Rabu, 10 Ogos 2011

Lawatan Perasmian Projek Kilat Rumah Parlimen.



LABUAN 28JULAI : Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal Ahli Parlimen Labuan P166 bersama para rombongan mengadakan Lawatan Perasmian Projek Kilat Rumah Parlimen yang diadakan di sekitar W.P.Labuan. Lawatan ke rumah milik warga emas buta En Soh Kian Cheng yang telah dibaik pulih di Kampung Sungai Keling, rumah bina baru milik En Lau Sieng Dian di Kampung sungai Keling, rumah baikpulih milik Pn Noraih Hj Mohamad Kampung Tanjung Aru, rumah bina baru milik Pn Siti Zaiton Binti Abdul Hamid di Kampung Layang-Layangan dan beberapa rumah miskin sekitar Labuan. Kesemua rumah bina baru dan baik pulih yang dilawati oleh Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal bersama rombongan adalah diatara beberapa rumah yang dibina dibawah Pejabat Ahli Parlimen Labuan. Dengan bantuan seumpama ini, Y.B Datuk Hj Yussof mengharapkan agar warga Labuan yang memerlukan bantuan akan selesa dengan kemudahan infrastruktur yang disediakan kerajaan Barisan Nasional masa kini disamping membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan selamat.