Jumaat, 6 Januari 2012

Majlis Ambang Tahun Baru 2012.

LABUAN 31Dis   :  YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan P166 merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan menghadiri seterusnya menyempurnakan Majlis Ambang Tahun Baru 2012 yang diadakan di Dataran Labuan. Program yang dijayakan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian artis jemputan ini dibanjiri oleh penduduk W.P.Labuan yang turut sama menyambut kedatangan tahun baru 2012 pada malam tersebut.
Y.B Datuk dalam ucapanya menyatakan bahawa kesediaan kerajaan pada masa kini untuk sentiasa berusaha mempertingkatkan ekonomi warganya dengan pelbagai strategi dan bantuan seperti yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdanan Menteri Malaysia sewaktu Pembentangan Bajet 2012 yang lalu. YB Datuk juga mengharapkan agar, warga W.P.Labuan kini khasnya mampu menilai akan kemakmuran Negara pada masa kini yang tentunya mengharapkan sokongan warganya bagi peningkatan sosiopolitik dan sosioekonomi Negara di masa-masa yang akan datang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan