Selasa, 1 Mac 2011

BANTUAN HARI WILAYAH



Labuan 25 Feb : Saya telah menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Labuan, anjuran Yayasan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan Bandar (KWPKB)




Seramai 108 orang golongan warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin serta orang kurang kelainan menerima bantuan kewangan tersebut. Di majlis itu Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal telah menyempurnakan penerimaan bantuan itu.




Di majlis itu juga Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan bantuan Prihatin kepada tiga penerima masing-masing bernilai RM2,500 seorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan