Masyarakat sering melihat kepada
gaya hidup seseorang bagi menilai kejayaan seseorang. Namun yang demikian untuk
kebanyakkan masyarakat di W.P. Labuan masalah utama yang sering diutarakan
adalah harga barang keperluan harian yang sangat berbeza jika dibandingkan
dengan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Namun ini adalah usaha kerajaan
Malaysia untuk menangani masalah harga barangan yang semakin meningkat.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana jabatan-jabatan kerajaan di W.P. Labuan
dapat menghasilkan input penyelesaian secara lokal? Maksudnya, apakah
cadangan-cadangan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan barangan asas yang
boleh dihasilkan di W.P. Labuan?
Cadangan untuk menyediakan satu
industri untuk satu kampung merupakan satu program yang pernah dicadangkan oleh
pihak kerjaan pusat bagi menampung keperluan makanan sesebuah kawasan dan
cadangan ini boleh digunapakai di W.P. Labuan kerana kita mempunyai tenaga
pakar dari setiap jabatan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas. Buah
fikiran bernas boleh diangkat secara bersepadu
dengan kerjasama dari semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Pejabat Parlimen
W.P. Labuan percaya bahawa dengan adanya kerjasama daripada semua pihak sifat
kebergantungan kepada produk makanan dari luar W.P. Labuan dapat dikikis dan
W.P. Labuan akan dapat berdiri diatas kaki sendiri berdasarkan nasihat serta
bimbingan pihak berkuasa tempatan. Namun….. adakah belia-belia W.P. Labuan
sanggup untuk menceburi bidang pertanian sekiranya kepakaran dan sokongan
disediakan?
Oleh yang demikian sudah tiba
masanya kita merancang bersama tentang strategi-strategi yang boleh diambil
secara bersepadu untuk menangani masalah harga barangan keperluan harian
yang semakin lama semakin meruncing. Biarlah kita mencari inisiatif sendiri
berdasarkan kepada idea-idea yang praktikal untuk dijayakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan