Isnin, 25 Julai 2011

Lawatan Tinjauan Laut Sekitar Kawasan Perindustrian Minyak dan Gas.



Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal, Ahli Parlimen Labuan mengadakan lawatan tinjauan sekitar kawasan perindustrian minyak dan gas yang turut disertai oleh Y.B Dato Raja Nong Chik Bin Dato Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.



Program yang dikelola oleh Pejabat Ahli Parlimen Labuan ini adalah bertujuan bagi menerangkan dan meninjau sekitar kawasan perindustrian yang semakin mendapat perhatian bagi para pelabur tempatan dan luar Negara yang mana W.P.labuan merupakan salah sebuah Hub Minyak dan Gas yang terbesar di rantau Asian Tenggara.





Keadaan ini memerlukan perhatian yang serius oleh kerajaan untuk menjadikan W.P. Labuan sedia untuk menyediakan warganya dengan pelbagai bidang kemahiran terutamanya dalam bidang minyak dan gas selain dalam bidanag perkapalan serta pelancongan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan