LABUAN 31Dis : YB Datuk Hj
Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan P166 merangkap Pengerusi Perbadanan
Labuan menghadiri seterusnya menyempurnakan Majlis Ambang Tahun Baru 2012 yang
diadakan di Dataran Labuan. Program yang dijayakan dengan pelbagai persembahan
kebudayaan dan nyanyian artis jemputan ini dibanjiri oleh penduduk W.P.Labuan
yang turut sama menyambut kedatangan tahun baru 2012 pada malam tersebut.