Rabu, 28 Januari 2009

PROJEK INFRASTRUKTUR RM2.7 JUTA UNTUK LABUAN

LABUAN -- Projek pembangunan infrastruktur bernilai RM2.7 juta, diserahkan kepada 28 kontraktor di pulau bebas cukai ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi membantu kontraktor tempatan bertahan dalam mengharungi persekitaran ekonomi yang suram ini.

Projek untuk kontraktor Kelas F yang diagihkan menerusi Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, adalah selari dengan pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan membabitkan RM7 bilion.

Projek yang diagihkan menerusi proses pengundian berkomputer itu menarik penyertaan 162 kontraktor.

Ia dilaksanakan oleh para pegawai ICU yang diketuai Pengarah Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Zaharil Kasim.

"Ia merupakan proses pengundian yang adil dan telus. Kami tidak mengamalkan cara yang tidak sihat seperti yang didakwa sesetengah pihak. Kami cuba seadil mungkin.

"Ia dilaksanakan menerusi pendaftaran terbuka sebelum pengundian dilakukan," katanya pada sidang media selepas pengundian itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal berkata walaupun hanya RM2.7 juta diperuntukkan untuk Labuan daripada RM600 juta yang dipohon oleh parlimen itu, beliau yakin lebih banyak dana akan disediakan untuk pulau berkenaan pada masa depan.

Dana itu disediakan untuk menyediakan kemudahana asas kepada penduduk serta membangunkan semula infrastruktur yang rosak akibat malapetaka semula jadi, katanya.

Yussof juga mengingatkan kontraktor-kontraktor yang berjaya mendapat projek agar berusaha gigih dan memastikan projek pembangunan yang diluluskan untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat tidak bermasalah.

"Laksanakan projek yang telah diluluskan dengan kualiti kerja yang diharapkan demi kepentingan rakyat," katanya.

Kepada kontraktor yang tidak berjaya mendapat sebarang projek dalam proses pengundian itu, beliau menasihatkan agar tidak putus asa oleh kerana akan ada proses pengundian dimasa akan datang untuk memberi peluang kepada mereka.

"Kita mengharapkan proses pengundian dan pendaftaran terbuka kepada pemegang lesen Kelas F berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian, begitu juga dengan pendafataran yang dilaksanakan oleh Pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kita berusaha untuk bersikap adil dalam pemberian projek. Kita mahu lihat kontraktor Bumiputera khususnya di Labuan ini diberi peluang untuk bersama kerajaan dalam pembangunan dikawasan masing-masing," tambahnya.

3 ulasan:

  1. Salam. Tahniah YB Datuk diatas usaha murni dengan melaksanakan pengagihan kontrak secara telus dan adil. Teruskan perjuangan. Kami sanjungi pendekatan yg YB Datuk bawakan. Wassalam.

    BalasPadam
  2. Salam. Tida mengapa YB Datuk, kami rakyat dan pengundi Labuan setia bersama YB Datuk dan Barisan Nasional. Meskipun tiada peruntukan dari Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi Menteri YB DSZ, diharap YB Datuk terus berusaha endapatkan peruntukan tambahan dari Kementerian lain yg lebih prihatin terhadap Rakyat Labuan. Wassalam.

    BalasPadam
  3. Hi, Datuk.Saya adalah salah seorang penduduk di Labuan yang menetap di MPL Batu Arang.Walaupun infrastruktur yang di sediakan oleh kerajaan agak mengalakkan dan memberangsangkan tetapi "basic need" seperti air dan elektrik sering kali terjejas dan menyusahkan penduduk setempat.Yang terbaru ialah gangguan elektrik di MPL Batu Arang terganggu tiap-tiap malam selama 2-3 jam tanpa mengira waktu.Ini amat menyusahkan anak-anak kami untuk menelaah buku pelajaran. Ia juga amat merimaskan dengan cuaca yang sangat panas sekarang.Tiap-tiap malam saya sendiri menelefon SESB untuk menyatakan masalah yang kami hadapi,tetapi tiada tindakan drastik yang di ambil oleh pihak SESB untuk menyelesaikan masalah tersebut.Hingga malam kelmarin (21/04/2009) masalah tersebut masih berlaku.Di harap Datuk turun padang untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi ini

    Yang berharap,
    Penduduk MPL Batu Arang (watt_kia81@yahoo.com)

    BalasPadam