Jumaat, 17 Julai 2009

Bersama Menjaga Harta Benda dan Kemudahan Awam, Yussof Mahal - Siri Ke-8 "Apa Khabar Orang Kampung"



LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal menggesa penduduk kampung agar menerapkan sikap bekerjasama dalam memulihara kemudahan awam agar dapat dinikmati bersama sepanjang masa.
Menurutnya kerajaan tidak akan mengambil sikap tidak kisah dalam menyediakan kemudahan rakyat, walaubagaimanapun ianya harus dijaga untuk kepentingan semua pengguna.
“Kerajaan sentiasa bersikap prihatin kepada keperluan rakyat, namun begitu, penduduk kampung harus bersama menjada harta benda dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan,” katanya ketika merasmikan Program Apa khabar Orang Kampung Siri ke-8 di Kg Pohon Batu.
Dalam program itu beliau sempat mendengar keluhan dan permasalahan rakyat termasuklah keperluan kepada pondok polis di kampung berkenaan dan menurut beliau isu berkenaan akan ditelitikan sebelum diajukan kepada pihak berkenaan untuk pertimbangan.
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk pada sesi dialog adalah lampu-lampu jalan yang malap yang boleh membahayakan pejalan kai dan pengguna jalanraya.
“isu ini akan saya ajukan kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk pembaikan dan manakala jalanraya yang tidak siap, saya telah bangkitkan kepada pihak Menteri, saya percaya isu ini akan diselesaikan segera,” katanya.
Yussof juga mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk pembinaan tandas awam untuk kemudahan di padang rekreasi Padang Pajal Pohon Batu.
Dalam kesempatan itu dan seperti biasa Yussof dan isteri akan mengambil peluang beramah mesra dengan warga emas dengan menghulurkan hamper.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan