Isnin, 29 Jun 2009

Siri Ke-7 Program Apa Khabar Orang Kampung Di Kg Bukit Kalam - Penglibatan jabatan dan agensi kerajaan bertambah


LABUAN: Siri ke-7 Program Apa Khabar Orang Kampung diteruskan pada 27hb Jun di Kg Bukit Kalam, dengan seperti biasa dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Program ini juga mendapat pengisian baru dengan kaunter pendaftaran pemilih (Pengundi) baru dibuka bagi memastikan sasaran 2,000 pengundi didaftarkan.

Ahli Parlimen yang berasa gembira dengan perubahan mentaliti masyarakat yang ditunjukkan dengan kehadiran penduduk kampung disetiap program ini untuk mendengar isu program pembangunan kerajaan menyifatkan program ini mampu menjadi platform kepada pengeratan hubungan pelbagai lapisan masyarakat.

"Kita tidak mengharapkan apa-apa selain melihat perpaduan kaum diperkukuhkan. Kita mahu merealisasikan Konsep 1Malaysia. sebagai Ahli Parlimen, saya berkongsi aspirasi Perdana Menteri yang mana Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sehubungan itu, program Apa Khabar Orang Kampung adalah tepat masanya diadakan bagi membantu merealisasikan konsep ini," katanya.

Katanya pendekatannya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berjumpa rakyat setiap masa dengan mengadakan program mingguan bagi mendekati rakyat.

"Berjumpa rakyat bukan hanya pada musim pilihanraya tetapi harus dilakukan setiap masa. dengan ini kita tahu akan permasalahan rakyat dan dengan adanya kehadiran ketua-ketua jabatan kerajaan, dapatlah kita melihat persoalan dan isu-isu yang tdak terjawab selama ini diperjelaskan serta-merta, dan inilah apa yang diarapkan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," katanya.

Yussof berkata konsep Program Apa Khabar Orang Kampung ini adalah pertama dilaksanakan di negara ini dengan memperlihatkan isu semasa penduduk kampung diketengahkan dan diselesaikan pada masa yang sama. Dan ianya dilaksanakan disetiap kampung setiap minggu.

"Saya berterima kasi dengan kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung, pemimpin parti-parti politik dan pemimpin masyarakat dalam memastikan program ini berjalan lancar," katanya.

Dalam program ini, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Yayasan Wilayah Persekutuan turut hadir sama bagi menjelaskan skim bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan untuk meneruskan pelajaran ke IPTA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan