Rabu, 21 Januari 2009

AHLI PARLIMEN LABUAN BERI SUMBANGAN PERIBADI KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KG GANGGARAK



LABUAN: Sebuah rumah yang disewa oleh seorang guru musnah dalam satu kebakaran pada Isnin di Kampung Ganggarak.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Mohd Eirwan Hussien berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.20pagi.

Seramai 32 anggota dengan tiga jentera dari tiga balai – Kg Jawa, Layang-Layangan dan Tun Mustapha bergegas ketempat kejadian dan berjaya memadamkan api kira-kira jam 10.35pagi.

Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. Tetapi tidak menolak kemungkinan litar pintas kemungkinan punca kebakaran berlaku.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Haji Mahal ketika berada ditempat kejadian menasihati penduduk kampung terutamanya agar memastikan aspek keselamatan dirumah sentiasa diberi perhatian.

Beliau sempat memberikan sumbangan peribadi tunai kepada mangsa bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.

2 ulasan:

  1. Satu lagi tindakan keprihatinan Wakil Rakyat Labuan yang patut mendapat pujian dan sanjungan. Jika semua Wakil Rakyat UMNO seluruh Malaysia "berperangai" spt Wakil Rakyat Labuan ini, insyallah kemuakan rakyat terhadap UMNO akan terhakis menjelang PRU ke 13 kelak. Pemimpin UMNO mestilah "Mesra Rakyat" spt yang disarankan oleh TPM kita. Syabas kpd YB Datuk Haji Yussuf Haji Mahal,
    Wakil Rakyat Labuan.

    BalasPadam
  2. Salam. Saya harap agar pendekatan yg YB Datuk ketengahkan menjadi iktibar & ikutan para pemimpin masyarakat lainnya di Labuan. Wassalam.

    BalasPadam