LABUAN 31Dis : YB Datuk Hj
Yussof HJ Mahal, Ahli Parlimen Labuan P166
menghadiri seterusnya menyempurnakan Program Sambutan Tahun Baru Bersama
Golongan Orang Kurang Upaya dan Penyerahan Sumbangan Kepada Sekolah Cina dan
Mubaligh 2011 yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan. Sepanjang
berlangsungnya program ini juga menyaksikan penyampaian sumbangan kepada warga
OKU seluruh Labuan oleh YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal dan juga turut dijayakan
bersama oleh Yayasan Wilayah Persekutuan diwakili oleh Y.Bhg Datuk Hj Mohd
Idris Bin Mohd Isa, Pengarah Eksekutif
Yayasan Wilayah Persekutuan. YB Datuk mengharapkan agar dengan adanya
penganjuran program seumpama ini akan dapat memperlihatkan kepada masyarakat
bahawa sumbangan para golongan istimewa ini juga dihargai dalam pembangunan
ekonomi dan sosial di W.P.Labuan ini khasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan