06hb Ogos 2012. YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari kanan) En Taib Ubah Pengarah Jabatan Penerangan (empat dari kanan) bersama rombongan dan penduduk kampung meluangkan masa bersama-sama bersahur di Kg. Karupang/nagalang. Dimana saja kita berada siang malam mahu pun subuh bendera Jalur gemilang tetap kita kibarkan sebagai tanda syukur kpd Allah swt yang mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan merdeka. Saya jua berharap sama-sama la kita menjaga keamanan Negara kita dan sentiasa percaya dengan kerajan kita sekarang. Saya mengucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke 55 tahun. MERDEKA MERDEKA MERDEKA! ! !
Isnin, 6 Ogos 2012
Bendera Jalur gemilang Tetap Kita Kibarkan
06hb Ogos 2012. YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari kanan) En Taib Ubah Pengarah Jabatan Penerangan (empat dari kanan) bersama rombongan dan penduduk kampung meluangkan masa bersama-sama bersahur di Kg. Karupang/nagalang. Dimana saja kita berada siang malam mahu pun subuh bendera Jalur gemilang tetap kita kibarkan sebagai tanda syukur kpd Allah swt yang mengurniakan kita sebuah negara yang aman dan merdeka. Saya jua berharap sama-sama la kita menjaga keamanan Negara kita dan sentiasa percaya dengan kerajan kita sekarang. Saya mengucapkan Selamat menyambut bulan ramadhan dan bulan kemerdekaan yang ke 55 tahun. MERDEKA MERDEKA MERDEKA! ! !
Jumaat, 3 Ogos 2012
Program Sumbangan Kembara Ramadhan 2012 di Kg Patau-Patau I
Saya bersama KK
Osman dan En Taib Ubah (Pengarah Jabatan Penerangan W.P. Labuan) sempat menyampaikan sumbangan
dalam Program Sumbangan Kembara Ramadhan 2012 di Kg Patau-Patau I
Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan
yang mulia ini saya dan KK Abas Mohamat sempat menyampaikan sumbangan kepada
warga emas En. Bidin dalam Program Bersahur bersama Warga Kampung Pohon Batu.
Khamis, 2 Ogos 2012
Bersungkai Bersama-sama Para Pemimpin Masyarakat
02hb
Ogos 2012. Saya bersungkai bersama-sama para pemimpin masyarakat
di rumah saya dan terima kasih saya ucapkan kerana hadir Alhamdulillah…
Solat Terawih Bersama Para Pemimpin Masyarakat
02hb Og0s 2012. Syukur Alhamdulillah…dapat jua solat terawih
bersama para pemimpin masyarakat di kediaman saya Alhamdulillah…
Selasa, 31 Julai 2012
Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Tahfiz di Surau Kg Sg Labu
31hb Julai 2012. Anak-anak yatim juga tidak dilupai dan saya
serta rombongan sempat memberikan sedikit buah tangan sempena Majlis Penyampaian
Sumbangan anak yatim dan tahfiz di Surau Kg Sg Labu W.P. Labuan.
Sabtu, 28 Julai 2012
Melawat dan Memberi Sumbangan kepada Krew Kapal MISC Mangsa Tragedi Letupan Kapal
28hb
Julai 2012. Pada minggu ini tragedi telah menimpa W.P.
Labuan. Saya amat berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi. Pada hari
ini saya telah melawat krew kapal
MISC yang terselamat dari tragedi letupan kapal beberapa hari lalu di jeti Petronas
Methanol Labuan dan menyerahkan bantuan segera kepada 24 krew kapal yang
terselamat serta kepada keluarga-keluarga krew kapal yang terkorban.
Majlis Perhimpunan Bersama YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin
28hb Julai 2012. Walaupun sibuk YB Dato' Raja Nong Chik Bin
Dato' Raja Zainal Abidin masih dapat meluangkan masa semasa Majlis Perhimpunan
Bersama di Konvensyen Hall kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Program Ihya Ramadhan di Surau Perumahan Kerajaan Bukit Kuda
28hb Julai 2012. Saya berterima kasih kepada YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal
Abidin Menteri Wilayah kerana sudi hadir bersama-sama dengan penduduk sempena
Program Ihya Ramadhan di Surau Perumahan Kerajaan Bukit Kuda.
Isnin, 23 Julai 2012
Lawatan ke Kediaman Ketua Pemuda Cawangan UMNO Kg Patau-patau I
23hb Julai 2012. Saya bersama Senator Datuk Hj Yunus Kurus (duduk
tiga dari kanan) En Rafi Ali Hassan ketua pemuda bahagian Umno wp Labuan (berdiri
tiga dari kanan) dalam lawatan ke kediaman Ketua Pemuda cawangan UMNO Kg Patau-patau
I selepas menjalani pembedahan. Saya juga berdoa supaya beliau cepat sembuh
dan sihat untuk menjalani aktiviti seharian Amin
Sumbangan Khemah kepada Peniaga-peniaga Bazar Ramadhan di Kg Sg lada dan Kawasan Kian Yap Batu Arang
23hb Julai 2012. Saya percaya dimana ada usaha disitu ada
jalan, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini rezeki ada dimana-mana oleh itu
saya telah menyampaikan sumbangan khemah kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadhan
di Kg Sg lada W.P. Labuan bagi membantu melariskan lagi jualan mereka.
Bantuan yang sama turut dipanjangkan kepada kepada para peniaga bazar Ramadhan di kawasan Kian Yap Batu Arang W.P. Labuan.
Bantuan yang sama turut dipanjangkan kepada kepada para peniaga bazar Ramadhan di kawasan Kian Yap Batu Arang W.P. Labuan.
Solat Terawikh di Surau Kg. Sg. Buton/Sg Sembilang
23hb Julai 2012. Sempena bulan Ramadhan saya telah
berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama menunaikan solat terawikh di
Surau Kg. Sg. Buton/Sg Sembilang W.P. Labuan.
Sabtu, 21 Julai 2012
Majlis Menyampaikan Sumbangan kepada Asnaf
21hb
Julai 2012. Ketika bersama-sama dalam majlis menyampaikan sumbangan kepada Asnaf di
W.P.Labuan.
Jumaat, 13 Julai 2012
Perbincangan Bajet 2013 bersama Menteri Kewangan ke II
13hb
Julai 2012. Perbincangan yang sangat penting untuk masa
depan Negara iaitu perbahasan
Bajet 2013 bersama Menteri Kewangan ke II.
Selasa, 10 Julai 2012
Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama antara JPNIN dan Polis DiRaja Malaysia
10hb Julai 2012. Saya menyaksikan Majlis Menandatangani Nota
Persefahaman antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P.Labuan
bersama Polis DiRaja Malaysia W.P.Labuan.Semoga dengan adanya persefahaman ini
Wilayah Persekutuan Labuan akan lebih berdaya saing dalam segala aspek.
Isnin, 9 Julai 2012
Ahad, 8 Julai 2012
Rombongan ke Pusat Kraftangan Manik Long Tuma
Rombongan lawatan kerja ini juga turut
melawat Pusat Kraftangan Manik Long Tuma. Industri ini juga mempunyai potensi
jika dilakasanakan di W.P. Labuan.
Kepuasan jelas terpapar diwajah semua yang
telibat didalam lawatan kerja ini, ini adalah majlis penyampaian cenderahati
kepada wakil pemimpin komuniti Long Tuma
Bersama Pemimpin Masyarakat Lawas
Pada 6 – 7 Julai 2012, saya telah sempat
untuk berhubung dengan rakan saya YB. Datuk Y.B. Dato' Henry Sum Agong di Lawas
sempena mesyuarat Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia. Banyak pengetahuan yang
telah ditimbah oleh ahli-ahli rombongan yang boleh diketengahkan kepada masyarakat
di W.P. Labuan.
Isnin, 2 Julai 2012
Kunjungan Duta Besar Korea Selatan ke W.P. Labuan
Pelaburan dari pihak luar adalah amat penting untuk kemajuan W.P. Labuan, oleh yang demikian saya berkesempatan untuk menerima kunjungan Duta dari negara Korea Selatan, Yong Joon Lee yang ingin melihat tentang potensi pembangunan yang boleh dilaksanakan secara bersama di wilayah kita ini. Diharap lebih banyak peluang seumpama ini akan dikecapi oleh W.P. Labuan dimasa hadapan.
Sabtu, 30 Jun 2012
Sesi dialog bersama-sama masyarakat nelayan W.P. Labuan
Nelayan merupakan kumpulan penyumbang kepada sumber makanan di W.P. Labuan, oleh yang demikian pada 30 Jun 2012 saya telah menghadiri sesi dialog bersama-sama nelayan kita unutk mendalami masalah yang dihadapi oleh mereka terutamanya yang berkaitan dengan perwartaan Pualau Kuraman, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil.
Khamis, 21 Jun 2012
W.P. Labuan Mampu Berdikari Menjelang 2015
Masyarakat sering melihat kepada
gaya hidup seseorang bagi menilai kejayaan seseorang. Namun yang demikian untuk
kebanyakkan masyarakat di W.P. Labuan masalah utama yang sering diutarakan
adalah harga barang keperluan harian yang sangat berbeza jika dibandingkan
dengan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Namun ini adalah usaha kerajaan
Malaysia untuk menangani masalah harga barangan yang semakin meningkat.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana jabatan-jabatan kerajaan di W.P. Labuan
dapat menghasilkan input penyelesaian secara lokal? Maksudnya, apakah
cadangan-cadangan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan barangan asas yang
boleh dihasilkan di W.P. Labuan?
Cadangan untuk menyediakan satu
industri untuk satu kampung merupakan satu program yang pernah dicadangkan oleh
pihak kerjaan pusat bagi menampung keperluan makanan sesebuah kawasan dan
cadangan ini boleh digunapakai di W.P. Labuan kerana kita mempunyai tenaga
pakar dari setiap jabatan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas. Buah
fikiran bernas boleh diangkat secara bersepadu
dengan kerjasama dari semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Pejabat Parlimen
W.P. Labuan percaya bahawa dengan adanya kerjasama daripada semua pihak sifat
kebergantungan kepada produk makanan dari luar W.P. Labuan dapat dikikis dan
W.P. Labuan akan dapat berdiri diatas kaki sendiri berdasarkan nasihat serta
bimbingan pihak berkuasa tempatan. Namun….. adakah belia-belia W.P. Labuan
sanggup untuk menceburi bidang pertanian sekiranya kepakaran dan sokongan
disediakan?
Oleh yang demikian sudah tiba
masanya kita merancang bersama tentang strategi-strategi yang boleh diambil
secara bersepadu untuk menangani masalah harga barangan keperluan harian
yang semakin lama semakin meruncing. Biarlah kita mencari inisiatif sendiri
berdasarkan kepada idea-idea yang praktikal untuk dijayakan.
Sabtu, 16 Jun 2012
Program Karisma 1Labuan
Kementerian PembangunanWanita Keluarga dan Masyarakat turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat W.P. Labuan. Saya yakin masyarakat akan lebih berkarisma dengan adanya bantuan seumpama ini di W.P. Labuan. Syabas kepada semua.
Jambatan di Kg. Saguking
Jambatan ini merupakan laluan harian penduduk disini, oleh yang demikian ianya wajar berada dalam keadaan yang selamat bagi anak-anak kita yang saban hari menggunakan kemudahan ini...
Sambutan Hari Guru Peringkat W.P. Labuan
Benar kata orang, guru merupakan profesion yang paling murni. Saya amat berharap agar setiap pelajar mengambil iktibar daripada guru-guru anda yang tidak pernah jemu mendidik anda semua...
Mangsa Kebakaran di Kg Sg Bedaun
Sayu hati ketika saya melihat keadaan rumah yang terbakar di Kg. Sg. Bedaun, namun berat mata memandang lebih berat bahu yang memikul.
Khamis, 14 Jun 2012
Isu harga barang telah menjadi isu utama di W.P. Labuan dan soalan saya mengenai Isu: Masalah Kenaikkan Harga Barang di Labuan Labuan telah dijawab oleh YB.Menteri KPDNKK dan menarik perhatian penerbit TV1.
Perkara ini juga dipandang berat oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang dipengerusikan oleh YAB Timb. Perdana menteri telah maklum akan isu yang dialami rakyat Labuan dan sedang mengambil serius didalam mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi permasalahan ini.
Perkara ini juga dipandang berat oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang dipengerusikan oleh YAB Timb. Perdana menteri telah maklum akan isu yang dialami rakyat Labuan dan sedang mengambil serius didalam mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi permasalahan ini.
Sabtu, 11 Februari 2012
Lawatan Ke Lokasi Mangsa Kebakaran
LABUAN 27 Jan : Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen P166 Labuan mengadakan
lawatan ke lokasi rumah mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Bukit Kalam.
Langgan:
Catatan (Atom)