Jumaat, 20 November 2009

PROGRAM "SUBUR" JUGA AKAN DINIKMATI DI WP LABUAN

LABUAN -- Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan juga dinikmati oleh rakyat yang kurang berkemampuan di WP Labuan.

Ahli Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Majli Pembangunan Pertanian kawasan parlimen berkata ketua-ketua kampung dan wakil ahli parlimen di kesemua kampung di Labuan haruslah turun padang dan mengenal pasti warga yang betul-betul memerlukan bantuan ini.

"Kurangkanlah politik dalam tugas masing-masing, apa yang penting adalah perkhidmatan kita kepada rakyat, jangan hanya kerana terlalu banyak berpolitik, nasib rakyat tidak terbela," katanya ketika berucap dalam Program Apa Khabar Orang Kampung di Kerupang/Nagalang pada pertengahan bulan lalu.
Beliau juga menggesa agar rakyat agar saling bantu membantu antara satu sama lain khususnya dalam menangani permasalahan kampung.
"Amalan gotong royong adalah satu amalan yang boleh merapatkan hubungan silaturahim dikalangan kita. Janganlah ada sikap benci-membenci yang hanya akan membawa kepada perpecahan," tambahnya.
Beliau juga mengulas sebagai penjawat awam haruslah ada sikap membantu pemimpin menyelesaikan sesuatu isu dan bukan hanya untuk mencari populariti semata-mata.
"Penduduk kampung bukanlah lagi seperti dahulu yang boleh diperdaya dengan dakyah-dakyah, tapi mereka sudah sampai ke satu tahap yang boleh membuat penilaian sendiri. Jangan kita sudah bergelar pegawai atau timbalan pengarah atau pengarah, kita sudah lupa asal usul kita. Bilarlah kita lihat ke bawah sekali sekala untuk kita sedar bahawa kita juga manusia biasa yang ada buat kesilapan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan