Sabtu, 23 Julai 2011

Lawatan Rumah Penduduk Miskin Sekitar Labuan.



LABUAN 6JUN : Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal mengadakan Lawatan sekitar Labuan bagi meninjau keadaan kawasan golongan miskin di Labuan. Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal yang disertai oleh Pengurus Majlis Agama Islam Labuan meninjau beberapa buah rumah penduduk miskin yang memerlukan bantuan segera bagi menjamin keselesaan dan keselamatan warganya. Diantara bantuan segera yang diberikan adalah pembinaan sebuah rumah kilat bagi warga emas dan bantuan kewangan dan makanan bagi keluarga miskin serta pembinaan jalan kampung.