Khamis, 24 Februari 2011

PERUTUSAN Y.B DATUK HAJI YUSSOF BIN HAJI MAHAL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah rahmat -Nya sekali lagi kita menyambut dan meraikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M Peringkat Persekutuan Labuan

Majlis sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu sambutan yang diraikan setiap tahun di negara kita sempena hari kebesaran Islam. Objektif utama sambutan ini diadakan adalah bagi memperigati sirah perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam menempuh onar dan liku-liku cabaran untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh umat manusia, di smping mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sempena tema pada kali ini "1Malaysia 1Ummah" saya berharap agar kita semua dapat merealisasikan Gegasan 1Malayisa yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, iaitu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan Agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.

Akhir kata, semoga Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2011M ini dapat dihayati sepenuhnya oleh warga W.P Labuan dalam melahirkan kecintaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah S.A.W yang mana mampu menambah keimanan terhadap Allah S.W.T

Sekian, Wassalam

Y.B Datuk Haji Yussof Bin Haji Mahal
Ahli Perlimen P.166 Labuan
Wilayah Persekutuan Labuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan