Sabtu, 23 Julai 2011

Majlis Perasmian Kursus Industri Sarang Burung Walit.





LABUAN 26Mei : Kursus Industri Sarang Burung Walit yang dianjurkan oleh Jabatan Veterina, W.P.Labuan baru-baru ini telah mendapat sambutan sebanyak 145 peserta dari seluruh kawasan di Wilayah Labuan.

Kursus ini yang telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Haji Yussof Haji Mahal telah diadakan bertempat di Anjung Budaya, Taman Damai.

Kursus ini merupakan suatu langkah yang penting dalam usaha mengalakan lebih ramai pengusaha tempatan menceburi industri yang menjana pendapatan lumayan ini untuk mengusahakan ternakan burung walit yang semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan