Selasa, 24 Mac 2009

Parlimen Labuan Bantu Bina Rumah Bernilai RM38,000 Untuk Keluarga Miskin

LABUAN: Seorang warga emas bersama empat orang anaknya kini menarik nafas lega apabila mendapat bantuan sebuah rumah dibawah projek perumahan rakyat termiskin (PPRT).

Penerima bantuan berkenaan, Ghani Jumat berkata rumah tersebut yang dibina tidak jauh dari rumah yang didiami beliau dan keluarganya sejak 15 tahun lalu telah mengubah hidup mereka sekeluarga yang sebelum ini tinggal dalam keadaan tidak selesa di rumah yang serba daif.

Beliau dan keluarganya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas bantuan rumah dibawah peruntukan Pejabat Parlimen Labuan itu.

Beliau yang bekerja sebagai seorang nelayan serta memperolehi pendapatan tidak tetap turut menerima bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM300 sebulan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menyerahkan kunci rumah kepada Ghani di Kg Layang-Layangan.

Dalam pada itu, Yussof berkata Pejabat Parlimen Labuan mengambil inisiatif memberi peruntukkan sebanyak RM38, 000 untuk membina rumah berkenaan dengan kadar segera memandangkan rumah yang sebelum ini didiami keluarga tersebut berada dalam keadaan daif.

Yussof berkata Pejabat Parlimen Labuan dengan bantuan jabatan dan agensi kerajaan lain akan terus mencari dan mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan seperti mana dalam Projek Cari yang dilancarkan oleh Kerajaan baru-baru ini.

“Kita akan turun padang dan melihat sendiri kesusahan yang dialami oleh rakyat kita, dan menyegerakan bantuan,” katanya.

5 ulasan:

  1. Datuk tolong ulas isu penjualan arak kt kedai runcit di kg..nampak masih tiadatindakan dr phk berkuasa..jualanmasih tp d jlnkan

    BalasPadam
  2. SAYA UCAPKAN TAHNIAH ATAS KEPRIHATINAN YB MEMBELA NASIB RAKYAT.

    DI SINI SAYA INGIN MELONTARKAN SATU ADUAN YANG SANGAT DEKAT DI HATI RAKYAT YANG MENETAP DI LABUAN TETAPI TERPAKSA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM UNTUK BERGERAK KELUAR DARI WILAYAH INI SEPERTI KE SEBERANG ( SABAH ).

    ADUAN SAYA LEBIH BERFOKUS KEPADA PERKHIDMATAN BOT LAJU MENUMBOK -LABUAN YANG SAYA LIHAT MEMPUNYAI TAHAP KUALITI YANG TERAMAT BURUK.

    FAKTA :
    1. KAUNTER BOT LAJU DI MENUMBOK TIDAK BERSISTEM SEPERTI KAUNTER DI TERMINAL ANTARABANGSA LABUAN YANG MEMBOLEHKAN PENUMPANG MEMBELI TIKET DENGAN SELESA DAN SELAMAT SERTA TERKAWAL. DENGAN KEADAAN KAUNTER MEMBELI TIKET BOT LAJU DI MENUMBOK YANG TAK UBAH SEPERTI PONDOK BUSTOP TEMPAT SAMSENG MELEPAK, SAYA MELIHAT PERKARA INI SEBAGAI PERKHIDMATAN AWAM YANG TIDAK PROFESIONAL DAN SANGAT TERUK.

    2. KETIKA INI ( SEMASA FERI TIDAK BEROPERASI KERANA DIBAIKI ), PENGUSAHA BOT LAJU INI SESUKA HATI MENGENAKAN TAMBANG DARIPADA SEPATUTNYA IAITU RM15. SAYA MENDAPAT LAPORAN DARI PENUMPANG LAIN, MEREKA PERNAH DIKENAKAN TAMBANG ANTARA RM20 HINGGA RM100.

    3. SIKAP PENGUSAHA BOT LAJU JUGA BERLAGAK SEPERTI SAMSENG YANG SUKA MENENGKING DAN TIDAK MENGHORMATI PENUMPANG.

    4. KEADAAN DALAM BOT LAJU JUGA TIDAK SELESA DAN SELAMAT. APABILA KEADAAN SEDIKIT BEROMBAK, MOMENTUM YANG DIHASILKAN MEMBERI IMPAK PENUMPANG DI DALAM BOT BERISIKO UNTUK TERCEDERA. CONTOH SAYA SENDIRI PERNAH TERLAMBUNG SEHINGGA KEPALA SAYA KENA BUMBUNG KAYU BOT.

    CADANGAN
    1. SILA BINA KAUNTER BOT LAJU DI DALAM PEJABAT JABATAN LAUT MENUMBOK SUPAYA PARA PENUMPANG MERASA SELAMAT DAN TIDAK TERTIPU

    2. PEGAWAI JABATAN LAUT HENDAKLAH SENTIASA MEMANTAU PENJUALAN TIKET DI PONOK SEDIA ADA SETIAP WAKTU

    3. PARA PENUMPANG DIKEHENDAKI MEMAKAI JAKET KESELAMATAN SEBELUM MEMASUKI BOT DAN BUKAN KETIKA BERADA DI DALAM BOT

    4. BUAT TALI PINGGANG KESELAMATAN DI DALAM BOT

    5. BINA SEBUAH FERI KHAS UNTUK PENUMPANG LABUAN-MEMPAKUL YANG MANA SESI PELAYARANNYA SEKERAP SEJAM SEKALI SEHINGGA JAM 8 MALAM

    PENUTUP
    SAYA BERHARAP YB DAPAT MEMBUKA MATA TENTANG MASALAH INI. JIKA JAMBATAN LABUAN- MENUMBOK ADA, MASALAH INI PASTI SELESAI.

    SEKIAN DAN TERIMA KASIH

    .............
    ( MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA )
    831003125835
    GURU DI S.K PEKAN SATU W.P LABUAN YANG BERASAL DARI KG KOTA KLIAS BEAUFORT SABAH

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum WBT kepada warga Labuan khususnya kepada pemberi komen yang konkrit dan bernas.

    Komen seperti inilah yang diperlukan untuk bersama-sama saya memperbetulkan keadaanyang belum diperbetulkan.

    Komen anda ini akan saya panjangkan kepada Jabatan Laut dan agensi yang berkaitan untuk melihat apa yang patut di laksanakan demi kebaikan masyarakat kedua wilayah Sabah dan Labuan.

    Saya harap ianya akan berhasil demi kesejahteraan masyarakat.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum WBT kepada anak jati... perkara yang diutarakan amatlah serius yang aman akan memberi kesan yang tidak sihat kepada muda-mudi kampung.;

    Saya akan usulkan kepada Perbadanan Labuan perkara ini untuk tindakan lanjut dan sewajarnya.

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Sebenarnya pengusaha bot inilah yang akan menjadi penghalang besar kepada pembinaan jambatan.

    Kalau perkhidmatan mereka baik, ok jugalah tapi ani mbari paning kapala. Lurus tah uja cikgu atu.

    Kalau boleh, bot atu parking separuh di sini separuh di sebarang. Ani ku liat, semua tah kan parking di sebarang.

    Indada permit dikeluarkan untuk orang di sini kah? Mun ada, kan mohon ku YB.
    Bot ku sudah ada, muat
    4 owang. Engin V-TEC 15 kuda, turbooooo lagi tu. Hehe jangan inda galat liau!

    BalasPadam