Labuan : Mesyuarat Agung nelayan telah diadakan baru-baru ini . Persatuan Nelayan telah membuat cadangan untuk mendapatkan tempat operasi bagi Persatuan Nelayan beserta ahlinya untuk menjalan pengoperasian mereka berpusat di Labuan Halal Distributive Hu, (LHDH) di Kiamsam.
Tujuannya adalah untuk memudahkan persatuan menjalankan aktiviti penambahbaikkan struktur pengurusan dan pemasaran ikan bagi para ahlinya serta menjalnkan kegiatan ekonomi dengan lebih giat lagi.
Labuan Halal Distributive Hub, Labuan (LHDH) yang mana akan dijangkakan beroperasi hujung tahun 2011 ini merupakan satu tapak yang paling sesuai untuk persatuan membuat pemasaran yang lebih berimpak tinggi di masa hadapan.
Saya menyokong cadangan mereka kerana sekiranya ianya dapat diadakan.. kegiatan ekonomi mereka dapat dilakukan dengan lebih aktif lagi dan ini dengan secara tidak langsungnya dapat menjana pendapat dan ekonomi para ahli persatuan itu sendiri ke tahap yang lebih baik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan