Khamis, 21 April 2011

Anugerah Pelajar Cemerlang




LABUAN 16April: Bertempat di Convention Hall, Ujana Kewangan Y.B. Datuk Hj Yussof Bin Hj Mahal merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Labuan.



Majlis yang dihadiri oleh pelajar-pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM dan STPM ini menyaksikan seramai 150 orang pelajar menerima anugerah pelajar cemerlang pada pagi tersebut.



Majlis ini diadakan bertujuan bagi mengalakan dan menghargai kecemerlangan yang telah dicapai seterusnya mendorong para pelajar ini untuk meneruskan usaha menuju kecemerlangan dalam bidang akademik sepanjang proses persekolahan mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan