Rabu, 15 Jun 2011

Perasmian Hari Belia Negara peringkat W.P.Labuan 2011.



LABUAN 16Mei: Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal menghadiri seterusnya merasmikan Hari Belia Negara Peringkat W.P.Labuan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Labuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan.



Hari Belia Negara peringkat Labuan ini telah diadakan di Plaza Berpayung, Kompleks Sukan Labuan Antarabangsa Labuan dan telah dihadiri oleh kira-kira 2000 belia sekitar Labuan ini menyaksiakn penyampaian Tokoh Belia Negara peringkat Labuan yang terdiri daripada ketegori lelaki, wanita dan usahawan belia.



Dalam usahasama membangunkan para belia di Labuan ini, Y.B Datuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000.00 kepada Majlis Belia Labuan bagi tujuan pelaksanaan pelbagai program yang telah dirancang kepada para belia di Labuan khasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan