Selasa, 8 September 2009

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SERTAI PROGRAM SAHUR YUSSOF MAHAL - KESINAMBUNGAN KEPADA PROGRAM SAHUR DI KUALA LUMPUR

LABUAN--Program sahur bersama rakyat kurang berkemampuan sempena bulan ramadan diteruskan lagi untuk musim kedua selepas program yang diadakan tahun lalu mendapat galakan positif.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan yang diturut serta oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kali ini tertumpu pada kaum balu, orang tak berkeluarga dan juga warga emas di beberapa buah kampung di Labuan.
“Ianya satu program amal dan sukar untuk dilaksanakan oleh sesetengah pihak. Ini kerana dengan keadaan sejuk pada awal subuh meninggal rumah untuk bersahur dikediaman orang lain pula, walaubagaimanapun ianya berbaloi dan rasa puas untuk memberi khidmat sebagai wakil rakyat dapat dirasakan,” kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Haji Yussof Mahal.Antara kampung lain yang telah dikenal pasti untuk program ini adalah Kg Sg Bedaun, Kg Bukit Kuda, Bukit Kalam dan Ganggarak.
Pada awal subuh Sabtu, Yussof Mahal bersama Nong Chik mengunjungi warga emas berumur 71 tahun yang tidak pernah berkeluarga di Tg Aru pada 5 Ogos lalu.

Bidin Haji Ahad adalah seorang pesara sebuah agensi kerajaan di Labuan dan tidak pernah merasa berkeluarga kecuali dengan adik beradik lain. Hanya bergantung pendapatan dengan hasil tangkapan laut, Bidin mendiami rumah yang didirikan dibawah projek Projek Prumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Saya dah tinggal dirumah ini lebih dari 10 tahun. Terima kasih kepada kerajaan diatas keperihatinan kepada warga seperti saya. Program sahur ini tidak dimaklumkan kepada saya dan saya mat terharu dengan kehadiran dua pemimpin dari Kuala Lumpur dan Labuan sendiri,” katanya.
Nong Chik selepas menyampaikan sumbangan kepada berkata Bidin berkata program sahur yang turut diadakan di Kuala Lumpur mendapat sambutan diluar jangkaan.
“Warga Kuala Lumpur yang telah menikmati lama pembangunan pesat masih memberi sambutan yang saya tidak duga terhadap program seperti ini . Denga lebih 800 orang hadir pada awal subuh bulan lalu menunjukkan program ini harus diteruskan setiap Ramadan dan diperluaskan di kawasan lain Labuan, Kuala Lumpur,” katanya.

2 ulasan:

  1. TAHNIAH YB, BLOG YANG BERMAKLUMAT DAN MENARIK. TAHNIAH DARIPADA KAMI SEKELUARGA SERTA SELURUH WARGA SMK LAJAU, W.P LABUAN

    SAHAR MISRON

    BalasPadam