Sabtu, 10 Januari 2009

PARLIMEN LABUAN DERMA RM5,000 KEPADA PENGAKAP LABUAN


LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Haji Mahal menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Pengakap Labuan sebagai sokongan beliau kepada aktiviti-aktiviti persatuan itu di pulau ini.

Sumbangan disampaikan dalam satu majlis baru-baru ini di Manikar Beach Resort sempena Pelancaran Lencana 75-Tahun Berpengakap di Labuan kepada Ketua Pengakap Negara YBHG Dato Sri Dr Haji Shafei Hj Mohd Salleh.

Beliau mengharapkan sumbangan itu dapat membantu persatuan pengakap di Labuan aktif dengan program-program yang dapat membantu ahl-ahlinya.

1 ulasan:

  1. Tak buat demonstrasi untuk mengutuk Israel Tok? Saya ingat sambutan ramai jika diatus dengan baik.

    BalasPadam