Jumaat, 20 Mei 2011

Majlis Perasmian Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan 2011.




LABUAN 25 April: Y.B. Datuk Hj Yussof Hj Mahal merasmikan Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan 2011 yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) W.P.Labuan. Seramai 450 orang nelayan berdaftar telah menerima elaun sara hidup sebanyak RM200.00 setiap seorang yang disampaikan oleh Y.B. Datuk Hj Yussof Hj Mahal. Program seumpama ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi membantu meningkatkan ekonomi para nelayan selain bantuan subsidi petrol dan insentif 10 sen setiap kilogram bagi hasil tangkapan nelayan.