Sabtu, 23 Julai 2011

Masyuarat Bersama Y.B Datuk Hj Yussof Hj Mahal Dan Ketua-Ketua Jabatan W.P.Labuan.




LABUAN 8JUN : Dalam memberikan dan mengumpulkan maklumat daripada setiap agensi-agensi kerajaaan di Labuan, satu mesyuarat ketua-ketua jabatan bersama dengan Y.B Datuk Hj. Yussof Hj Mahal telah diadakan baru-baru ini. Bertempat di Bilik Mesyuarat Perbadanan Labuan.

Tujuan Mesyuarat ini adalah berbincang dan mengetahu lebih lanjut permasalahan yang dihadapi oleh setiap agensi-agensi kerajaan di Labuan khasnya yang membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi setiap Jabatan-jabatan kerajaan di W.P.Labuan selain ini memberikan ruang dan peluang kepada setiap jabatan untuk mempertengahkan masalah dan keperluan yang dihadapi untuk dibincang dan diusukan di Persidangan Parlimen pada Jun 2011.

Selain daripada itu mesyuarat ini juga adalah salah satu cara untuk Y.B Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal mendekati dan bertukar-tukar idea dan buah pikiran bagi pembangunan sosio-ekonomi dan sosio-politik di Labuan khasnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan