Yang sepatutnya diberhentikan ialah:-
    1. Minum arak yang berleluasa dikalangan penganut islam di Labuan
    2. Main judi. Siapa agaknya yang ampunya lesen machine slot di Labuan ini?
    3. Perlakuan Sex Bebas dikalangan remaja dan babak budak.
    4. Pengurangan pusat-pusat hiburan yang berlesen.
    5. Pihak berwajib harus menyinarkan lagi syiar islam di Pulau ini.
    6. Persatuan Belia dan Beliawanis jangan terlalu banyak mesyuarat nganya. Mesti banyak aktibiti yang selaras dengan Islam.
    7. Nawaitu mestilah betul jika memimpin rakyat.
    8. Tubuhkan Persatuan Mahasiswa islam Labuan sebagai badan penggerak yang berilmu.
    9. dll.

    BalasPadam
  2. Terima kasih diatas komen saudara ini.

    Komen seperti ini dapat menyedarkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melihat kelemahan-kelemahan sehinggakan isu-isu awam ini diperdebatkan.

    Kita semua berharap isu ini tidak akan berpanjangan. pa yang kita tidak mahu melihat Labuan dilabelkan sebagai pulau yang memusatkan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini.

    Pihak Pejabat Parlimen akan meneliti akan isu ini, agar dapat memastikan Labuan tidak dicemari dengan isu-isu seperti yang diutarakan.

    Terima kasih.

    BalasPadam