Ahad, 18 Januari 2009

PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG PMR 2008 DAN PIBG TERIMA SUMBANGAN AHLI PARLIMEN LABUAN


LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Haji Mahal meluangkan masa meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar cemerlang dalam PMR 2008 dan warga pendidik Labuan dalam satu majlis sumbangan Pelajar Cemerlang 2008 pada 17 Januari di Dewan SM Teknik Labuan.
Seramai 65 pelajar dari enam buah sekolah menengah di pulau ini menerima sumbangan tunai daripada beliau sebagai penghargaan dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar ini untuk terus memperbaiki prestasi pelajaran mereka.
Pelajar-Pelajar ini adalah diantara penyumbang kepada imej pendidikan Labuan yang mendapat tempat kedua dalam pencapaian kelulusan keseluruhan seluruh negara.
Selain sumbangan kepada pelajar-pelajar ini, sebanyak 26 Persatuan Ibubapa dan Guru turut menerima sumbangan daripada beliau bagi menampung aktiviti-aktiviti dan program-program persatuan ini.
Dalam kesempatan itu, Yussof juga meningatkan ibu bapa agar turut memainkan peranan proaktif mereka terutamanya dirumah dan tidak meletakkan kesemuanya dibahu guru sekolah.
"Perlu kerjasama dari ibubapa. Kita tidak boleh meletakkan 100 peratus kepada warga pendidik dalam memastikan pembelajaran anak kita ditahap yang memuaskan," katanya.
Disamping itu katanya, pelajar-pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam PMR mereka tidak harus mudah berpuas hati tetapi haruslah mengekalkan prestasi yang baik dan terus memperbaiki keputusan.
"Pelajar juga jangan lupa dengan pengorbanan ibubapa yang sentiasa memastikan pembelajaran anak-anak mereka berterusan. Cuba renungkan bagaimana pengorbanan ibubapa kita...bagaimana mereka bekerja siang malam untuk melihat anak mereka berjaya...fikirkanlah," katanya.

1 ulasan:

  1. Ibu bapak memang jangan mengharapkan 100% kepada guru-guru sahaja. Terutama dalam aspek nilai-niali moral kepada anak-anak. Sekarang sangat ramai anak-anak Labuan yang terbawa-bawa dengan budaya kuning. Sangat rasa ini bukan dapat dipersalahkan kepada guru-guru yang hanya berada bersama mereka tidak pun sampai 10 jam sehari semalam. Ibu bapak mestilah menyediakan masa yang berkualiti kepada anak-anak mereka.
    Apabila hari peperiksaan hampir menjelang, ibu bapalah yang kena bangun lebih awal drp anak-anak dan mereka hendaklah pula menyediakan waktu secukupnya bersama anak-anak dalam masa mengulang kaji pelajaran.

    BalasPadam