Selasa, 22 Februari 2011

Labuan Menjadi Tuan Rumah Majlis Penutupan Hari Wilayah Persekutuan

Baru-baru ini saya telah mempegerusikan Mesyuarat Barisan Nasional (BN) W.P Labuan yang pertama pada tahun 2011. Antara usul yang berbangkit adalah persiapan Karnival Sukan Juara Rakyat yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari ini. Aktiviti tersebut diadakan di kawasan gelanggang futsal Perbadanan Labuan.


Dalam mesyuarat tersebut kami telah membincangkan mengenai persiapan program sepanjang lawatan rasmi yang pertama YAB. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak pada 26-27 Februari bersempena dengan Perasmian Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011. Program tersebut merangkumi perasmian dan lawatan kekawasan Logi Air Labuan yang baru, Logi Petronas Methanol Labuan yang akan beroperasi sepenuhnya dan juga sesi lawatan ke Pulau Daat yang dijangka menerima pelabuaran swasta sebanyak RM1billion sebagai Pusat Crude Oil Farm Tank. Ini adalah sebahagian daripada program ETP kerajaan di pulau ini.


Saya berpendapat pemilihan Wilayah Pesekutuan Labuan sebagai Venue Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan adalah atas kepercayaan dan keyakinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB. Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin atas kejayaan kita dalam penganjuran program seperti ini di masa lalu. Insyallah , akan ada khabar gembira yang akan diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri pada masa tersebut.


Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Pemangku Ketua Umno Labuan, Datuk Yunus Kurus, Ketua MCA, Chin Hong Vui, Ketua Bahagian PBS, Peter Mark, Ketua Bahagian Upko, Ronald James Majaing, dan Pemangku Ketua MIC Labuan, R.Ramasamy


Tiada ulasan:

Catat Ulasan