Sabtu, 30 Jun 2012

Sesi dialog bersama-sama masyarakat nelayan W.P. Labuan

 Nelayan merupakan kumpulan penyumbang kepada sumber makanan di W.P. Labuan, oleh yang demikian pada 30 Jun 2012 saya telah menghadiri sesi dialog bersama-sama nelayan kita unutk mendalami masalah yang dihadapi oleh mereka terutamanya yang berkaitan dengan perwartaan Pualau Kuraman, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil.


Khamis, 21 Jun 2012

W.P. Labuan Mampu Berdikari Menjelang 2015

Masyarakat sering melihat kepada gaya hidup seseorang bagi menilai kejayaan seseorang. Namun yang demikian untuk kebanyakkan masyarakat di W.P. Labuan masalah utama yang sering diutarakan adalah harga barang keperluan harian yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sehubungan dengan perkara tersebut pihak kerajaan telah mencadangkan Kedai 1Malaysia sebagai salah satu saluran bagi menangani masalah harga barangan keperluan. Meskipun Kedai 1Malaysia ini dikatakan hanya boleh dibangunkan di W.P. Labuan pada tahun 2013, Pejabat Parlimen W.P. Labuan telah berjaya mendapatkan Kedai Koperasi 1Malaysia yang sedang beroperasi di Bukit Kalam pada ketika ini. Kejayaan membawa Kedai Koperasi 1Malaysia ini merupakan satu titik tolak untuk kita bersama-sama mencari penyelesaian terhadap masalah harga barangan kian meningkat. Pada masa ini terdapat 75 item barangan harian yang ditawarkan di Kedai Koperasi 1Malaysia dan dipenghujung tahun 2012 sebanyak 100 item akan disediakan kepada penduduk W.P. Labuan. Proses penjimatan isi rumah boleh dilaksanakan melalui Kedai Koperasi 1Malaysia. Sebagai contoh, perbezaan harga Milo Kedai Koperasi 1Malaysia jika dibandingkan dipasaraya adalah sebanyak RM9.00/kilogram. Jika dalam sebulan satu isi rumah menggunakan 2 kilogram serbuk Milo. Penjimatan adalah RM18.00/bulan. Dalam setahun RM216.00 dapat dijimatkan. Ini adalah contoh bagi satu item harian. Jumlah ini mungkin kecil bagi isi rumah berpendapatan tinggi tetapi bagi mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM1000.00/bulan jumlah ini boleh digunakan untuk perbelajaan lain.


Namun ini adalah usaha kerajaan Malaysia untuk menangani masalah harga barangan yang semakin meningkat. Persoalan yang timbul adalah bagaimana jabatan-jabatan kerajaan di W.P. Labuan dapat menghasilkan input penyelesaian secara lokal? Maksudnya, apakah cadangan-cadangan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan barangan asas yang boleh dihasilkan di W.P. Labuan?
Cadangan untuk menyediakan satu industri untuk satu kampung merupakan satu program yang pernah dicadangkan oleh pihak kerjaan pusat bagi menampung keperluan makanan sesebuah kawasan dan cadangan ini boleh digunapakai di W.P. Labuan kerana kita mempunyai tenaga pakar dari setiap jabatan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas. Buah fikiran bernas boleh diangkat secara bersepadu dengan kerjasama dari semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Pejabat Parlimen W.P. Labuan percaya bahawa dengan adanya kerjasama daripada semua pihak sifat kebergantungan kepada produk makanan dari luar W.P. Labuan dapat dikikis dan W.P. Labuan akan dapat berdiri diatas kaki sendiri berdasarkan nasihat serta bimbingan pihak berkuasa tempatan. Namun….. adakah belia-belia W.P. Labuan sanggup untuk menceburi bidang pertanian sekiranya kepakaran dan sokongan disediakan?
Oleh yang demikian sudah tiba masanya kita merancang bersama tentang strategi-strategi yang boleh diambil secara bersepadu untuk menangani masalah harga barangan keperluan harian yang semakin lama semakin meruncing. Biarlah kita mencari inisiatif sendiri berdasarkan kepada idea-idea yang praktikal untuk dijayakan.

Sabtu, 16 Jun 2012

Program Karisma 1Labuan


Kementerian PembangunanWanita Keluarga dan Masyarakat turut menyumbang kepada pembangunan  masyarakat W.P. Labuan. Saya yakin masyarakat akan lebih berkarisma dengan adanya bantuan seumpama ini di W.P. Labuan. Syabas kepada semua.

Jambatan di Kg. Saguking

Jambatan ini merupakan laluan harian penduduk disini, oleh yang demikian ianya wajar berada dalam keadaan yang selamat bagi anak-anak kita yang saban hari menggunakan kemudahan ini...

Sambutan Hari Guru Peringkat W.P. Labuan


Benar kata orang, guru merupakan profesion yang paling murni. Saya amat berharap agar setiap pelajar mengambil iktibar daripada guru-guru anda yang tidak pernah jemu mendidik anda semua...

Mangsa Kebakaran di Kg Sg Bedaun


Sayu hati ketika saya melihat keadaan rumah yang terbakar di Kg. Sg. Bedaun, namun berat mata memandang lebih berat bahu yang memikul. 


Khamis, 14 Jun 2012

Isu harga barang telah menjadi isu utama di W.P. Labuan dan soalan saya mengenai Isu: Masalah Kenaikkan Harga Barang di Labuan Labuan telah dijawab oleh YB.Menteri KPDNKK dan menarik perhatian penerbit TV1.

Perkara ini juga dipandang berat oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN) yang dipengerusikan oleh YAB Timb. Perdana menteri telah maklum akan isu yang dialami rakyat Labuan dan sedang mengambil serius didalam mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi permasalahan ini.