Selasa, 31 Julai 2012

Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Tahfiz di Surau Kg Sg Labu



31hb Julai 2012. Anak-anak yatim juga tidak dilupai dan saya serta rombongan sempat memberikan sedikit buah tangan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan anak yatim dan tahfiz di Surau Kg Sg Labu W.P. Labuan.

Sabtu, 28 Julai 2012

Melawat dan Memberi Sumbangan kepada Krew Kapal MISC Mangsa Tragedi Letupan Kapal



28hb Julai 2012. Pada minggu ini tragedi telah menimpa W.P. Labuan. Saya amat berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi. Pada hari ini saya telah melawat krew kapal MISC yang terselamat dari tragedi letupan kapal beberapa hari lalu di jeti Petronas Methanol Labuan dan menyerahkan bantuan segera kepada 24 krew kapal yang terselamat serta kepada keluarga-keluarga krew kapal yang terkorban.

Majlis Perhimpunan Bersama YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin



28hb Julai 2012. Walaupun sibuk YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin masih dapat meluangkan masa semasa Majlis Perhimpunan Bersama di Konvensyen Hall kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Program Ihya Ramadhan di Surau Perumahan Kerajaan Bukit Kuda



28hb Julai 2012. Saya berterima kasih kepada  YB Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah kerana sudi hadir bersama-sama dengan penduduk sempena Program Ihya Ramadhan di Surau Perumahan Kerajaan Bukit Kuda.

Isnin, 23 Julai 2012

Lawatan ke Kediaman Ketua Pemuda Cawangan UMNO Kg Patau-patau I



23hb Julai 2012. Saya bersama Senator Datuk Hj Yunus Kurus (duduk tiga dari kanan) En Rafi Ali Hassan ketua pemuda bahagian Umno wp Labuan (berdiri tiga dari kanan) dalam lawatan ke kediaman Ketua Pemuda cawangan UMNO Kg Patau-patau I selepas menjalani pembedahan. Saya juga berdoa supaya beliau cepat sembuh dan sihat untuk menjalani aktiviti seharian Amin

Sumbangan Khemah kepada Peniaga-peniaga Bazar Ramadhan di Kg Sg lada dan Kawasan Kian Yap Batu Arang



23hb Julai 2012. Saya percaya dimana ada usaha disitu ada jalan, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini rezeki ada dimana-mana oleh itu saya telah menyampaikan sumbangan khemah kepada peniaga-peniaga Bazar Ramadhan di Kg Sg lada W.P. Labuan bagi membantu melariskan lagi jualan mereka.



Bantuan yang sama turut dipanjangkan kepada kepada para peniaga bazar Ramadhan di kawasan Kian Yap Batu Arang W.P. Labuan. 

Solat Terawikh di Surau Kg. Sg. Buton/Sg Sembilang



23hb Julai 2012. Sempena bulan Ramadhan saya telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama menunaikan solat terawikh di Surau Kg. Sg. Buton/Sg Sembilang W.P. Labuan.

Sabtu, 21 Julai 2012

Majlis Menyampaikan Sumbangan kepada Asnaf



21hb Julai 2012. Ketika bersama-sama dalam majlis menyampaikan sumbangan kepada Asnaf di W.P.Labuan.

Jumaat, 13 Julai 2012

Perbincangan Bajet 2013 bersama Menteri Kewangan ke II



13hb Julai 2012. Perbincangan yang sangat penting untuk masa depan Negara iaitu perbahasan Bajet 2013 bersama Menteri Kewangan ke II.

Selasa, 10 Julai 2012

Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama antara JPNIN dan Polis DiRaja Malaysia



10hb Julai 2012. Saya menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional W.P.Labuan bersama Polis DiRaja Malaysia W.P.Labuan.Semoga dengan adanya persefahaman ini Wilayah Persekutuan Labuan akan lebih berdaya saing dalam segala aspek.

Isnin, 9 Julai 2012

Majlis Dialog Mesra Rakyat 2012



9hb Julai 2012. Ketika Majlis Dialog Mesra Rakyat 2012 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.



Ahli-ahli penal yang menjayakan majlis Dialog Mesra Rakyat 2012 terdiri daripada pengarah jabatan - jabatan kerajaan dalam membincangkan isu-isu semasa di W.P. Labuan bersama masyarakat tempatan.

Ahad, 8 Julai 2012

Bersama Pemimpin Masyarakat Sipitang


Saya juga turut sempat berbincang dengan rakan saya, Y.B. Datuk Sapawi bin Haji Amat Wasali @ Ahmad berkenaan dengan masyarakat setempat.





Kami juga turut mengikuti persembahan gasing dan bengkel di Kampung Pantai Sipitang...mungkin industri ini dapat dilaksanakan juga di W.P. Labuan

Rombongan ke Pusat Kraftangan Manik Long Tuma



Rombongan lawatan kerja ini juga turut melawat Pusat Kraftangan Manik Long Tuma. Industri ini juga mempunyai potensi jika dilakasanakan di W.P. Labuan.

Kepuasan jelas terpapar diwajah semua yang telibat didalam lawatan kerja ini, ini adalah majlis penyampaian cenderahati kepada wakil pemimpin komuniti Long Tuma

Rombong ke Pusat Kraftangan Komuniti 1Malaysia Tong-Itong


Rombongan lawatan kerja ini juga sempat meninjau kepelbagaian kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan di Pusat Kraftangan Komuniti 1Malaysia Tong-Itong



Bersama-sama dengan rakan-rakan dari masyarakat Tong-Itong

Bersama Pemimpin Masyarakat Lawas


Pada 6 – 7 Julai 2012, saya telah sempat untuk berhubung dengan rakan saya YB. Datuk Y.B. Dato' Henry Sum Agong di Lawas sempena mesyuarat Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia. Banyak pengetahuan yang telah ditimbah oleh ahli-ahli rombongan yang boleh diketengahkan kepada masyarakat di W.P. Labuan.

Isnin, 2 Julai 2012

Kunjungan Duta Besar Korea Selatan ke W.P. Labuan

Pelaburan dari pihak luar adalah amat penting untuk kemajuan W.P. Labuan, oleh yang demikian saya berkesempatan untuk menerima kunjungan Duta dari negara Korea Selatan, Yong Joon Lee yang ingin melihat tentang potensi pembangunan yang boleh dilaksanakan secara bersama di wilayah kita ini. Diharap lebih banyak peluang seumpama ini akan dikecapi oleh W.P. Labuan dimasa hadapan.