Selasa, 9 September 2008

Pelancaran BLOG Yussof Mahal

Assalamualaikum WBT.

Tahniah diatas pelancaran BLOG Yang Berhormat untuk saluran alternatif maklumat masa kini.
Semoga BLOG ini menjadi platform penyampaian maklumat berguna dan terkini yang dapat membantu semua lapisan masyarakat dalam semua aspek. Tahniah sekali lagi.

42 ulasan:

  1. Congratulations.......

    Datuk, this had been waiting for along time.

    Well done Datuk.

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk Pemimpin kita.

    Memang tak dinafikan ianya satu usaha dan keputusan yang nantikan.

    Kita akan cuba membantu demi pembangunan dan kesejahteraan penduduk Labuan khususnya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum....

    Kami dari Kg Gersik Baru mengucapkan tahniah atas pelancaran Blog Suara ini....

    BalasPadam
  4. Congrats to whom that had been create this blog..

    BalasPadam
  5. Congratulations.......

    All the best!

    BalasPadam
  6. alhamdullilah...
    mudah2an pendekatan ini dapat merapatkan kembali saf persaudaraan warga labuan...
    -anak labuan-

    BalasPadam
  7. Bungaraya,
    Saya ucap Tahniah diatas inisiatif yang murni ini.
    Semoga Blog ini akan dapat mengumpulkan bloggers dari Wilayah Persekutuan Labuan dibawah saru bombong sebuah Persatuan.
    Datuk mesti boleh merapatkan hubungan sesama bloggers Labuanite
    untuk memberikan ruang kepada kami bersama-sama Dengan Datuk bagi merancang dan membangunkan penduduk Labuan tanpa mengira kaum dan bangsa.
    Blog saya .."chilliriver.blogspot.com.
    sesiapa diantara bloggers Labuan yang ingin berinteraksi dengan saya bolehlah kunjungi saya di chilliriver tersebut itu.

    BalasPadam
  8. Salam Perjuangan,

    Tahniah diucapkan kepada Datuk kerana berjaya membuka Laman Blog ini. Berharap Blog ini akan menjadi perantara Datuk dengan rakyat tempatan dan menjadi pusat saluran informasi kerajaan tempatan kepada masyarakat umum. Selamat berjuang!

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    BalasPadam
  9. harap2 blog ni membuka laluan kepada komunikasi 2 hala.
    bukan sekadar datuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat, tetapi yang lebih penting, masyarakat dapat berhubung dengan datuk, sesuai dengan kedudukan dan taraf datuk sebagai wakil rakyat.

    BalasPadam
  10. Askum datuk, tahniah kerana mewujudkan satu jalan untuk mendekatkan datuk dengan warga Labuan. Saya sebagai anak jati Labuan tidak minta apa2 dari datuk hanya selalulah membuka blog datuk ini dan mendengar luahan warga kitani ani..Askum Datuk
    Dari Cikgu PawX Layangan

    BalasPadam
  11. Dari hari pertama Blog ini dilancarkan saya telah menyulusinya.. tapi yang hairan tu.. Kenapa Blog ini tidak di kemaskini... Sedikit idea dari Kumpulan Gagak LAbuan.. Dato boleh paparkan isu-isu semasa yang di bincangkan di dewan rakyat pada setiap minggu. Sekurang-kurangnya dapat juga anak-anak Labuan mengikuti perbahasan Datuk Di Dewan Rakyat...

    BalasPadam
  12. Thank you and tahniah for posting comments. The BLOG will definitely be updated constantly for people in general to know the development and activities caried out by the MP and his officers. Of course, the beginning may have some slowdown in putting in the information.

    There had been plans earlier to turn this BLOG as a platform for the people not only in Labuan but the whole Malaysia to give positive input to be shared among Malaysian in particular.

    To be more specific, we are putting in activities as well as MP's motion tabled in Parliament soon.

    To this, we need to be more cautious in selecting materials.

    We are confident that, we sould be able to turn this BLOG in such a way (with profesionalism to be taken into account.)

    The Labuan Parliament Office strongly hopes the sincere supports from people at all level towards the creation of this BLOG.

    For those who have posted comments, Congratulation and thank you for your ideas and supports.

    BalasPadam
  13. Saya mengucapkan syabas dan tahniah atas kewujudan blog Datuk,melambangkan satu komitment pihak datuk dalam membangunkan kawasan Parlimen P166 Labuan

    Saya,puan DAPSAH MAJID adalah salah seorang mangsa banjir kilat di kg batu manikar pada 26 Okt 08 yang lalu.Merujuk kepada kenyataan akhbar dari pejabat pihak YB Datuk,yang dikeluarkan di akhbar UTUSAN BORNEO bertarikh 27/10/2008,Pihak pejabat datuk mengatakan akan memberi bantuan kecemasan kepada penduduk / mangsa banjir,akan tetapi sehingga hari ini,saya masih tidak menerima apa apa pun.

    Selain dari saya,ada berapa orang kampung yang menjadi mangsa banjir yang belum menerima bantuan seperti dijanjikan.mereka ialah : KADIR AG DAMIT , BUANG AG DAMIT,kg batu manikar.

    Sekian, semoga kelemahan dapat diperbaiki dan terus berjuang...

    Dari: Puan Dapsah Bte Majid
    Kg batu manikar,Labuan
    Tel:013-555 8689
    SMS :012-8436639(sms)

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum WBT dan Terima kasih diatas ucapan tahniah,komen serta maklumat yang diberikan berhubung dengan bantuan banjir kilat lalu.

    Untuk pengetahuan Puan Dapsah Majid, dari Batu Manikar, pihak Pejabat Parlimen Labuan telah mengadakan satu majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir kilat pada 27 Oktober di Balai Raya Pohon Batu.

    Kesemua nama-nama mangsa banjir diberikah sendiri oleh ketua-ketua kampung. Dalam penyerahan sumbangan, Pejabat Parlimen hanya menggunakan senarai yang diberikan oleh ketua-ketua kampung, dan tidak pasti samada masi lagi ada mangsa banjir yang belum mendapat bantuan seperti mangsa-mangsa banjir lain.

    Ketua-Ketua kampung telah diberikah tanggungjawab untuk mengenal pasti mangsa-mangsa banjir untuk diberikan bantuan kilat dikawasan masing-masing.

    Sekiranya benar masih ada lagi mangsa lain yang tertinggal dalam senarai pemberian bantuan, maka ini mungkin adalah satu kesilapan yang dibuat oleh ketua-ketua kampung yang menyebabkan mangsa yang sepatutnya telah dapat bantuan tetapi sebaliknya belum.

    Pejabat Parlimen Labuan telah berusaha untuk mendapatkan senarai yang tepat dan cuba untuk memastikan tidak ada mangsa yang tertinggal daripada pemberian bantuan.

    Untuk ini Pejabat Parlimen Labuan memohon maaf diatas apa yang berlaku. Wassalam

    BalasPadam
  15. Salam hormat kepada YB Datuk yang dikasihi,

    Sebilangan warga di Labuan ani ingin tahu, bila naik taraf Jalan Tun Mustapha(dari Pekan Sari ke Pohon Batu)atu akan siap?

    Uja bisdia, dulu, sebelum pilihanraya bukan main rancak lagi. Potong sana, tabang sini. Korek sana, gondol sini. Sekarang ani, Pilihanraya Umum sudah lama berlalu dan yang pastinya BN terus berkuasa di tanah tumpah darah kita ni. Adakah ini projek yang dikatakan Projek Gula-Gula? Mohon datuk bagi ulasan untuk kita kongsi bersama. Wassalam.

    BalasPadam
  16. Saya masukkan blog dato dalam blog aggregator umno - penggabung suara.

    Harap update selalu - dah dua buklan dato'. SIhat ke?

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum WBT.

    Untuk isu "Bila Naik Taraf Jalan Tun Mustapha (dari Pekan Sari Ke Pohon Batu akan Siap"?

    Izinkan saya menjawan persoalan ini. Untuk pengetahuan warga Labuan, projek ini diberikan kepada PERTAMA MAKMUR, sebuah syarikat dari Selangor iaitu pada 15 Disember 2006, yang mana tarikh ini adalah jauh lebih awal sebelum pilihanraya diadakan, dimana saya dicalonkan untuk bertanding.

    Projek ini dijangka siap pada 15 Disember 2008. Sebagai Ahli Parlimen adalah menjadi harapan saya untuk melihat projek ini dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual.

    Projek ini adalah diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR.

    Sebagai makluman pihak semua, isu ini telah didebatkan di Parlimen baru-baru ini, tetapi sehingga kini, saya tidak mendapat penjelasan konkrit daripada Kementerian yang bertanggungjawab dalam pemberian projek ini. Status kontrak ini juga tidak jelas.

    Walaubagaimanapun pihak pejabat Parlimen Labuan akan berusaha mendapatkan maklumat berhubung status projek ini. Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut adalah dialukan untuk berhubung sendiri dengan pihak JKR, WP Labuan.

    Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih menggunakan BLOG SUARA ini sebagai landasan untuk pengajuan maklumat.

    Sekian terima kasih dan Wassalam.

    BalasPadam
  18. Terima kasih YB Datuk.

    Dengan penjelasan tersebut, saya dan pembaca-pembaca blog ini serta rakyat keseluruhannya sedikit sebanyak, akan faham perkembangan/kedudukan projek naik taraf jalan (dari Pekan Sari ke Pohon Batu)tersebut.

    Sekali lagi terima kasih YB Datuk.

    BalasPadam
  19. Assalamulikum Dato'

    Kenapa tidak dibuat perubahan daripada paparan kepada catatan dalam Blog Dato'. Kalau catatan saya rasa Blog Dato akan lebih menarik, dengan lebih Up Date !!

    Satu yang saya ingin maklumkan, saya dengan kawan-kawan telah berjaya menerbitkan majalah Humor pertama untuk Sabah dan Labuan. Edisi pertama telah terbit pada bulan September yang lalu. Untuk keluaran Januari kami telah setuju untuk menerbitkan Edisi Khas untuk Pulau Labuan. Kemungkinan besar muka depan majalah ni akan mempaparkan imej Pulau Labuan. Saya juga cuba mengetengahkan kartunis-kartunis di Pulau Labuan dalam majalah ini.
    Maklumat lebih lanjut dapat di baca dalam http://bicaragagak.blogspot.com (Gergitan..Majalah Humor Pertama di Sabah & Labuan )
    Terima kasih.

    BalasPadam
  20. Petikan Berita Yang diSiarkan DiAkhbar Tempatan Pada 4 Disember 2008.

    LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menyifatkan kemenangan Mohd Rafi Ali Hassan dalam pemilihan ketua pergerakan pemuda Bahagian baru-baru ini menunjukkan kematangan dikalangan perwakilan-perwakilan pergerakan itu.

    Kemenangannya itu juga adalah hasil pemantauan dan penyeliaan yang adil dan berkesan daripada Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

    “Tahniah saya ucapkan kepada Rafi yang berjaya memenangi pemilihan ketua pergerakan pemuda. Ini adalah hasil daripada pemantauan yang adil dan telus,” katanya pada Rabu.
    Yussof berkata adalah enting untuk Rafi yang kini Ketua Pemuda Umno Labuan untuk memberi fokus kepada usaha-usaha menyatu-padukan rakyat khususnya golongan beliawan-beliawanis di pulau ini.
    Katanya adalah penting untuk memperkukuhkan pergerakan pemuda di setiap peringkat dari atas hingga ke bawah.
    Rafi menang dengan memperolehi 55 undi, manakala Haji Tony Noolan Isli mendapat 42 undi dalam mesyuarat yang diadakan semula pada 29 Nov lalu.
    “Kita tak nak ibarat manusia, kepalanya sihat tapi tubuh badannya lemah. Kita perlu kepada satu proses pembaharuan di semua peringkat dan ini menuntut kepada satu pendekatan di mana mementingkan jati diri. Perjuangan pemuda ada muafakatan,” katanya.
    “Jika kita masih inginkan keharmonian dalam parti, tidak perlulah kita berbalas-balas tembakkan sesama kita.Janganlah cepat melatah. Ambil mana yang baik, kalau tak mahu terima biarkan sahaja ia berlalu. Tak perlu kita bertelagah kerana ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya, sambil menambah semua ahli perlu menguatkan perpaduan demi kepercayaan rakyat kepada BN.
    Yussof juga berkata kuasa akar umbi ini penting dan sebagai parti politik yang mengamalkan demokrasi, adalah penting menghormati suara akar umbi yang menentukan pemimpin.
    “Semua ahli-ahli parti harus turun padang, dengar masalah rakyat dan selepas itu maklumkan kepada kita. Jangan simpan sebarang masalah rakyat dalam laci...mesti disampaikan kepada pemimpin untuk dibincang dan kemudian diputuskan,” gesanya.

    BalasPadam
  21. Labuan Next Stage Of Development
    The next step of development is on the way. Yang Berhormat Datuk Haji Yussof Haji Mahal has been planning the next stage of Labuan's progress by addressing the following problem:-

    • To increase the population of Labuan moderately by utilizing the Federal funds to create more jobs opportunity. It is duly observed by Yang Berhormat that the former YB has done a great job of building and providing 1st class buildings and infrastructure for Labuan. However Labuan is currently suffering from lack of population and tourists which resulting in Labuan becoming too dependant on Federal funds and lack of its own ability to generate its own economy.

    • Yussof is quite appalled by the oddity of Labuan that is beautiful (considered as Garden of Borneo) but yet lonely. He believes that by the utilisation of the Federal funds should be balance between building beautiful buildings and to create jobs opportunity to attract people to come and occupy those buildings.


    • To increase the flow of tourists (local/foreigners) visiting Labuan. His most concern is the ability of Labuan to create its own source of income. After studying the history of Penang and Langkawi, Yussof is of opinion that improving the images of Labuan is the best step to improve its economy.

    In order to increase the flow of people visiting Labuan, he will try his best to overcome the expensive cost of travelling to Labuan. It is duly noted that currently the MAS fare from KK to Labuan is more expensive than AIRASIA fare from KK to KL.

    No wonder even our relatives in Sabah prefer flying to KL to holiday rather then visiting us. The ferry fare will also be considered to make it more affordable, or at least to make it more worthy by the tourists who prefer to travel by sea.

    The crime rate in Labuan is moderately increasing eventhough still controllable.

    The planning to increase the population of Labuan, if not planned carefully, will bring along negative impact upon Labuan. Synthetic Drugs and Prostitution is currently making a slow but gradual and notable approach to Labuan.

    He is already aware the reason behind these increasing problems and will overcome it with the help of the Law Enforcements and with the installation of Hi Tech devices on certain public area in Labuan to monitor the public's safety.

    BalasPadam
  22. MC DONALD'S OPENED ITS 1ST STORE IN LABUAN BY MEMBER OF PARLIAMENT


    LABUAN: Mc Donalds created another milestone by opening its very first restaurant in the Federal Territory of Labuan recently, in line with the company’s efforts in growing its business nationwide and offering capable individuals an opportunity to be a part of a well-established franchise system.

    The opening ceremony of the restaurant was held earlier Saturday, and was officiated by Member of Parliament for Labuan Datuk Haji Yussof Haji Mahal, and was witnessed by Azmir Jaafar, the Managing Director of McDonald’s Malaysia and Ronald McDonald, its Chief Happiness Officer.

    “We are proud to see the Golden Arches displayed at this beautiful island of Labuan. What makes this occasion even more special, is the fact that this restaurant is owned by one of our franchisees, Mr. Harry Teo who hails from Sabah.

    “McDonald’s has always been a franchising company and we rely on our franchisees to play an important role in expanding our business. We also believe in providing capable and committed individuals a chance to progress with us, and Harry’s success is truly a testament to this principle. This is his seventh McDonald’s restaurant since becoming our franchisee in 1997,” said Azmir.

    McDonald’s Labuan is strategically located at the Arrival Hall in Labuan Airport and first opened its doors to customers on 8th October 2008.

    The restaurant servers a wide range of McDonald’s signature offerings, including the world-famous French Fries, mouth-watering Big Mac and delicious arrays of hot and cold desserts. Its high quality products are complemented by unbeatable convenience services including 24-hours opening, free Wi-Fi connectivity and Birthday party facilities. The restaurant’s dine-in area has the capacity of 205 seats, and it currently employs about 50 local workers to ensure the smooth running of its day-to-day business.

    “We are pleased that a major corporation like McDonald’s has spread its wings to Labuan and provided employment opportunities and beneficial services to the people here. We hope that McDonald’s would continue to branch out further by opening even more restaurants in Labuan, and playing the role of a good corporate citizen to the local communities, “ said Datuk Haji Yussof Haji Mahal.

    A daylong carnival-atmosphere marked the celebrations of the grand opening, with exciting family activities and free gifts galore.

    The highlight of the events was a special performance by Ronald McDonald, the Chief Happiness Officer of McDonald’s. The ‘Ronald McDonald Showtime’ attracted the attention of children and adults alike, who were clearly fascinated by the magical and educational show.



    McDonald’s charity arm, the Ronald McDonald House Charities of Malaysia (RMHC) also presented a cheque worth RM1,000 to welfare organization PDK Labuan (Pemulihan Dalam Komuniti), in its efforts to assist the less fortunate children.

    “McDonald’s has always believed in giving back to the local communities, and we continuously seek to engage our customers by being an active community partner. We’re extremely grateful that this restaurant has been very well received by the people of Labuan, and we also hope that its success would attract more local independent entrepreneurs to join us in running a quick service restaurant with the most recognized brand in the world,” added Azmir.

    McDonald’s currently has seven franchisees operating a total of 14restaurants in Malaysia. McDonald’s Labuan is the latest addition to its growing list of franchised restaurant nationwide.

    BalasPadam
  23. ARTIKEL YANG DISIARKAN DIAKHBAR TEMPATAN

    LABUAN: Sebarang perancangan untuk membawa masuk pelaburan asing haruslah mengambil kira kepentingan rakyat dan bukan hanya untuk keuntungan sesetengah pihak, kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Haji Mahal.
    “Kita tidak menghalang atau memandang negative terhadap usaha-usaha untuk membawa masuk pelabur asing khususnya ke pulau ini, tetapi harus juga difikirkan akan penglibatan rakyat itu haruslah ada,” katanya.
    Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman yang dilaporkan di media tempatan sebagai berkata misi beliau ke Amerika Syarikat baru-baru ini adalah untuk menarik pelabur negara itu ke Labuan.
    Yussof juga berkata dalam kegawatan ekonomi global kini, yang mana Amerika turut menerima kesan yang teruk , usaha untuk menarik pelabur-pelabur asing sepatutnya ditumpukan di negara-negara Asia.
    “Janganlah kita terlalu bergerak jauh sedangkan negar-negara yang berhampiran negara kita belum sepenuhnya di terokai…dalam kegawatan ekonomi dunia, mungkin kita harus bersederhana sedikit,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan cawangan restoran makanan segera MC Donald’s di Labuan pada Sabtu.
    Beliau menambah, usaha-usaha harus digembling bersama untuk melihat pelabur-pelabur tempatan bergiat aktif di Labuan ini, memandangkan ramai usahawan-usahawan di negara ini telah maju dalam pelbagai sektor.
    Sementara itu, Yussof memuji usaha pengusaha atau pemegang francais Mc Donald’s yang kini telah berada di Malaysia sejak 25 tahun lalu.
    “Akhirnya kita sebagai penduduk Labuan dapat melihat cawangan restoran makanan segera di pulau ini, kita mahu lebih banyak lagi pelaburan seperti ini datang ke pulau ini. Kita bangga, pemegang francais makanan segera Mc Donalds ini adalah rakyat Malaysia. Usaha seperti ini harus menjadi contoh kepada semua pihak,” katanya.
    Dia juga berkata bidang francais ini yang telah lama berkembang di negara ini telah banyak menyaksikan ramai usahawan Malaysia berjaya dan sebaris dengan usahawan di luar negara.
    Pemegang francais Mc Donalds Sabah dan Labuan adalah Harry Teo.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum, alhamdulillah syukur kita kehadrat illahi dengan limpah kurnianya, kita kini menuju ke tahun baru.

    Apa yang dapat kita perkatakan, marilah bersama-sama kita meneruskan usaha memperkukuhan perpaduan.

    Marilah kita bersama menggembling tenaga untu melihat Pulau Labuan terus dikunjungi pelawat-pelawat.

    Curahkanlah idea yang bernas dalam membantu mempertingkatkan daya saing ekonomi Labuan. Kongsikanlah idea dalam membentuk masyarakat yang berdikari dan berwawasan.

    Salurkanlah idea-idea dalam melihat Parlimen Labuan setanding dengan kawasan-kawasan lain di negara kita yang telah lama advance daripada kita.

    Ucapan Tahun 2009 kini masih dalam proses saya rangka sendiri...untuk dokongsi bersama masyarakat Labuan yang saya kasihi.

    Wassalam.

    BalasPadam
  25. bungaraya berkata...
    Pandangan dalam penulisan blog Datuk ini sangat memberansangkan.
    Sejak Labuan diistiharkan sebagai WP dan sejak BERJAYA memerintah lagi semua pembangunan di Labuan 80% drbnya adalah pembangunan fizikal semata. Terlalu kurang pembangunan yang mengarah kearah memperamaikan penduduk Labuan itu sendiri, malah usaha untuk mempromosikan Labuan sebagai satu produk pelancungan juga ditahap rendah. Saya sangat berharap kerajaan akan mendengar saran YB Datuk ini kerana ianya sangat bernas dan ikhlas.

    Terima kasih diatas pandangan ini...Pihak Pejabat Ahli Parlimen kini berusaha untuk memantau setiap projek pembangunan di pulau ini. Apa yang penting adalah kita mahu melihat, projek pembangunan seimbang yang memberi faedah kepad rakyat dan keseluruhannya kepada pulau ini.

    Pihak saya, sebagai Ahli Parlimen yang baru, kerjasama saripada semua pihak daripada jabatan kerajaan dan agensinya juga daripada masyarakat amnya.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  26. Anak Harapan berkata...
    Assalamu'alaikum, Uncle Datuk Y.B,

    ada tak cadangan ank mewujudkan Pusat Belia Antarabangsa di W.P Labuan?....satu kemudahan untuk anak-anak muda menjalankan aktiviti yang berfaedah samada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa....sebab saya sangat berharap agar seandaianya di sini ada pusat belia yang lengkap dengan dewan, perpustakaan, kafeteria, cyber cafe, kemudahan riadah, bilik mesyuarat, asrama..saya yakin ramai kawan-kawan saya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa ingin berkunjung ke Labuan...ramai yang berpendapat bahawa Labuan sesuai untuk di adakan program pembangunan modal insan mungkin kerana suasana persekitarannya yang bersih, tenang dan selamat berbanding dengan negeri-negeri yang pesat membangun dan sibuk dengan aktiviti harian.

    kalau lah dapat diusahakan alangkaha berbangganya kami mempunyai ahli parlimen yang mengutamakan usaha pembangunan modal insan bukan sahaja di W.P Labuan malah di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa...

    salam tahun baru 2009


    Wa'alaikum Salam...terima kasih diatas idea dan cadangan bernas ini.

    Untuk pengetahuan encik dan masyarkat umumnya, pihak saya telah banyak membincangkan perkara ini di peringkat parlimen.

    Sebenarnya adalah menjadi agenda utama kerajaan untuk melihat perkembangan Modal Insan diseluruh negara dan saya sebagai Ahli Parlimen Labuan sedang menggembling tenaga untuk melihat Labuan dijadikan pusat perkembangan belia di negara ini.

    Kita mahu melihat modal insan kelas pertama dapat dibentuk dikalangan belia di Labuan ini.

    Kita yakin ini akan dapat direalisasikan.

    Memandangkan saudara telah awal mengutaralkan isu ini, izinkan saya memaklumkan kepada warga Labuan bahawa, dua (2) gelanggang komuniti akan dibina di Labuan tidak lama lagi dengan kos setiap gelanggang mencecah RM120,000 hingga RM150,000.

    Dua gelanggang ini telah mendapat kelulusan. Manakala dua lagi masih dalam proses pertimbangan untuk diluluskan. Kita telah mengenal pasti lokasi untuk projek ini.

    Inin adalah langkah-langkah awal kerajaan melalui Parlimen Labuan untuk merealisasikan matlamat ini.

    Kita akan terus berusaha untuk menjadikan Labuan sebagai Pusat Belia Negara.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  27. Dilampirkan untuk paparan umum, sebaik sahaja pengumuman YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal berhubung usaha Perkembangan Modal Insan dan keperluan kepada pusat belia di Labuan dan sempat diwawancara oleh Bernama, Labuan

    bungaraya berkata...

    Folas YB untuk memertabatkan muda mudi Labuan menjadi manusia terbilang adalah satu fokas yang sangat murni. Satu pendekatan yang sepatutnya telah lama ujud sejak UMNO dan BERJAYA memerintah di Labuan. Usaha untuk membawa Sek. Menengah Sains MARA juga satu pendekatan yang baik untuk muda mudi kita di Labuan. Sila serius mengenai perkara ini...Hanya Labuan saja yang tinggal. PP dan SING bukan lagi milik kita

    BalasPadam
  28. Terima kasih kepada komen-komen yang membina.

    Mengulas kepada komen yang begitu hangat, izinkan saya berkongsi sedikit penjelasan.

    Berhubung dengan isu pemimpin-pemimpin Umno yang lebih kepada mengaut segala kekayaan dunia semata-mata...

    Terima kasih atas nasihat dan keperihatinan anda kepada bangsa agama dan negara. Insyallah, sebagai umat islam dan ahli Umno yang sama-sama memperjuangkan kepentingan orang-orang melayu, mengenai aktiviti membawa ahli-ahli ke pusat hiburan karaoke, disko dan tempat maksiat. Saya ingin tahu adakah anda merujuk kepada Ahli Parlimen yang sekarang atau pun yang lama. Seingat saya, tidak pernah saya menjejakkan kaki ke pusat hiburan semenjak saya jadi Ahli Parlimen. Untuk pengetahuan saudara, buat masa ini, saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno Bahagian. Saya buat masa ini cuma ahli biasa.

    Adalah wajar untuk saudara membuat penyiasatan terlebih dahulu siapa sebenarnya yang sering membawa ahli-ahli Umno ke pusat hiburan?

    Kalau boleh sila bawa bukti dengan gambar dan bukan setakat mendengar cerita yang tidak berasas yang mana boleh dianggap sebagai satu fitnah, yang hanya boleh memburukkan keadaan.

    Sekali lagi terima kasih dan saya menghargai isu yang diketengahkan.

    Salam tahun baru.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum WBT

    Salam perpaduan kepada semua warga Labuan pengunjung BLOGSPOT SUARA AHLI PARLIMEN...

    Terima kasih kepada semua pemberi komen, yang mana rata-ratanya memberi suntikan kepada kita semua untuk menyumbang artikel demi pembangunan pulau tercinta.

    Merujuk kepada komen yang menyentuh tentang Papan Iklan SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH...yang mana saya ucapkan kepada WARGA MALAYSIA adalah kepada semua warga tidak kira dimana pun mereka berada di negeri-negeri di negara kita Malaysia.

    Sambutan Hari Wilayah bukan sahaja terhad kepada warga di tiga wilayah tetapi juga kepada warga Malaysia, sepertimana Perdana Menteri kita Paklah sering katakan bahawa Hari Wilayah bukan hanya untuk warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tetapi kepada semua warga Malaysia.

    Meskipun Sambutan Hari Wilayah nampak begitu spesifik untuk tiga warga di tiga wilayah, tetapi harus diingat, warga di tiga wilayah ada juga teloah berhijrah di negeri lain. Oleh yang demikian, saya lebarkan ucapan saya hari Wilayah kepada semua warga Malaysia.

    Harap jangan disalahertikan. Memang sebenarnya sebelum Papan Iklan ini dinaikkan, setiap perkataan telah ditapis dan difahami sebenar-benarnya.

    Terima kasih diatas komen anda.

    Wassalam.

    BalasPadam
  30. Salam...
    Datuk, Saya rasakan molek kiranya setiap makluman Datuk letakkan untuk setiap post baru. Atau Datuk letakkan 'Chatbox' di blog Datuk bagi memudahkan makluman ringkas.
    Agak jarang pembaca ingin membuka komen semata-mata ingin membaca makluman.

    Merujuk kepada usaha Datuk untuk membuat blog ini adalah satu yang dinantikan. Saya harap ianya diteruskan. Mungkin perlu disantaikan bahasa tanpa merosakkan nahunya bagi menarik minat pembaca membaca blog Datuk.

    Warga muda sekarang perlukan cara begini. Ini juga merupakan salah satu cara anak muda untuk lebih terbuka dalam menilai. Mungkin belum meluas di Labuan, tapi ianya membantu.


    Salam Anak Muda.
    Syapiei Mohamad

    BalasPadam
  31. Terima kasih diatas cadangan anda.
    Saya akan bincangkan dengan pihak Pegawai IT saya untuk melihat kepada kesesuaian cadangan ini.

    Wassalam.

    BalasPadam
  32. Salam sejahtera buat Dato.Saya ingin memohon bantuan baik pulih rumah untuk kedua org tua saya,skrang kedua org tua saya tinggal bersama saya kerana rumah yang asalnya tempat mereka tinggal itu sudah tidak dapat diduduki lagi.Saya sudah pun meminta bantuan dari ketua kampung 2tahun lalu tapi sampai skrang belum ada tidakkan.Saya harap Dato dapat memberi pertimbangan.



    Sekalung Harapan,
    manja....

    BalasPadam
  33. Salam sejahtera Dato.Saya ingin memohon bantuan rumah untuk kedua orang tua saya,rumah lama kedua orang tua saya tidak lagi dapat didiami kerana terlalu usang.kini kedua orang tua saya tinggal bersama saya.sudah berberapa kali saya maklumkan kepada ketua kampung untuk memohon bantuan rumah,tetapi sampai kehari ini belum ada apa-apa perkembangan.saya harap Dato dapat mempertimbangkan permohonan saya.

    sekalung harapan,
    manja....

    BalasPadam
  34. SALAM MESRA BUAT DATO.SAYA INGIN MEMOHON BANTUAN RUMAH UNTUK KEDUA ORANG TUA SAYA,KERANA RUMAH MEREKA YANG LAMA KINI TIDAK DAPAT LAGI DIDIAMI.SAYA PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KETUA KAMPUNG UNTUK MEMINTA BANTUAN RUMAH,TETAOI HINGGA KE HARI INI BELUM ADA APA-APA TINDAKAN DIAMBIL.KINI KEDUA ORANG TUA SAYA TINGGAL BERSAMA DENGAN SAYA DAN DUA SAUDARA KANDUNG SAYA YANG SUDAH BERUMAHTANGGA.SAYA BERBESAR HATI ANDAINYA PERMOHONAN SAYA DIPERTIMBANGKAN.

    ANAK TERKILAN
    MANJA

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum WBT.

    Kepada yang ingin memohon bantuan, adalah dinasihatkan agar datang sendiri dengan dokumen yang berkaitan ke Pejabat Parlimen Labuan.

    Pejabat Parlimen Labuan akan berusaha untuk memberi bantuan oada kadar segera.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  37. Slmat pagi,dan jutaan terima kasih atas keperihatinan datuk atas ulasan manja yang memohon bantuan.Manja akan datang sendiri ke Pejabat Parlimen Labuan denagan segera bersama dengan dukumen yang berkaitan dengan peamohonan manja.Manja ingin tahu sedikit lagi tentang permohonan manja,perlu kah manja serta kan surat rasmi dari ketua kampung?



    sekian terima kasih,
    manja

    BalasPadam
  38. Assalamualalikum Saudara Manja...
    Berhubung dengan persoalan yang diajukan, sila bawakan semua dokumen sokongan termasuk dari Ketua Kampung untuk membolehkan permohonan anda diproses degan segera.

    Sekian.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum Datuk,Manja sudah menghantar semua dokumen-dokumen beserta borang yang lengkap untuk rujukkan Datuk.Manja berharap permohonan manja tempoh hari lalu dapat di pertimbangkan.

    BalasPadam
  40. Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk Datuk. Manja ingin mengetahui perkembangan tentang permohonan bantuan rumah untuk kedua orang tua manja tempoh hari yang lalu,jika tak keberatan manja sekali lagi memohon agar dapat dipertimbangkan permohonan manja.



    sekian terima kasih,
    manja

    BalasPadam