Labuan 26 Feb : Labuan akan menjadi tapak ketiga terpenting dalam industri minyak dan gas selepas Teluk Ramunia dan Pangerang di Johor. Katanya , industri minyak dan gas yang sedang rancak membangun di Labuan adalah merupakan industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi, terutamanya sekali dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan dengan pendapatan yang cukup tinggi kepada rakyat khususnya rakyat Labuan.
Di hadapan 20,000 orang yang di Dataran Labuan Sabtu itu ketika berucap beliau berkata bahawa kerajaan akan berusaha memenuhi keperluan pembangunan rakyat berdasarkan kemampuan secara realistik.
Menegaskan kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan rakyat Labuan buat masa ini dalam pembinaan jambatan Labuan, Namun begitu beliau akan mempertimbangkan cadangan Anggota Parlimen YB Datuk Yussof Mahal dalam cadangan untuk memendekkan tempoh perjalanan feri Labuan Menumbok dari satu setengah jam ke kurang daripada satu jam.
Ini merupakan projek alternative selain daripa pembinaan jambatan Labuan Menumbuk. Majlis Penutupan Hari Wilayah tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir bersama adalah isteri beliau ,Datin Seri Rosmah Mansur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan