Isnin, 25 Julai 2011

Majlis Perkahwinan Warga Labuan


LABUAN 25JUN : Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menghadiri majlis perkahwianan warga penduduk kampung Layang-Layangan yang diadakan bermula seawal jam 07.00 malam. Kehadiran Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal pada majlis ini disambut mesra oleh keluarga pengantin serta penduduk tempatan diatas kesudian Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Dalam, kesempatan yang sama, Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal berpeluang untuk berinteraksi bersama penduduk tempatan bagi merapatkan lagi jalinan baik diatara pemimpin dan warganya. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih keluarga pengantin dan warga kampung Layang-Layangan, Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menerima cendera kenangan diatas hubungan baik yang terjalin diantara Ahli Parlimen bersama penduduk kampung.